Wednesday, May 6, 2015

Perlukah peluang kedua untuk Nur Fitri Azmeer?

BIsmillahirrahmanirrahim.

Things are getting heated with pedophile issue of Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 of London Imperial Collage. He was caught with a life-sized mannequin of a boy with 30,000 extreme picture and video of child pornography. He was then sentence for 5 year jail. But, there are those that believe in his second chance. Possibly because he’s a math genius and it’s a waste of skill and knowledge. But there are almost 2000 people sign the petition demanding MARA to not give him the second chance.
So? Should he be given a second chance?

Kisah sang Pembunuh

Sebelum pergi jauh, izinkan saya bercerita tentang sebuah kisah popular. Kisah seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang dan mahu bertaubat dan kembali kejalan yang sebenar. Maka dia berjumpa dengan seorang ahli ilmuan zaman itu sambil menceritakan perbuatannya sambil bertanya – adakah lagi pengampunan baginya? Beliau membalas tidak. Lalu ahli ilmuan itu dibunuh, melengkapkan bilangan orang yang telah dibunuh menjadi 100. Kemudian dia berjalan lagi berjumpa ahli ilmuan kedua dan menceritakan perkara yang sama. Namun jawapan beliau berbeza. Beliau berkata “Ya. Taubatmu akan diterima. Tapi kamu harus pergi ke suatu kampung dan bertaubat disana.”

Maka berangkatlah sang pembunuh kesana. Namun, dalam perjalanan ke kampung itu, Dia meninggal dunia. Maka berebutlah 2 malaikat – malaikat rahmah dan malaikat azab – untuk mengambilnya. Masing-masing mengeluarkan hujah bahawa mayat itu milik mereka. “Dia telah bunuh 100 orang dan mati sebelum bertaubat. Memang seharusnya dia kembali ke neraka” kata malaikat azab. “Tapi, dia telah berniat untuk bertaubat dan dalam pejalanannya dia meninggal. Seharusnya dia diambil oleh ku dan dimasukkan ke syurga” kata malaikat rahmah.

Allah kemudian menyelesaikan masalah itu dengan menyuruh kedua malaikat mengukur jarak antara mayat itu berada dan kampung yang bakal dia pergi dan membandingkan dengan jarak perjalanannya dari rumah ahli tadi. Dia kemudiannya diambil oleh malaikat rahmah ke syurga kerana jaraknya ke kampung untuk bertaubat itu jauh lebih dekat.

Masih Ramai Lagi

Saat saya pertama kali mendengar kisah Nur Fitree Azmeer, saya langsung terfikir. Selama saya lihat ramai-ramai mengikuti kisah ini, hanya ada 2 jenis manusia. Satu, mereka yang mengharapkan beliau mendapat peluang kedua – dan sebaliknya. Tapi, antara mereka ini, mungkin adakah mereka yang menyembunyikan aib yang sama seperti beliau? Atau mungkin ada antara mereka yang mempunyai aib besar yang lain seperti pernah jual anak atau mengamalkan sex bebas? Orang- orang seperti mereka ini saya langsung tertanya – apakah reaksi mereka?

Saya membayangkan wajah risau mereka andai aib mereka dibongkar, lalu berusaha untuk membuang segala keburukan yang mereka ada. Ataupun, mereka berhenti seminggu akibat kegelisahan – membayangkan apabila tiba pula saat mereka. Atau – ada antara mereka yang hanya ketawa ‘padan muka’ sambil yakin mereka takkan terkena. Atau mereka turut serta jadi antara 2 manusia diatas – menunding jari yang satu membincangkan isu orang lain sedang 4 jari berbalik kearah mereka.

Atau mungkin – ada dalam kalangan mereka, dengan penuh pengharapan scroll halaman muka buku melihat kalau-kalau mereka – juga punyai peluang kedua.

Membayangkan situasi ini – saya mohon akan pentingnya peluang kedua. Kerana saat isu ini berlaku – saya yakin hikmah terbesar bukan hanya dari sudut masyarakat Malaysia yang bersyukur tertangkapnya satu penjenayah berpotensi yang mungkin memusnahkan masa depan anak-anak dan adik-adik kecil kita, tapi juga sebagai salah satu peluang kedua untuk Nur Fitree Azmeer dan mereka. Peluang kedua untuk saya juga.

Persoalannya, peluang kedua untuk apa?

Taubat.

Tersebut satu lagi kisah. Ada seorang dari bani Israel - seorang pendosa. Oleh kerana perbuatan yang dia lakukan itu terlalu teruk, terlalu buruk - maka keseluruhan ahli bani israel itu mengambil keputusan untuk mengasingkan dia, dan membuang dia dari kampung itu. Tanpa makanan dan tempat tinggal, pendosa itu keseorangan lalu meninggal. Maka Allah kemudiannya berpesan pada nabi zaman itu " Salah satu dari hamba kesayangan AKU telah meninggal. maka pergi uruskan jenazahnya dan sampaikan kepada orang kampung - barangsiapa yang sembahyangkan jenazah hambaKU itu - maka dosanya diampunkan"

Maka, berlari-larilah penduduk kampung untuk menyembahyangkan beliau. Alangkah terkejutnya mereka melihat lelaki itu adalah lelaki yang sama mereka buang dari kampung itu. Maka diceritakan kisah beliau kepada nabi tersebut. Nabi tersebut kemudian kembali bertanya kepada Allah.

Allah kemudian menjawab - "Dalam keadaan keseorangan dan menanggung malu, dia merasa kerdil. Tanpa kawan atau saudara, dia menjadi semakin lemah kerana kehilangan tempat bergantung. Dan pada saat itu, dia kembali dan berpaling kepada AKU. Dia menghadap AKU sambil berkata "wahai Tuhan, andai dengan menghukumku kekuasaaanMU akan bertambah, dan mengampuniku kekuasaanMU akan berkurang, nescaya aku tidak akan memohon ampunanMU. tapi oleh kerana dengan mengampunkan aku kuasa KAU tidak akan berkurang dan dengan menghukumku kuasa KAU tidak akan bertambah - maka ketahuilah sesungguhnya aku tiada tempat untuk kembali selain kepada ENGKAU. Maka ampunkanlah aku."

Allah kemudian menyambung - " Dia terlalu asyik dengan taubatnya, terlalu berharap dengan permohonannya sehinggakan dia hanya berdoa untuk dirinya sahaja. Andai kata dia mintak ampun untuk seluruh manusia dimuka bumi sekalipun, AKU bersumpah dengan kekuasaanKU dan kebesaranKU, aku akan ampunkan kesemuanya."

That... is the power of repentance.

Peluang kedua.

Melalui kisah pertama dan kedua, saya yakin Nur Fitree Azmee juga layak untuk peluang kedua. Kenapa? Kerana segalanya belum berakhir sehingga sampai ajal kita. Boleh jadi pengakhirannya jauh lebih baik dari saya dan kamu – malah saya jauh lebih cemburu Allah menyusun kebaikan khusus untuknya dengan menyelamatkan dia dari terus- terusan berada dalam jerumus noda dan dosa. Mungkin Allah membuka aibnya didunia untuk memberinya kesempatan untuk dimuliakan darjatnya diakhirat. Dan jauh lebih pasti, setiap bait-bait penyesalan, kata-kata taubat atau bibit-bibit perubahan yang terhasil dari mana-mana hati yang ikhlas kerana isu ini turut diganjarkan pahala kepadanya! Alangkah beruntungnya seorang Nur Fitree Azmeer. Diberi peluang kedua dan diganjari pahala. Itu belum mengira doa-doa mereka yang sentiasa dibibir mendoakan beliau.

Namun harus saya tekankan peluang kedua yang saya perjuangkan ini bukanlah dalam bentuk keringanan penjara atau sambung belajar di universiti tempatan usai hukumannya selesai. Justeru dalam hal itu, saya jauh lebih cenderung menerima cadangan petition supaya hukuman itu dikekalkan dan peluang kedua itu hanya diberikan selepas sesi kaunseling dan hasil yang memuaskan. Saya juga menyeru pihak yang lebih arif dan berpengalaman untuk menyusun sebaiknya supaya masalah ini selesai – bukan hanya kerana potensi atau perasaan simpati kepada beliau.

Tetapi peluang kedua yang saya maksudkan adalah peluang untuk membetulkan kesilapan. Juga peluang kedua untuk memdapatkan kasih sayang dan perhatian secukupnya dari kita. Serta peluang kedua to be a better dia and kembali kepada Allah dengan sebaik-baik pengakhiran. Jangan hukum dia dengan mata yang jijik dan skeptis. Yang perlu dihukum perbuatannya, bukan orangnya. Thats why for me - he deserve the punishment. and he deserve a second chance.

I don’t know him enough to say he’ll change, that’s for sure. But I do know what ever Allah plan, HE plan it well. And because I’m a human too, like you and him – I can’t tell the future. Of him. Of you. Of me.

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَّطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik mereka yang bersalah adalah yang bertaubat

Buat Nur Fitree Azmeer Nordin, dan kita semua,
Let’s repent and seek our second chance.
May Allah fares us all better.

p/s - its a personal opinion. I'm not saying I'm right. and I'm not saying it as a fact or should be taken as a must. It's a mere voice of hope that comes within. other than that, Wallahu 'Aalam.