Thursday, March 24, 2016

The Book of dreams

Aku ada sebuah buku.
'Book of dreams' tajuknya. Buku murah. Aku beli di mesir dengan harga 6 genih waktu itu. Masa aku beli buku tu, ada satu sebab je.

Aku ada banyak sangat impian.

Kononnya, aku akan list all my dream at the top of each page. Then, di setiap page tu aku boleh tulis ape sahaja - start daripada ape yang aku nak acheive through that dream and macammana. So it's full with technicality.

Masa first buat tu, I have around more than 20 pages yang aku tulis kepala tajuk dia. Aku tulis everything - from doctor to proper abid to writer. Semuanya.

Then, day by day, the pages are filled. Setiap hari aku akan go through pages yang masih empty - kut datang idea macammana nak plan.

Aku buat buku tu pada 29/2/2016 - simply because its a leap day. It seems special. Dan hari ini - 25/3/2016 - tak sampai sebulan pun tapi aku dah sampai jauh.

Bawah topic 'bisness' aku dah sampai ke tahap nak meeting investors. Bawah topic 'language' aku dah start susun jadual study and dah start study pun for taking exam in summer.

And the list go on.

But there are still 2 pages that are still empty. Well, kalau tanya why - mungkin sebab aku sendiri tak ready. Dan boleh jadi aku sendiri tak pasti what kind of preparation I should do.

The first one is 'marriage'. Yeah. Hmm.

I don't even know what to talk about it. Its not that I don't like anyone. Atau aku tak suka idea disebalik manisnya perkahwinan tu. Tapi.. Bila fikir nak tulis ape bawah 'what to acheive' tu - rasa tanggungjawab yang sangat berat.

Apatah lagi bila plan. Fuh.
I knew I should start plan. Tapi, aku ambil keputusan perancangan terbaik adalah untuk baiki diri menjadi yang terbaik.

And to do that, is by acheiving my dreams. So basicly - book of dreams ni dikira plan nak kahwin la.

Err. Ok.

The other page is.. Death.

Well, Aku kena sedar yang ajal boleh sampai bila-bila. Malah, mungkin lagi cepat dari kahwin tadi. Masa aku tengok 'what to achieve',  aku bayangkan satu je. husnul khatimah.

Cuma..
How?

Aku bayangkan a death letter or books yang simpan maklumat penting when I died. Semua username dan password yang ada. Semua hutang. Semua janji dan amanah. Semua kisah penting yang aku tak sempat cerita.

But.. I can't do it.
Just the idea of it make me cry.
And my hand trembles everytime I try to write.

The books of dreams.
Setiap hari aku selak.
Setiap hari aku sampai ke 2 mukasurat yang kosong ni.

Marriage is one thing.
Even if I'm not prepared, ataupun tak tahu macammana nak plan,
I still can avoid it.
But how on earth can I cheat death?


Friday, January 15, 2016

Cruel life

How cruel life can be?
When you are struggle in between improving slowly or get things swiftly.

When you try to improve slowly,
things start to fall out in peices as you try to catch up with you self.
When you start speeding up,
You missed the details and ended up reaching to target without meaning.

Making decision, its too hard.

You can't make decision without hurting other people feeling.
So, you ended up hurting your self to settle things.

But,
When others are ignoring you,
Should you ignore you self too?

It comes to a moment - where hurting become natural.

Monday, January 11, 2016

Hard


If I keep following the flow, I wonder how long will I survive.

So I thought of taking control. But, it's not that easy. It's harder when you are an adult. You tend to think much before you do things. You scared often. And dare not to take a chance.


Friday, June 19, 2015

Chapter 2: Hikmah

Matanya dibuka. Siling yang bercorak kelabu abstract dipandangnya berkelip-kelip. Jam dimeja dikerling. 11.30 pagi. Awal lagi.

"Angahh, bangun! Kamu nak jadi apa ni?" Latif mengeluh. Mula dah. Kepalanya diselitkan dicelah 2 bantal yang menjadi bantal kepalanya semalam. Telefonnya tiba-tiba berbunyi. Private number. It should be from one person. "Yes Along?" Najwa ketawa. " Should I call later?" Angah tersenyum pahit. Thats why she's my beloved along. " Nah, I woke up already. Kenapa?"

"Oh. Nak mintak tolong downloadkan something. I'm coming home this summer!" Latif terus duduk tegak. "Serius? Kali ni betul tau! Tahun lepas janji tapi cancel last-last minit." Angah menyilangkan kaki.

"Yup, InsyaAllah. But, could you download Reply 1994 for me?" Najwa diseberang sana sibuk menaip sesuatu di laptopnya. Huh? Reply 1994? 

"Siapa yang nyanyi? Lagu Inggeris ka?" Najwa tersenyum. "Its a drama la. Kalau lagu aku download sendiri. Tak payah nak tunggu kau. Its a korean drama." Siap. Tinggal nak kena printout assingment then hantar.

"Kau ni Long, asyik dengan cerita Korea je. Cuba la berenti-berenti siket. Focus study betul-betul. Kalau orang tengok kau, die mesti tak sangka you are in 2nd year Medic." Mata Najwa dikejap kuat.

"Okay! Enough nagging like a stepmother and spare me once! I've had enough babbling for one day. Kau macam tak kenal Ija. And you need to meet my new housemate, Dina. She’s one pious abid alright.” Latif menggaru kepala.

“Boleh tak? Nanti Along send link tempat kau nak download. I’ll sent you a video on it sekali supaya kau tak salah download so jangan lupa tengok. Or better, you should watch one. Tengoklah episode 1. A Seoul Person tajuk dia.” Najwa kini membuka gmailnya.

“I’m so not into Korean so tak payah.” Latif bergerak kearah tuala yang tersidai dibelakang pintu. Berus gigi dan ubat gigi dilaci pertama diambil dan diletakkan sementara kat atas meja. Najwa memandang jam dindingnya. Budak ni, dah pukul berapa ni?

“Nak mandilah tu? Oklah. Nanti-nanti along call balik.” Huh? Hantu ke Along aku ni? “Eh mana ada. Sembang la lagi. Bukan selalu call. Mahal.” Latif kini bergerak kearah rak baju. Baju t-shirt hitam plain bersama shorts melepasi lutut dicapai.

“Nope. You are already picking up your clothes. Kau ingat along tak tahu? Just go. Nanti jangan lupa check email.” Najwa tekan butang sent. Ok. Yang ini pun selesai. Siap kau Angah kalau kau tak download. Latif mencebik.

“Roger and out. But, Along,  I want to tell you something about Maddy.” Maddy mana pulak ni?





“Shut up!” Lancer ketawa. “No really!” OhMaiGod. Najwa menyusun buku neuroanatomy yang bersepah dimeja. Anggukan pantas diberikan kepada Dr Asyraf yang masih berada dihadapan, mengemas laptopnya. Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Lancer dan Ija.

“Ni tak sempat apa-apa lagi dah suruh shut up. Lecturer tak sempat keluar lagi.” Najwa menarik muka. Kedua mereka berpaling. “ Sorry, I got carried away. It’s a new album. ‘1989’ from Taylor Swift. Minah ni tak bagi tau kat aku pun.” Lancer mencubit pipi Ija sekuatnya.

“Ouch. Not my fault. Kau check la sendiri. Sejak bila aku jadi PA kau, reporting everything that happened around the world.” Ija membalas bersahaja.

“Kalau betul tau everything that happened around the world kan elok. Banyak lagi masalah dunia yang korang boleh bincang atau research on medicine yang korang boleh buat.” Suara Kamil memecah hening. Pandangan matanya tetap pada K.E.

“ Haih. Relax la. Its just a book that we are interested on. Kau tak pernah layan sebab tu kau tak tau. Lagipun, bukannya kitorang tak ambil tahu isu semasa. Kitorang tahu je, kan Mie?” Suara mereka kedengaran semakin jauh apabila mereka bertiga bergerak keluar dari dewan kuliah. Najwa, Lancer dan Ija hanya berpandangan sesama mereka. I thought he was talking about us..





“ Oi, its already 4pm. Kau dari mana ni?” Joe mencekak pinggang seperti seorang ibu tiri. Jai mengangkat tangan keudara tanda meminta maaf. “ Sorry, got stuck up dengan Reply 1994.” Latif mengangkat muka. “You what?” Jai membongkok sambil meletakkan tangan di lutut. Tercungap-cungap mengambil nafas.

“Duk tengok satu cerita ni sampai tak sedar dah pukul 4. Sorry guys.” Kedua tapak tangan Jai dirapatkan dan dibawa kemuka. Mata dipejam cuba untuk menunjukan kesungguhan dia meminta maaf. Lan mengangguk. “ No biggie. Aku pun kadang-kadang stuck jugak kalau dah start tengok.” Pandangan Latif kini berubah kearah Lan. Lan pun…

“Wait. What are you guys talking about? Is it a game? Kenapa aku tak tahu pun?” Joe mengerutkan dahi dia. Lan menggeleng. Jai hanya tersenyum sambil memegang bahu Joe. Dia kemudiannya mula berlari keliling gelanggang sebagai warm up. Joe menarik muka masam sambil mengambil bola yang terletak ditepi gelanggang. Bola dibam sambil kakinya melangkah ke tengah court.

“Lat, Coach suruh pesan cakap dia nak jumpa kau lepas sekolah esok.” Lan memecah sunyi antara mereka berdua. Tangannya ligat mengurai earphone yang dibawa keluar dari pocket. Mp3 trancend putih ditangan Lat diambil lalu punat tengah ditekan lama. Lan melihat sekali lalu senarai lagu yang ada dalam playlist lalu menekan butang play. “It’s a game? Interesting title.” Kata Lan sebelum meneruskan larian mengikuti jejak Jai.

Latif terdiam. It’s a game.





Tuk. Tuk.

Dina mengetuk pintu bilik Ija. “Masuk.”

“Buat ape?” Dina bergerak kearah Ija yang berada dihadapan laptop. Dulham Le Jayenge. “Layan Salman Khan. Ley?” ‘Ley’ adalah bahasa arab ammi yang membawa maksud kenapa. Dina menjeling jam meja Ija. 3 petang.
“Apa je la yang kau dapat daripada melayan cerita-cerita macam ni. Baik la layan The Arrival ke, Umar The series ke..” Ija memberhentikan movienya.
“ I am. Siapa kata aku tak layan?” Dina membuat muka terkejut.

“Macammana kau boleh layan dua-dua? Satu tu penuh dengan hikmah, dan yang ni.. hanya buang masa.” Jari telunjuk Dina menunjuk kearah skrin laptop.

“Kenapa yang ni buang masa yang tu tak?”
“Sebab cerita ni kau tak dapat apa-apa selain dari dosa tengok lelaki handsome je.”
“Tapi dalam Umar The Series pun ada lelaki handsome jugak."
“Tapi kita tak tengok sebab lelaki tu handsome. Kita tengok nak hikmah dari Sirah nabi".
“Then, Kalau aku cakap aku tengok ni sebab nak ambil hikmah, maka sama jela kan dengan tengok Umar The Series?”
“Lain. Yang tu Islamic. Yang ni tak langsung!” Ija mula berdiri.
“Siapa kata nak hikmah hanya tengok benda Islamik? Cerita-cerita barat takde ke?”
“Kalau ada pun, korang ended up tengok sebab lelaki tu handsome, bukan sebab hikmah dia.”

Pintu bilik Ija diketuk. Muka Najwa terbonjol. “Lai. Chi Fan.*”

*Lai. Chi Fan ; Jom, Makan nasi.





Latif membuka emailnya. Link yang diberikan Along hanya dipandang lama. Hard disk Lan yang berada disisi computer diambil dan disambungkan ke computer. Folder Reply 1994 dicari. Jumpa.

Timeout!
  
Kesepuluh pemain menghempaskan badan disisi court. Masing-masng mengerling jam buat kesekian kalinya. Ah, bersukan sewaktu puasa bukan mudah. Penat. Letih. Latif, Lan, Jai dan Joe duduk sebaris dibawah pohonan rendang sambil mengambil nafas.  
“Weyh, Joe. Kalau kau nak pegi minum, pergi je la. Kitorang tak bising punya” Jai memandang Joe. Joe menggeleng. “Nope. I’m not that thirsty.” Joe mengibas-ngibas kolar jersinya. Sesekali, rantai salib yang berada di lehernya tertarik sekali, menyebabkan dia tecekik seketika. Lan dan Latif tersenyum.

Episode 1 ditekan. Oh. Satu jam lebih. I need popcorn. And cola. Spacebar ditekan pantas. Latif bangun menuruni tangga rumahnya ke dapur. Peti ais Samsung dibuka. huh? Apa ni?

“Itu peti bahan masakan. Bukak peti lagi satu.” Mak menjerit dari ruang tamu. Latif menjengahkan kepalanya mencari peti ais kedua. Jumpa. Sejak bila rumah aku ada 2 peti ais? Dia bergerak kearah peti ais lagi satu dan mengambil air cola yang tersimpan di tempat simpanan air. Popcorn yang selama ini berada di tupperware ungu dicapai. Dia kemudiannya memecut ke tingkat dua. Spacebar ditekan buat kali kedua.

“Lan, kau pun layan Reply 1994?” Latif bertanya kepada Lan yang sudah berbaring menghadap langit. Lan mengangguk. “ Ada orang recommend kat aku. Katanya it open your perspective on life.” Senyuman mula terukir dibibir Lan. Latif turut berbaring. 
“Funny thing is, you can feel what they want to say. Rasa macam diorang tengah cakap with us. About us.” Lan memalingkan mukanya menghadap Latif. “ I think, It describe the best – about life.” 

Beeeeekkk....
Latif tersenyum. Indeed. Frame gambar dimeja dipandang sekilas. Pergaduhan kasar antara 2 beradik dalam episode itu mengingatkan dia kepada Along. Hanya berdua, namun cukup untuk mengegarkan banglow 2 tingkat ini. Dia dan Along - meskipun adik beradik -  boleh kata mempunyai perangai yang  tidak sama. Terlalu berbeza.

Along pandai. Sebelum dia pergi ke Mesir untuk belajar, Dia duduk 5 tahun di sekolah berasrama penuh. Along juga rajin tolong mak buat kerja dan anak yang taat. Yang paling penting, Along… lebih baik dari dia - religiously speaking. Manakala Angah? I’m everything opposite her. Sebab tu Mak dan Abah tak suka aku. Ehemm. Popcorn sekat dikerongkong. Air cola diteguk pantas. Matanya kembali menghadap skrin.





  
Suasana diruang makan senyam sunyi. Tiada suara Ija yang sering bercerita ataupun Dina yang sentiasa menyampaikan tazkirah. Najwa memandang sekilas kearah Dina kemudian kearah Ija.
“Korang gaduh ke?” Najwa menggigit bahagian belakang ayam gorang. 

Ija mengangkat muka. “Sort of.” Najwa memandang kearah Dina. “What did you do?” Dina hanya bangun mengangkat pinggan yang telah kosong ke dapur. Dia kemudiannya bergerak kearah biliknya. Ija membuat perkara yang sama. Najwa berkerut. Aku ke yang buat silap?





Kring. Kring.

Latif memberhentikan cerita di laptop. Dia berdiri mencari telefon yang berada dimejanya. Nama ditelefon dipandang lalu senyuman terbentuk. “ Oh, Kamil. Kenapa?”

Orang yang berada dihujung sana tersenyum. “ Nak pesan something. Nanti pass kat yaya masa dia balik.” Latif mengangguk. “Kau tak balik ke tahun ni? Korang ni pelik la. Time Along balik, kau tak balik. Time kau balik, Along tak balik. Nape tak pesan kat Along terus?” Kamil ketawa. Merepek lah kau, Lat.

“Kenapa kitorang kena balik sekali pulak? Ala, kalau pesan dekat dia, bukan dia tahu pun. Aku nak pesan buku Almanac 2014. Dah keluar rasanya dekat MPH.” Kamil membelek-belek buku Malcom X yang dicapai dirak buku. Rasanya belum habis baca ni. “Kau tengah buat ape Lat?”

Latif kembali duduk dihadapan laptop. Spacebar ditekan. “Tengok cerita. Dahlah. Aku nak sambung. Nanti aku belikan and pass kat Along.” Kamil mengangguk pula. “Yelah. Tapi kalau kau tanya aku, aku cadangkan kau tengok Reply 1994. Lagi better dari cerita-cerita yang kau selalu layan. Hehe. Bubbye. Assalamualaikum." Talian diputuskan. Kamil juga. Mata Latif memandang kearah skrin yang masih bermain. Apa sebenarnya yang ada dalam Reply 1994?

“Life eh? Bagi aku pulak, cerita ni they talked about obvious things. Miracles, dreams, geniuses, effort – but in one perspective kita tak nampak. Ada satu quotes dia yang aku suka..." Jai mengambil handsetnya dan menunjukan gambar latar ‘home screen’-nya.
 
"When I was 20 years old too, both the city Seoul and its people was scary. On that unfamiliar land, the place where we wouldn’t be outsiders was – the only place that made us feel safe was this place. My home.” – Na jung.
 Dan disebalik kata-kata itu ada gambar Latif, Jai, Joe dan Maddy berbaring di tengah-tengah gelanggang bola keranjang.





Najwa menangguk laju saat Ija memasuki biliknya. “ Apa yang kau anggukkan?” Najwa memandang kebelakang. Skrin laptopnya ditunjukan. “ Diorang ni dari kampung. Baru pindah ke Bandar. Kena tipu. Beli kotak buah, buah kat belah bawah kecik. Naik teksi pakcik tu mintak lebih. Lepas tu sesat mesat. Naik metro bertolak-tolak sebab penuh. And then kena marah sebab buat bising.” Ija tersenyum.

“Macam kita masa mula-mula datang Mesir. Bab teksi dengan buah tu spot on.” Ija duduk diatas katil. Keduanya ketawa. Muka Ija kemudian tiba-tiba serius.  “Tadi, Dina marah sebab aku tengok cerita Hindustan. Dia kata buang masa.” Najwa memusingkan kerusinya.

“Oh. Then?” Ija memandang muka Najwa penuh berharap. “Aku rasa, selagi mana aku boleh extract good things on it, maka dia jadi tak buang masa la kan?” Najwa terdiam.





Selesai. Jam menunjukan pukul 12 pagi. It took long enough to finish, alright. Latif berbaring dikatilnya. Banyak perkara yang bermain dibenaknya. Dia sendiri tak pasti sejauh mana bestnya cerita itu. Yang dia pasti, cerita itu dan dia, punyai banyak persamaan. Maka, banyaklah hikmah yang boleh dia ambilkan? dan banyaklah benda yang diaboleh belajarkan? Hikmah. Himmah.

“By the way, Lat. Ni lagu siapa?” Lat memandang kearah screen Mp3 putihnya It’s a game. Bahunya diangkat tanda tidak tahu. “Along aku bagi. I thought it was a nasyeed or something like that. Penyanyi dia ada nama nabi tak silap.” Adam, Idris, Nuh, Hud… 
Lan mengangguk. “I thought ni lagu macam High school Musical ‘Now or Never’. Tapi rupanya lain.” Ibrahim, Lut, Ismail… “ I look out for the lyrics and it was suddenly make sense." Lan ketawa." Aku sukalah lagu ni.” Ishak, Yaakub.. Latif berhenti. 
“Yusuf! It was Yusuf something. Eh. Atau something yusuf?” Lan menggeleng. 
“It was Muhammad. Muhammad S.A.W”





Hanset I phone 5 disisi dicapai. Laju tangannya menaip It’s a game – Muhammad nasyeed lyrics di Google Search. Aik?

‘It’s a game – Sami Yusof Lyrics..’ Link ditekan. Latif tersengih. I told you it was Yusof. Lirik keluar satu persatu. Dia membaca penuh khusyuk.



It’s a game
That they play
شتموه لما جهلوه
(They insulted him when they didn’t know who he was)
تبعوه لما عرفوا هداه
(They became his followers when they truly knew his way)
What a shame
What they say
شتموه لما جهلوه
(They insulted him when they didn’t know who he was)
تبعوه لما عرفوا هداه
(They became his followers when they truly knew his way)
Where are you in my dreams?
You feel so close but so far
When All I want is to see
Your face in front of me
You make me chase around
Shadows in the moonlight
Only for the sunrise
To open my eyes
Makes me jump to my feet
Walk around the city streets
Hoping that I’ll find you
By my side
Then I feel your sunlight
Beautiful and so bright
Feeling I’m in your arms
For a while
Hours pass like a breeze
Moving through the palm trees
Hand in hand you and me
With your smile
شتموه لما جهلوه
(They insulted him when they didn’t know who he was)
تبعوه لما عرفوا هداه
(They became his followers when they truly knew his way)
What a shame
What they say
شتموه لما جهلوه
(They insulted him when they didn’t know who he was)
تبعوه لما عرفوا هداه
(They became his followers when they truly knew his way)
Sen benim nazli yarimsin
(You, my delicate beloved)
Sen benim gozbebegimsin
(You, the apple of my eye)
Sana gonulden baglanmisim ben
(Tied to you, at the heart)
Sen en sevdigim sevdicegimsin
(You are my deepest love, my beloved)
Ben seni bir gul gibi koklar¦m
(Inhaling your scent, just like smelling a rose)
Ask¦nla tutusur ask¦nla yanarim
(Burning inside, with the fire of your love)
Hep seni arar seni sorarim
(I always look for, and ask of you)
Sana varmak icin hayal kurar¦m
(Always dream of reaching you)
تیرا تصور میرا ہی سکوں ھے
(The very mention of you becomes my tranquility)
تیرا نام لینا میرا ھے جنوں
(To take your name, it becomes my sanity)
وہ میٹھی باتیں تیری ھی سنوں میں
(Those sweet conversations of yours I would listen too)
دنیا برا مانے تو میں کیا کروں؟
(If the world deems them offensive, what do I care?)
شتموه لما جهلوه
(They insulted him when they didn’t know who he was)
تبعوه لما عرفوا هداه
(They became his followers when they truly knew his way)
What a shame
What they say
شتموه لما جهلوه
(They insulted him when they didn’t know who he was)
تبعوه لما عرفوا هداه
(They became his followers when they truly knew his way)
I need you in my life
Like the air with which I breathe
(Salutations upon my beloved)
So let them say what they want to say
(Salutations upon my beloved)
It’s the same game they always play
(Salutations upon my beloved)
I’ll turn my ears the other way
(Salutations upon my beloved)
It makes no difference either way
(Salutations upon my beloved)
It’s a game they’re always going to play
Let them say what they want to say
(Salutations upon my beloved)
It’s a game, It’s a game
It’s a game, It’s a game
It’s a game, It’s a game
They’re always going to play
play, play, play, Play

Latif:  
Hikmah itu bukan sahaja terletak pada agama atau genre. Ia berada dimana-mana sahaja. Pada saat kau bangun tidur sehingga kau kembali tidur, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Kalau kau mampu, dalam kesibukan melakukan perkara seharian, berhenti seketika untuk mengutip hikmah yang berada dicelah-celah dunia. Kalau kau mampu , lihatlah segala perkara yang berlaku dalam sehari-harianmu dengan mata hati. Nescaya, dalam keadaan mana-mana sekali pun, kau akan jumpa kebaikan dan hikmah sejati. 

 Najwa membetulkan earphonenya. “Aku tak rasa ayat kau tu totally betul.' Asal kita boleh extract good things, maka kita dikira tidak membuang masa.' Maka, kalau dari cerita yang 5 jam, kau hanya extract 10 minit punya pengajaran, wasn’t it still a waste?” Najwa berhati-hati. Kali ini giliran Ija pula terdiam.

Najwa:  
Tetapi hikmah bukan la sebagai sebab utama kita melakukan sesuatu perkara. Oleh kerana hikmah yang sedikit, atau kebaikan yang kecil, kita langsung menjustifikasikan perbuatan kita. Ya, Hikmah itu datang dalam segala perkara. Tetapi, ada banyak lagi faktor yang harus kita pertimbangkan dalam melakukan sesuatu. Zaman sekarang yang penuh dengan sumber keseronokan – lagu, drama, movie, buku – kita harus pandai menapis sumber. Oleh kerana hikmah itu ada dalam setiap medium, maka hikmah secara automatik bukan menjadi faktor penapis. Kita harus mengambil kira masa, kepentingan dan sejauh mana sesuatu sumber itu membawa lebih banyak kebaikan kepada kita.  Hakikatnya, semua perkara ada baik dan ada buruknya. Maka, sumber terbaik adalah sumber yang bukan sahaja punyai banyak kebaikan, tetapi meminimunkan keburukan.

Kamil meletakkan kembali buku Malcom X dirak bukunya. Dia melihat lama buku-buku yang turut beratur sama tegak. Sama tinggi. Label yang terlekat kayu pemisah antara ruangan buku itu dengan ruangan buku dibawah dipandang sekilas. Agama.

Kamil:  
Dan.. sumber hikmah yang terbesar adalah dari Islam itu sendiri. Kerana semua hikmah itu datang dari Allah, maka dalam Islam itu setiasa dihujani hikmah. Ada satu hadith terkenal yang terlekat didinding bilik, menjadi ikrar aku sehari-hari sebelum menapak keluar rumah.   
“ Ajaib sungguh orang mukmin itu. Sesungguhnya semua keadaan itu adalah kebaikkan baginya dan tidak wujud keaadaan ini pada sesiapapun melainkan orang mukmin. Apabila dberikan kesenangan hidup, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan apabila dia ditimpa musibah, dia bersabar dan itu juga baik baginya. – Riwayat Muslim.”  
Maka carilah sumber hikmah dimanapun. kutip sisa-sisa iktibar dari setiap niat, kata-kata dan perbuatan yang kita lihat dan kita perhati. Dan kembali menilai diri, sejauh mana - atas nama hikmah itu - kebaikannya mampu merubah kita menjadi manusia yang lebih baik esoknya dari hari ini.

Thursday, June 18, 2015

Chapter 1: A New Beginning.

Pintu diketuk. Najwa memandang susuk tubuh yang sedang beralih dari pintu ke rak bukunya. Buku 'Safe Haven' karangan Nicholas Spark dicapai lalu badannya dihenyakkan ke katil. "Boleh aku masukk?" Najwa mencebik. "Kalau aku cakap tak leh, kau nak keluar balik?" Susuk badan tadi langsung berdiri tegak. Dia kemudiannya tersenyum. "Nope." Najwa tersenyum kembali. Aku dah agak dah. Dia kemudiannya kembali memandang laptopnya.

"Kau buat ape?" Soalan dilontarkan sambil muka masih menghadap buku. Najwa mengerut. Tangannya memanggil-manggil Ija yang sedang baring dikatil. "Ija, kau tengok ni. Another artist start berhijrah la. Pakai tudung segala." Najwa tersenyum.

"Malasla. Tak ikhlas la tu. Dia berubah sebab dah trend sekarang artist pakai tudung. Tagih popularity." kaki Ija bergerak kearah sumber cahaya yang ditunjukan Najwa. Tangannya ligat scroll berita itu kebawah. " Eh.. Eh.. kejap. kejap." Bahu Ija dipukul kuat. Ija mengerang. " Kau ni, ganas betul. Use word. Word. Ni semua benda nak melalui keganasan." Najwa menjeling.

"Tengok ni pulak. Salah seorang pelukis kartunis Muhammad yang dulu tu telah convert Islam. Katanya, selepas dia mengkaji, dia dapat hidayah dari Allah. Wah.. Alhamdullilah." Najwa tersenyum lebar.

"Yaa.. Kau ni. Mudah sangat la percaya dekat berita-berita yang ada dekat Internet. Mana kau tau sahih ke tak?" Ija memandang ke arah Najwa. "Kalau betul sekali pun, aku yakin ni semua propaganda orang kafir nak alihkan kita dari benda- benda besar macam perang dekat Syiria dan Palestin. Itu berita lagi penting tau." Ija kemudiannya menutup laptop itu.

"Woi, kalau ye pun, shut down la betul-betul. Nanti rosak la laptop aku. Bukan laptop kau pun" Najwa menjeling. Ija bergerak kembali kearah katil Najwa sambil membuat muka. Buku 'Safe Haven' kembali dicapai. Najwa mengeluh. Jam biru laut didinding dikerling sekilas. 8.20pm. Nak dekat isya'.

"Dah, jom siap. Kata nak tarawih dekat Masjid Nabihah malam ni." Najwa menyambar telekung tersidai dipaku dinding. "I'm ready." Ija berdiri tegak sambil mendepakan tangan. Tudung arini hitam dikerusi Najwa diambil dan langsung dipakai - melengkapkan baju jubah hitam yang meliputi badannya. Najwa hanya menggeleng.





Tut. Tut.
Tut. Tut.
Skrin telefon dipandang sekilas. Tiada jawapan.

"Who are you calling?" Perkataan itu beratur keluar dari mulut besama asap rokok yang berkepul-kepul. "My along." nombor telefon itu sekali lagi didail. Langkah kakinya bergerak kehulu kehilir membuatkan sahabatnya runsing.

"Hey, lek. Dia ada hal la tuh. Kau pun beragak la sekarang pukul berapa? She's probably sleeping dy." Kaki yang tadinya melunjur kali ini disilangkan. " It's 9pm kat sana la. Along aku burung hantu so dia tak mungkin tidur awal." Jam ditangan diperhatikan berkali-kali. 3 pagi. It should be 9pm there. Why didn't she pick up??

Joe menegakkan badannya tiba-tiba. "Weyh, pagi tadi kau nampak tak Maddy? Dah 2 minggu kan dia tak datang kelas?" Latif memandang sahabatnya. "Nope. Kenapa dengan dia?"

Joe mematikan putung rokoknya sambil mengisyaratkan Latif untuk mendekat." Aku dengar, mak ayah dia berhutang. Dengan Along. Katanya untuk loan rumah. Tapi, dah 3 tahun tak settle-settle lagi. Jai kata, sebagai last resort die jual Maddy dekat Along tu." Latif terdiam.

"Takkan la. Cakap biar berasas siket." Satu suara muncul dari tepi. Mukanya tenang sambil menyedut air teh o ais yang dibungkus dari kedai Mak Limah.

"Betul, Lan. Diorang cakap kalau kau pergi rumah dia, Mesti mak ayah dia cakap dia takde - pergi rumah atuk dia. Tapi Jai kan satu kampung dengan Maddy. Sepupu die yang kat kampung cakap, jangankan orangnya, batang hidung pun tak nampak." Joe bersungguh bercerita sambil mengangguk. Lan hanya mengangkat bahu menandakan tidak mahu masuk campur.

Joe menepuk lembut bahu Latif. "Kau rasa la, Maddy kat mana ek?" Latif memandang kosong kearah Joe dan Lan. Lan, Jai dan Latif bersahabat baik sejak kecil. Maddy pula selalu ada bersama Jai, oleh itu mereka berempat selalu dilihat lepak bersama. Joe pula menjadi sebahagian apabila sama-sama berada dalam team basketball disekolah. Hakikatnya, Latif sendiri tidak rapat dengan Maddy. Malah jarang sekali berbicara.

"Haa Lat, sebelum aku lupa. Nah. Untuk kau" Latif memandang bungkusan yang dipegang ditangan Lan dengan tanda tanya. "Sorry la aku lupa birthday kau hari tu. Nah. Hadiah ganti." Lan tersenyum. Latif hanya terdiam seribu bahasa. Dia tahu Lan bukan sengaja tidak menyambut hari lahirnya pada hari itu. Tidak. Malah, dia yakin sekali Lan tidak akan sekali-kali menyambut tarikh itu selamanya.. Tidak selepas peristiwa itu.

"Thanks Lan." Air mata mula berada dibirai. "No biggie." Lan mengangguk ikhlas sambil menepuk bahu kiri Latif.. Bungkusan itu dibuka. Huh?

"Argghhhh.. kurang ajar kau, LAN!!!" Lan ketawa terbahak-bahak sambil berlari. Latif mengejar sepenuh hati selepas mencampakkan bungkusan itu. Ditanah, sebuah kotak transparent berisi ular hijau kecil hidup dilihat bergerak-gerak melingkari ranting kayu sambil badannya membentuk perkataan L.A.T.I.F. Joe hanya ketawa kecil sambil menyalakan putung rokok buat kali kelima.





"Kau dengar tak, aku yakin makcik tu cakap dengan telefon masa tengah solat tarawih tadi." Ija meraih tangan Najwa. Najwa menolaknya ketepi. "Let her be la. Nampak sangat kau solat tak khusyuk."

Ija merengus. "Macammana nak khusyuk kalau makcik tu duk sembang sorang-sorang dalam sembahyang dia. Aku cuak la. Tau la diorang sembang dalam bahasa arab. Kau ingat aku tak tau beza ayat quran dengan dialog pasar kau?" Ija menghayun-hayun tangannya. Najwa ketawa.

"Ni tegur ikhlas ke tak ni?" Mereka berhenti dikedai tisu berdekatan untuk membeli air, menghilangkan dahaga. "Ikhlas la. Kau mana tau. Bak kata ustaz, Ikhlas tu ibarat kucing hitam atas jalan tar berjalan di lorong gelap dimalam yang suram, kau tahu?" Najwa berkerut. "I thought it was 'namlu'? Wasn't it semut hitam?" Ija tersengih."My version." Najwa mengangkat penumbuk kelangit mengacah untuk pukul. Ada-ada jela kau Ija. Aku tak boleh menang dengan kau.

Air dan duit bertukar tangan. Penutup botol mirinda apple dibuka. Dengan pantas, buih dalam botol terbentuk memenuhi ruang botol lalu tumpah keatas kain telekung.

"Argghhh.. Ni siapa yang gatai goncang botol gas ni. Warning la sikit!" Mata dijeling sekilas kearah pakcik yang jual air tadi. Dia hanya tersengih. “ Sabar la makcik. Itu pun nak mengamuk. Baru je tadi cakap pasal ikhlas.” Ija menyambut tisu yang diberikan tukang jual kepada Najwa. Najwa mengangkat mukanya sambil tangan masih sibuk bekerja.

“Apa kaitan sabar dengan Ikhlas?”

“err.. kedua-duanya kau takde? Hehe.” Najwa menjeling tajam. Ija mengetap bibirnya sambil tangan terus mengelap telekung Najwa.





Hampir pukul 4 pagi. Air botol livita yang kosong sedari tadi ditangan kini dicampak masuk kedalam tong sampah. Pemandangan taman tasik kelihatan cantik pagi-pagi begini. Boat itik yang selalu dia naiki bersama Jai mahupun Lan tersadar di tepi kelihatan fotogenik bersama permandangan itu. Tambahan pula seorang wanita yang berdiri di kayu pemisah antara kaunter dan boat itu…

Wait.

Mana datang wanita dalam kisah ini? Latif mengecilkan matanya untuk memastikan dia tidak berkhayal. Tidak. Susuk tubuh itu masih disitu. Tanpa dia sedar, dia bangun sambil melangkah kearah wanita itu. Semakin dia mendekat, susuk badan itu seperti seseorang yang dia kenal.

“Maddy?”

Maddy berpaling. Tersenyum. “Oi, Lat. Awal bangun. Sahur ke?” Lat mengundur. Terkujat seketika.

“What? Did I do something wrong?” Maddy menapak kearah Latif.

“No!” Latif menjerit. Jangan datang dekat aku. What on earth did I see?

Maddy berkerut.” Napa Lat?” Dia memandang kearah dirinya. Senyum kemudian terukir dibibirnya. Oh, sebab itu ke?

“Are you backing of because…”

“Yes!” I can’t believe it. Maddy… Maddy bertudung!





“Opsiee.. I think my angah miss me la.” Najwa ketawa sambil mmandang Ija. Ija mengisyaratkan kepalanya tanda tidak mengerti. Handset yang sedang di ‘charge’ dicabut dan skrinnya ditunjukkan kearah Ija. 34 missed call.

“But, how did you know it was Latif? Dia tulis private number. Entah-entah ada ammu arab mana entah duk call, dapat nombor kat pintu toilet.” Ija membuka tudung dan mencampaknya ke atas katil Najwa.

Telekung biru dicabut. “First, aku tak conteng nombor aku kat sebarangan toilet. Second, Ammu kat sini pakai private number buat apa, mesti la keluar nombor Mesir. Third, Angah sorang je yang gila call aku beribu kali sampai dapat. And lastly, tolonglah kalau dah ambik barang orang tu, letak balik kat tempat dia ke?” tangan Najwa menunjuk kearah tudung arini hitam yang dicampak Ija. Ija tersenyum. “Ala. Whats yours, mine. Whats mine, yours. Nampak tak ikhlas bagi pinjam.” Tudung dicapai dan diletakkan kembali ke kerusi. Najwa kembali menyambungkan telefon ke wayar USB. 21% Charged.

“Wa, aku rasa kau kena baiki 2 benda. Keikhlasan kau dengan kesabaran kau. Memang out aku tengok.” Ija menggeleng.

“Ikhlas dengan sabar mana boleh ukur. Tu sume kat mata Tuhan la.” Laptop dibuka. Password ditekan laju dan yakin. Incorrect password.

“Yela. Yang tu aku tau. Cuma, orang lain pun boleh rasa sejauh mana keikhlsan and kesabaran kau. Ni duk cepat marah, and then asyik mengungkit. Mana aku tak complaint.” Tangan Ija kini berpusing-pusing mengikut corak bantal.

“Kau ni, bab nak kutuk aku, memang laju. Konon kawan baik dunia akirat segala.” Incorrect password. Aish, apesal password asyik salah ni?

Ija menggeleng. Dia bangun lalu bergerak kearah laptop Najwa. Tangannya laju menaip Angah30031994 diruangan password. Serentak itu, paparan destop dibuka. Najwa tersengih.

“Password sendiri pun lupa. Pastu nak marah orang.” Ija bergerak keluar pintu. Pintu dihempas rapat. Kuat. Najwa hanya memandang sayu ke pintu.





“Err.. apa yang buatkan kau jadi macamni?” Latif menjaga jaraknya. Maddy tersenyum. Oh, ini rupanya hikmah dia.

“Kak Wa apa khabar?” Maddy menghirup air cincau seasons ditangan. Latif hanya mengangguk. Sejujurnya dia sendiri tak tahu untuk berhadapan dengan situasi ini. Along kata, wanita bertudung ni wanita baik. Dia kena jaga ikhtilat dengan lelaki, tak boleh bergelak ketawa sesuka hati. Along selalu pesan, kalau tak boleh nak jaga dosa diri sendiri, jangan tambah dosa kat orang lain.

“Jai, Lan dengan Joe?” Latif tersentak. Dia sebut nama! “Err.. mereka baik.”

“Lat sendiri sihat?”

“Err.. Maddy.. tak payah sebut nama pun tak apa. Sebut kau ke..” Maddy berkerut. Huh? Apakah?

“Along cakap, wanita yang baik takkan sebut nama lelaki kat bibir… or something like that..” kini giliran Maddy pula tersentak. Dia ketawa kecil.

“I still have a lot to learn I guess..” Air cincau kembali dihirup. Suasana sunyi seketika. Latif tak senang duduk. Did I just make her make a sin?

“I guess it's time kut.” Latif memandang Maddy yang tiba-tiba bersuara. Jam dikerling. 4.45 pagi. Pukul berapa eh azan subuh? Dia cakap pasal sahur ke?

“You already know that you can’t have fun forever. Deep down, kita semua dah ada rasa tu. Rasa kena berubah. Cuma, kita tak jumpa the right time to start.” Maddy menyambung. matanya memandang hujung timur tasik, seolah menunggu matahari terbit.

“Most of the time, yang buat kita hesitate adalah orang sekeliling. Apa nanti diorang cakap? 'Sebab sekarang ramai dah berhijrah, kita pun berhijrah ikut trend.' Orang akan cakap kita tak ikhlas. Kawan-kawan pula pasti ketawakan kita. Atau, kutuk kita cakap buang tabiat. Atau ingat kita dah nak dekat mati.” Maddy bangun. Langkah Maddy bergerak lebih dekat kearah tasik.

“Ada tu, kalau kita dah berubah, mesti kena perfect. Mesti dah full solat 5 waktu, Puasa, tak boleh buat benda lagha, kena jaga ikhtilat. Kalau nampak kitorang buat silap sikit, mula la.’wanita bertudung memaparkan akhlak tidak sopan’ atau ‘wanita berhijrah masih belum betul insaf’. So, people jadi paranoid to change. I... become paranoid to change.” air mata dibirai mula keluar.

Dia terkenangkan saat detik dia berjuang sendirian 2 minggu untuk membuat keputusan. Dia memikirkan keluarganya, sahabatnya, dan penerimaan orang lain. Ia adalah satu keputusan yang besar dan berat.

“But.." Maddy menarik nafas dalam. "... I decided to change anyway. Sebab aku – not like what they said. Aku tahu aku ikhlas.” Maddy tersenyum. Kali ini untuk dirinya. ”Despite everything that will happen, at least aku tak nak regret not doing things I believed it’s right just because other don’t.” Kali ni kata-kata dia lebih tegas. Yakin. Angin sepoi bertiup seolah memujuknya. Matanya dipejam. You did right, Maddy. You did good, Nurul Madiah. Langkah kakinya bergerak setapak lagi seolah menyambut pujukan angin.

“Eh, Maddy!! Jangan.” Maddy membuka mata. Dia berpaling kebelakang. Kelihatan Latif berada jauh disimpang tepi jalan bersama bungkusan makanan dan air. Eh? Bila masa dia pergi?

Latif berlari kearah Maddy. “Kau nak buat apa? Tasik ni cetek kalau kau nak bunuh diri. Lagi pun Along cakap wanita baik tak bunuh diri.. kan?” Maddy tersenyum. Mengangguk.

Latif: 
Banyak je benda yang kita tau tentang menjadi baik. Tak boleh itu, tak boleh ini. Hakikatnya, dalam hati kita, dah terselit satu prinsip yang harus semua orang baik ikuti. Ironinya, kita tidak lihat diri kita bersama prinsip itu. Apabila melihat orang lain yang kita kategorikan baik, kita langsung membuka kamus ‘baik’ dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu mereka patuhi dan menjadi skeptis dan kritis. Bila kembali pada diri, kamus itu disimpan jauh-jauh, seolah ia satu darjat ketinggian yang tak mampu dicapai selamanya. Baik itu hanya untuk yang terpilih sahaja.

“Tapi, Maddy. Kenapa kau jadi macam ni?” Latif bertanya sambil mengigit burger ayam ditangan. Maddy yang duduk disisi jeti sambil membelakangkan Latif hanya tersenyum buat kesekian kalinya.

Maddy: 
Ikhlas. Bila diukur dimata manusia, selalu ada yang kurang. Kadangkala, kita langsung meragukan keikhlasan diri sendiri dalam berbuat sesuatu, sehingga terbantut untuk kita melakukan amal. Adakah aku ikhlas sedekah atau kerana dilihat orang? Adakah aku ikhlas membantu sibuta melintas jalan atau aku melakukannya kerana mahu dipuji orang?
Saat hati anda bergolak bergitu, Pejamkan mata dan tetapkan hati untuk ikhlas. Kemudian segera melakukannya. Saat ada yang mempersoalkan keikhlasan anda, kembali pejamkan mata dan tetapkan hati untuk ikhlas. Dan saat anda memulai suatu pekerjaan demi manusia, kembali jua memejamkan mata dan tetapkan hati untuk ikhlas. Moga saat itu – hanya detik yang kita ambil untuk pejamkan mata and kembali membetulkan niat – menjadi titik tolak untuk kita akhirnya berani untuk melakukan sesuatu perkara.

Kringg.. Kringg.

Latif memandang ke skrin telefonnya. Akhirnya. “Alonggg…” Najwa menarik telefon jauh dari telinganya. Ini apasal manja semacam nih? ”Apa… orang tengah Tarawih la tadi. Nak apa?” Latif mengangguk sambil menelan baki makanan dimulut.

“Takde. Tadi nak tanya something. Tapi lupa dah.”Latif mencebik. Burger kembali disuapkan kemulut. Najwa memandang jam dindingnya. Dahinya berkerut. Takkan la…

“Eh, Abdul Latif, kau… tengah sahur ke? Kau… nak puasa??” kini giliran Latif pula menarik telefon jauh dari telinganya.

“Ish, kak. Orang memang puasa la. Ingat orang budak kecik ke?”

“Yeah right. Like I just know you for like 2 years. Ni kenapa tetiba nak puasa ni?” Latif meneguk air yang berada disebelah kirinya. Sekilas dia memandang kearah Maddy yang masih makan sambil menikmati pemandangan tasik.

Aturan Allah memang cantik. Some people call it luck. But we call it fate. Ada sebab kenapa Along tak angkat call pada masa itu. Dan ada sebab kenapa he ended up meeting Maddy like this. Dia jua memandang jauh ke ufuk timur. Separuh dari hatinya berbisik memohon agak matahari akan terbit dari arah itu.

Latif: 
Kebanyakkan orang melihat taubat itu datang dalam keadaan air mata yang melimpah-limpah. Atau sujud lama yang diiringi penyesalan berat dihati yang amat mendalam. Atau dalam bentuk perubahan pakaian sunnah dan istighfar yang keras sentiasa meniti dibibir. Namun, pada orang-orang keramaian, taubat tidak datang sehebat itu.
Ia hadir bersama sedetik penyesalan dan dikuti dengan segunung pengharapan. Moga dosanya diampunkan. Kemudian, dia kembali membuat noda. Dan taubat itu datang kembali. Begitulah ia silih berganti. Namun, bukankah dengan melakukan noda itu, akan datangnya rasa untuk bertaubat? Maka, dalam keadaan ini - meski tanpa taubat sehebat wali - bukankah aturan untuk aku jua adalah sebaik-baik aturan? 

Pintu bilik terkuak. Najwa berpaling. “Aku dah masak untuk sahur. Nanti nak dekat subuh aku panggil kau.” Ija tersenyum.

Ija: 
Dan Sabar. Itu adalah kunci utama. Dalam kehidupan seharian, kita akan bertemu dengan banyak keadaan yang menguji kesabaran kita. Ada yang dilakukan dengan sengaja tetapi kebanyakkannya datang tanpa niat. Boleh jadi sekecil-kecil perkara dimata kita, adalah sebesar-besar isu dipihak mereka. Maka letakkanlah diri anda dalam keadaan mereka dan kembali menganalisis keadaan.
Dan, sabar mempunyai banyak bentuk. Ada orang hanya mampu sabar tatkala hatinya senang. Ada orang pula, sabar apabila berhadapan dengan orang yang dsayangi kerana takut kehilangannya. Dan ada juga mereka yang sabar dan memujuk hatinya meskipun berhadapan dengan mereka yang menbencinya. Namun, sabar yang terhebat adalah sentiasa sabar untuk ikhlas dan taubat.
Ikhlas, Taubat dan Sabar. 3 perkara yang kita perlukan untuk bermula. Tanpa salah satu, kita akan terkandas ditengah-tengah kekejaman dunia dan mula berputus asa. Dan segala usaha yang kita lakukan menjadi sia-sia. Its not a one shot amal. Nope. It’s a life time act. So, they will be time where you losses your sabar and ikhlas, or forget to taubah. But then, when you remember, start again. If you don’t know when to start, why not now?