Tuesday, December 1, 2009

Majoriti vs Minoriti

"Untuk menilai kebenaran sesuatu berkaitan dengan agama itu juga bukan terletak kepada kelompok majoriti atau minoriti. Tetapi seharusnya ia dinilai menurut dalil yang menyokong amalan tersebut samada bertepatan dengan amalan Nabi s.a.w atau tidak. Jika pendapat yang lebih tepat itu hanya dipegang oleh seorang manusia sahaja dan sebahagian besar yang lain berada di atas jalan yang berbeza dengan jalan yang ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w sudah tentu pendapat yang seorang itu lebih unggul berbanding pendapat majoriiti.

Menurut Syiekh Soleh bin Fauzan al-Fauzan di dalam kitabnya Syarh Masa-il jahiliyah, nukilan dari artikel bertajuk ' Hindari tolok ukur Kebenaran Ala Jahiliyyah', Majalah As-Sunnah, Edisi 03/IX/1426h/2005m, ms 38,

" Nilai ukur kebenaran itu bukan kerana jumlah pengikutnya yang besar tetapi nilai ukurannya adalah kebenaran atau kebatilan yang menyertainya. setiap yang benar itu walaupun pengikutnya sedikit, maka harus digenggam kuat. Itulah jalan keselamatan. Semua kebatilan tidak boleh berubah menjadi benar hanya kerana jumlah pengikutnya yang banyak. Nabi s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya islam itu muncul dalam keadaan asing9sedikit pengikutnya) dan suatu ketika akan kembali asing sebagaimana pertama kali muncul"
-hadith riwayat muslim dalam sahih muslim, Kitab Al-Iman, hadith no 146"

petikan daripada buku 25 persoalan agama, huraian dan penyelesaian,mohd Yaakub Yunus,ms 9-10

1 comment: