Friday, December 5, 2008

kaabah enggan bergerak

titian As Sirat, Jambatan yang
> merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel.
> Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut
> kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman,
> pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang
> kafir, ia akan mengecil dan memanjang.
> Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah
> kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah
> yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke
> syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah
> Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya
> kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia
> tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh
> semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
> Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk
> mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri
> tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu
> bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak
> hadir.
> Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah
> dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka
> lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan
> adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam
> neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa
> atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga
> melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di
> sekelilingnya.
> Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....
> Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus
> mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa
> mereka..Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan
> mengiringi kaabah menuju ke syurga...

No comments: