Wednesday, June 10, 2009

Mou Sukoshi

This is one of my favourite song
Its meaning really get into me...
Hope you Enjoy!!!!


Rmanji lyrics

soshite kizuita toki ni kangaeteru no kimi no koto de...
sore ga sugoku hazukashikattari
sugoku iyadattari omoete
sore wa boku ga kimochi wo tsutaeru koto ga kowai kara de

atama de osaetsukete mo kokoro ga dousuru koto mo dekinakute
autabi ni kimi ni satorarenai youni
itsumo to kawarinai youni hanashiteru tsumori de

yoyuu mo nakute kurushiku natta boku wa
kimi ni uso wo tsuiteshimau... dakedo

mou sukoshi... mou sukoshi...
kimi no kokoro ni chikazuitara
mou sukoshi... mou sukoshi...
ima kono toki ga kienai youni

douka kamisama boku ni yuuki wo kudasai

soshite omoiagunete mo kakkou warui dake no boku de...
kimi ga dou omotteru no ga ki ni natte mo
ippo mo saki he sumanai wakatteru tsumori de

jibun jyanai you na mune no MOYAMOYA ga
itaku natte nigetakunaru... dakedo

mou sukoshi... mou sukoshi...
kimi no soba ni irareta nara
mou sukoshi... mou sukoshi...
yoru yoake nai de kureta nara
sabishii toki mo namida wo nugutte ageru kara

yozora ni ukabu kakete mo hikaru tsuki ga
tsuyoku mo narenai jishin mo nai
boku wo mite hohoenda hora ne...

mou sukoshi... mou sukoshi...
kimi no soba ni irareta nara
mou sukoshi... mou sukoshi...
yoru yoake nai de kureta nara

mou sukoshi... mou sukoshi...
kimi no kokoro ni chikazuitara
mou sukoshi... mou sukoshi...
ima kono toki ga kienai you ni

douka kamisama boku ni yuuki wo kudasai


English translation



When I noticed I was thinking about you...
I felt very embarassed
And I really hate that feeling
That's because I'm afraid to convey my feelings

Even though I suppress it in my head I can't do anything about my heart
I don't let you notice it when we meet
So it can be normal how I plan to talk to you

To act so composed has started to hurt
Lying to you I will put away... but

A little more... A little more...
If I can get closer to your heart
A little more... A little more...
So that this moment won't end

Please God, give me courage

When I'm alone with my bad crazy thoughts
I worry about what you think of me
I'm sorry I stepped forward to try to let you know

I'm not myself, I don't like the fog around my heart
Depending on someone else makes me run away... but

A little more... A little more...
If I can get beside you
A little more... A little more...
Night does not continue once dawn comes
So wipe away your tears when you're feeling lonely

The glowing moon floats out into the heavens
I'm not stronger or more confident
See me smiling, look, OK?

A little more... A little more...
If I can get beside you
A little more... A little more...
Night does not continue once dawn comes

A little more... A little more...
If I can get closer to your heart
A little more... A little more...
So that this moment won't end

Please God, give me courage

Monday, June 8, 2009

DIALOG CINTA

DIALOG CINTA




Kami tidak berzina!

Maaf saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakahitu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpelangaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tidak pernah bersua muka pon!

Betul. Tapi itu adalah sesuatu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya/?

Takkan nak berbual-bual pon tak boleh?Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi.Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki berzina dan zinanya adalah menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman.(Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan penzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja*(bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)*

Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hyambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atid.

Sungguh! Berbincang pelajaran sahaja! Ni study group.(bagi kes berdua-duaan sahaja)

Study group�.?Nampak lain macam saja. Manja, senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group brdua saja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran.?Jangan-jangan sekejap saja berbincang pelajaran,yang lain tu���banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah fitrah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar. Study group.Saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri bercinta/?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud dalam diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan dating untuk membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak menyuruh membunuh naluri seperti yang dilakukan paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong ada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu dating tanpa diundang. Ituadalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu dan patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. JAngan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.


Tentu ada cinta secara islam.

Cinta secara islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab Kabul, cinta selepas kahwin.Itulah cinta suci dan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan islam. Apabila islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut dari dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin. Baru semalam, bukankah mereka sudah hamper dengan penzinaan?Berapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. KAsihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang bercinta tetapi tetap selamat tidak berzina. Kami tahan diuji!

Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan ajnganlah kamu hampiri pokok khuldi.(jika kamu menghampirinya)maka kamu adalah orang-orang yang zalim.(al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi.Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka memakannya. Demikianlah dengan zina.Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan adalah dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas berkahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh lakonan dan kepura-puraan. Masing-masing berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, pemurah, penyabar dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang pujuk. Jangan harap selepas kahwin, bila merajuk akan ada orang yang pujuk. Banyak orang tertipu dan kecewa dengan keperibadian orang semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar�sanggup tunggu pasangan berjam-jam.Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. JAdi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan hanyakepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mendapatkan kebahagiaan tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudah canggung, bagaimanakah kesudahannya?

Tanya sikit�.adik angkat, abang angkat, kakak angkat, boleh ke??Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya tetap sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, adalah satu bentuk tipu daya syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa dikorbankan. Namakan apa saja sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semua adalah sama. Jalan akhirnya tetap akan bertemu zina.

Jadi seolah-olah orang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. CIntanya ditumpah kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah taala.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.Allah berfirman : Lelaki berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan berzina pula tidak ingin berkahwin kecuali dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(surah An-Nur:3)Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.

Tidakkah itu penghinaan dariTuhan?Jadi orang yang pernah bercinta hanya layak dengan orang yang pernah bercinta juga?


Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati!

Apa ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan saja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki?Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan ibu anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?(tidak ada dalam syariat)

Tentu. Mana ada lelaki normal suka pada barang second hand sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap bandung., bawalah ke hulur ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah : Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya( yang memelihara diri dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (surah Al-Ahzab:35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat : Tinggalkan perbuatan maksiat,Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk yang menjurus kea rah percintaan. Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum kahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambaMu ini berdosa�Amin yarabbal alamin�

Moga Allah terima taubatmu. Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana! Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dating kepintuMu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka.

UNTUKMU

Untukmu*
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli*


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.


~credit to rhymee~

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "


Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk KITA

reNunG-renUnGKANlah ..
Mengapa ye kita slalu menidakkan ape yg memang SDH terbukti >C0upLE itu HaraM<

tahap Iman

IMAN TAQLID


Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'.
Orang yang beriman Taqlid, pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.
Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya. Mengikut qaul yang lebih jelas, Iman Taqlid ini tidak sah.
Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.
IMAN ILMU
Iman berdasarkan Ilmu. Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah, Malaikat2, Rasul2 dan Nabi, Kitab2, hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya.
Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal.
Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh. Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain.
Tetapi orang yang beriman Ilmu, tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya. Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.
Jadi, Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.


IMAN 'AYYAN


Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan. Imannya bertempat di hati, bukan lagi di fikiran.
Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala. Apabila disebut nama Allah, gementar hatinya.
Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan. Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia.
Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar. Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.


IMAN HAQ


Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata hatinya melihat Allah Taala.Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa.
Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb. Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah.
Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.


IMAN HAKIKAT


Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2, khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar. Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi.
Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah.Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji.Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.
Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !
Di manakah tahap keimanan kita ?
Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh, iltizam dan istiqomah.
Berbahagialah dengan berita gembira dari Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 139 : Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

Saturday, June 6, 2009

life is a cup of coffee

a group of alumni highly established in their career
get together to visit their old university professor
conversation soon turned into complaint
about stress in work and lyfe

Offering his guess coffee
the professor went to the kitchen
and return with a large pot of coffee
and an assortment of cups
porcelain, plastic, glass, crystal
some plain looking
some expensive
some exquisite

he told his guest to help themself to teh coffee
after everyone had a cup of coffee
the professor said:
" If you noticed
all the nice-loking expensive cups had been taken up
leaving behind the plain and cheap one.

while its normal
for you to want only the best for yourself
that is the sources
of your problems and stress

be assured that the cups
add NO QUALITY to the coffee
in some cases
it's just more expensive
and in some cases
even hide what we drink

What all of you really wanted is the coffee
NOT THE CUPS!!!!
but you consciously went for the best cup
and then began to eyeing each other's cups
to see who had the best one

Now consider this
Lyfe is the coffee
The job, money and position in society
are the cups
they are just TOOLS
to hold and contain LYFE
and the typeof cups we have does not DEFINE
nor CHANGE the quality of lyfe we live

Sometimes...
by concentrating only on the cup
we forgot to enjoy the coffee

Sovor the COFFEE not the CUPS
the happiest person dont HAVE the best of everything
they just MAKE the best of everything

live simply
speak kindly
care deeply
love generously