Thursday, June 18, 2015

Chapter 1: A New Beginning.

Pintu diketuk. Najwa memandang susuk tubuh yang sedang beralih dari pintu ke rak bukunya. Buku 'Safe Haven' karangan Nicholas Spark dicapai lalu badannya dihenyakkan ke katil. "Boleh aku masukk?" Najwa mencebik. "Kalau aku cakap tak leh, kau nak keluar balik?" Susuk badan tadi langsung berdiri tegak. Dia kemudiannya tersenyum. "Nope." Najwa tersenyum kembali. Aku dah agak dah. Dia kemudiannya kembali memandang laptopnya.

"Kau buat ape?" Soalan dilontarkan sambil muka masih menghadap buku. Najwa mengerut. Tangannya memanggil-manggil Ija yang sedang baring dikatil. "Ija, kau tengok ni. Another artist start berhijrah la. Pakai tudung segala." Najwa tersenyum.

"Malasla. Tak ikhlas la tu. Dia berubah sebab dah trend sekarang artist pakai tudung. Tagih popularity." kaki Ija bergerak kearah sumber cahaya yang ditunjukan Najwa. Tangannya ligat scroll berita itu kebawah. " Eh.. Eh.. kejap. kejap." Bahu Ija dipukul kuat. Ija mengerang. " Kau ni, ganas betul. Use word. Word. Ni semua benda nak melalui keganasan." Najwa menjeling.

"Tengok ni pulak. Salah seorang pelukis kartunis Muhammad yang dulu tu telah convert Islam. Katanya, selepas dia mengkaji, dia dapat hidayah dari Allah. Wah.. Alhamdullilah." Najwa tersenyum lebar.

"Yaa.. Kau ni. Mudah sangat la percaya dekat berita-berita yang ada dekat Internet. Mana kau tau sahih ke tak?" Ija memandang ke arah Najwa. "Kalau betul sekali pun, aku yakin ni semua propaganda orang kafir nak alihkan kita dari benda- benda besar macam perang dekat Syiria dan Palestin. Itu berita lagi penting tau." Ija kemudiannya menutup laptop itu.

"Woi, kalau ye pun, shut down la betul-betul. Nanti rosak la laptop aku. Bukan laptop kau pun" Najwa menjeling. Ija bergerak kembali kearah katil Najwa sambil membuat muka. Buku 'Safe Haven' kembali dicapai. Najwa mengeluh. Jam biru laut didinding dikerling sekilas. 8.20pm. Nak dekat isya'.

"Dah, jom siap. Kata nak tarawih dekat Masjid Nabihah malam ni." Najwa menyambar telekung tersidai dipaku dinding. "I'm ready." Ija berdiri tegak sambil mendepakan tangan. Tudung arini hitam dikerusi Najwa diambil dan langsung dipakai - melengkapkan baju jubah hitam yang meliputi badannya. Najwa hanya menggeleng.





Tut. Tut.
Tut. Tut.
Skrin telefon dipandang sekilas. Tiada jawapan.

"Who are you calling?" Perkataan itu beratur keluar dari mulut besama asap rokok yang berkepul-kepul. "My along." nombor telefon itu sekali lagi didail. Langkah kakinya bergerak kehulu kehilir membuatkan sahabatnya runsing.

"Hey, lek. Dia ada hal la tuh. Kau pun beragak la sekarang pukul berapa? She's probably sleeping dy." Kaki yang tadinya melunjur kali ini disilangkan. " It's 9pm kat sana la. Along aku burung hantu so dia tak mungkin tidur awal." Jam ditangan diperhatikan berkali-kali. 3 pagi. It should be 9pm there. Why didn't she pick up??

Joe menegakkan badannya tiba-tiba. "Weyh, pagi tadi kau nampak tak Maddy? Dah 2 minggu kan dia tak datang kelas?" Latif memandang sahabatnya. "Nope. Kenapa dengan dia?"

Joe mematikan putung rokoknya sambil mengisyaratkan Latif untuk mendekat." Aku dengar, mak ayah dia berhutang. Dengan Along. Katanya untuk loan rumah. Tapi, dah 3 tahun tak settle-settle lagi. Jai kata, sebagai last resort die jual Maddy dekat Along tu." Latif terdiam.

"Takkan la. Cakap biar berasas siket." Satu suara muncul dari tepi. Mukanya tenang sambil menyedut air teh o ais yang dibungkus dari kedai Mak Limah.

"Betul, Lan. Diorang cakap kalau kau pergi rumah dia, Mesti mak ayah dia cakap dia takde - pergi rumah atuk dia. Tapi Jai kan satu kampung dengan Maddy. Sepupu die yang kat kampung cakap, jangankan orangnya, batang hidung pun tak nampak." Joe bersungguh bercerita sambil mengangguk. Lan hanya mengangkat bahu menandakan tidak mahu masuk campur.

Joe menepuk lembut bahu Latif. "Kau rasa la, Maddy kat mana ek?" Latif memandang kosong kearah Joe dan Lan. Lan, Jai dan Latif bersahabat baik sejak kecil. Maddy pula selalu ada bersama Jai, oleh itu mereka berempat selalu dilihat lepak bersama. Joe pula menjadi sebahagian apabila sama-sama berada dalam team basketball disekolah. Hakikatnya, Latif sendiri tidak rapat dengan Maddy. Malah jarang sekali berbicara.

"Haa Lat, sebelum aku lupa. Nah. Untuk kau" Latif memandang bungkusan yang dipegang ditangan Lan dengan tanda tanya. "Sorry la aku lupa birthday kau hari tu. Nah. Hadiah ganti." Lan tersenyum. Latif hanya terdiam seribu bahasa. Dia tahu Lan bukan sengaja tidak menyambut hari lahirnya pada hari itu. Tidak. Malah, dia yakin sekali Lan tidak akan sekali-kali menyambut tarikh itu selamanya.. Tidak selepas peristiwa itu.

"Thanks Lan." Air mata mula berada dibirai. "No biggie." Lan mengangguk ikhlas sambil menepuk bahu kiri Latif.. Bungkusan itu dibuka. Huh?

"Argghhhh.. kurang ajar kau, LAN!!!" Lan ketawa terbahak-bahak sambil berlari. Latif mengejar sepenuh hati selepas mencampakkan bungkusan itu. Ditanah, sebuah kotak transparent berisi ular hijau kecil hidup dilihat bergerak-gerak melingkari ranting kayu sambil badannya membentuk perkataan L.A.T.I.F. Joe hanya ketawa kecil sambil menyalakan putung rokok buat kali kelima.





"Kau dengar tak, aku yakin makcik tu cakap dengan telefon masa tengah solat tarawih tadi." Ija meraih tangan Najwa. Najwa menolaknya ketepi. "Let her be la. Nampak sangat kau solat tak khusyuk."

Ija merengus. "Macammana nak khusyuk kalau makcik tu duk sembang sorang-sorang dalam sembahyang dia. Aku cuak la. Tau la diorang sembang dalam bahasa arab. Kau ingat aku tak tau beza ayat quran dengan dialog pasar kau?" Ija menghayun-hayun tangannya. Najwa ketawa.

"Ni tegur ikhlas ke tak ni?" Mereka berhenti dikedai tisu berdekatan untuk membeli air, menghilangkan dahaga. "Ikhlas la. Kau mana tau. Bak kata ustaz, Ikhlas tu ibarat kucing hitam atas jalan tar berjalan di lorong gelap dimalam yang suram, kau tahu?" Najwa berkerut. "I thought it was 'namlu'? Wasn't it semut hitam?" Ija tersengih."My version." Najwa mengangkat penumbuk kelangit mengacah untuk pukul. Ada-ada jela kau Ija. Aku tak boleh menang dengan kau.

Air dan duit bertukar tangan. Penutup botol mirinda apple dibuka. Dengan pantas, buih dalam botol terbentuk memenuhi ruang botol lalu tumpah keatas kain telekung.

"Argghhh.. Ni siapa yang gatai goncang botol gas ni. Warning la sikit!" Mata dijeling sekilas kearah pakcik yang jual air tadi. Dia hanya tersengih. “ Sabar la makcik. Itu pun nak mengamuk. Baru je tadi cakap pasal ikhlas.” Ija menyambut tisu yang diberikan tukang jual kepada Najwa. Najwa mengangkat mukanya sambil tangan masih sibuk bekerja.

“Apa kaitan sabar dengan Ikhlas?”

“err.. kedua-duanya kau takde? Hehe.” Najwa menjeling tajam. Ija mengetap bibirnya sambil tangan terus mengelap telekung Najwa.





Hampir pukul 4 pagi. Air botol livita yang kosong sedari tadi ditangan kini dicampak masuk kedalam tong sampah. Pemandangan taman tasik kelihatan cantik pagi-pagi begini. Boat itik yang selalu dia naiki bersama Jai mahupun Lan tersadar di tepi kelihatan fotogenik bersama permandangan itu. Tambahan pula seorang wanita yang berdiri di kayu pemisah antara kaunter dan boat itu…

Wait.

Mana datang wanita dalam kisah ini? Latif mengecilkan matanya untuk memastikan dia tidak berkhayal. Tidak. Susuk tubuh itu masih disitu. Tanpa dia sedar, dia bangun sambil melangkah kearah wanita itu. Semakin dia mendekat, susuk badan itu seperti seseorang yang dia kenal.

“Maddy?”

Maddy berpaling. Tersenyum. “Oi, Lat. Awal bangun. Sahur ke?” Lat mengundur. Terkujat seketika.

“What? Did I do something wrong?” Maddy menapak kearah Latif.

“No!” Latif menjerit. Jangan datang dekat aku. What on earth did I see?

Maddy berkerut.” Napa Lat?” Dia memandang kearah dirinya. Senyum kemudian terukir dibibirnya. Oh, sebab itu ke?

“Are you backing of because…”

“Yes!” I can’t believe it. Maddy… Maddy bertudung!





“Opsiee.. I think my angah miss me la.” Najwa ketawa sambil mmandang Ija. Ija mengisyaratkan kepalanya tanda tidak mengerti. Handset yang sedang di ‘charge’ dicabut dan skrinnya ditunjukkan kearah Ija. 34 missed call.

“But, how did you know it was Latif? Dia tulis private number. Entah-entah ada ammu arab mana entah duk call, dapat nombor kat pintu toilet.” Ija membuka tudung dan mencampaknya ke atas katil Najwa.

Telekung biru dicabut. “First, aku tak conteng nombor aku kat sebarangan toilet. Second, Ammu kat sini pakai private number buat apa, mesti la keluar nombor Mesir. Third, Angah sorang je yang gila call aku beribu kali sampai dapat. And lastly, tolonglah kalau dah ambik barang orang tu, letak balik kat tempat dia ke?” tangan Najwa menunjuk kearah tudung arini hitam yang dicampak Ija. Ija tersenyum. “Ala. Whats yours, mine. Whats mine, yours. Nampak tak ikhlas bagi pinjam.” Tudung dicapai dan diletakkan kembali ke kerusi. Najwa kembali menyambungkan telefon ke wayar USB. 21% Charged.

“Wa, aku rasa kau kena baiki 2 benda. Keikhlasan kau dengan kesabaran kau. Memang out aku tengok.” Ija menggeleng.

“Ikhlas dengan sabar mana boleh ukur. Tu sume kat mata Tuhan la.” Laptop dibuka. Password ditekan laju dan yakin. Incorrect password.

“Yela. Yang tu aku tau. Cuma, orang lain pun boleh rasa sejauh mana keikhlsan and kesabaran kau. Ni duk cepat marah, and then asyik mengungkit. Mana aku tak complaint.” Tangan Ija kini berpusing-pusing mengikut corak bantal.

“Kau ni, bab nak kutuk aku, memang laju. Konon kawan baik dunia akirat segala.” Incorrect password. Aish, apesal password asyik salah ni?

Ija menggeleng. Dia bangun lalu bergerak kearah laptop Najwa. Tangannya laju menaip Angah30031994 diruangan password. Serentak itu, paparan destop dibuka. Najwa tersengih.

“Password sendiri pun lupa. Pastu nak marah orang.” Ija bergerak keluar pintu. Pintu dihempas rapat. Kuat. Najwa hanya memandang sayu ke pintu.





“Err.. apa yang buatkan kau jadi macamni?” Latif menjaga jaraknya. Maddy tersenyum. Oh, ini rupanya hikmah dia.

“Kak Wa apa khabar?” Maddy menghirup air cincau seasons ditangan. Latif hanya mengangguk. Sejujurnya dia sendiri tak tahu untuk berhadapan dengan situasi ini. Along kata, wanita bertudung ni wanita baik. Dia kena jaga ikhtilat dengan lelaki, tak boleh bergelak ketawa sesuka hati. Along selalu pesan, kalau tak boleh nak jaga dosa diri sendiri, jangan tambah dosa kat orang lain.

“Jai, Lan dengan Joe?” Latif tersentak. Dia sebut nama! “Err.. mereka baik.”

“Lat sendiri sihat?”

“Err.. Maddy.. tak payah sebut nama pun tak apa. Sebut kau ke..” Maddy berkerut. Huh? Apakah?

“Along cakap, wanita yang baik takkan sebut nama lelaki kat bibir… or something like that..” kini giliran Maddy pula tersentak. Dia ketawa kecil.

“I still have a lot to learn I guess..” Air cincau kembali dihirup. Suasana sunyi seketika. Latif tak senang duduk. Did I just make her make a sin?

“I guess it's time kut.” Latif memandang Maddy yang tiba-tiba bersuara. Jam dikerling. 4.45 pagi. Pukul berapa eh azan subuh? Dia cakap pasal sahur ke?

“You already know that you can’t have fun forever. Deep down, kita semua dah ada rasa tu. Rasa kena berubah. Cuma, kita tak jumpa the right time to start.” Maddy menyambung. matanya memandang hujung timur tasik, seolah menunggu matahari terbit.

“Most of the time, yang buat kita hesitate adalah orang sekeliling. Apa nanti diorang cakap? 'Sebab sekarang ramai dah berhijrah, kita pun berhijrah ikut trend.' Orang akan cakap kita tak ikhlas. Kawan-kawan pula pasti ketawakan kita. Atau, kutuk kita cakap buang tabiat. Atau ingat kita dah nak dekat mati.” Maddy bangun. Langkah Maddy bergerak lebih dekat kearah tasik.

“Ada tu, kalau kita dah berubah, mesti kena perfect. Mesti dah full solat 5 waktu, Puasa, tak boleh buat benda lagha, kena jaga ikhtilat. Kalau nampak kitorang buat silap sikit, mula la.’wanita bertudung memaparkan akhlak tidak sopan’ atau ‘wanita berhijrah masih belum betul insaf’. So, people jadi paranoid to change. I... become paranoid to change.” air mata dibirai mula keluar.

Dia terkenangkan saat detik dia berjuang sendirian 2 minggu untuk membuat keputusan. Dia memikirkan keluarganya, sahabatnya, dan penerimaan orang lain. Ia adalah satu keputusan yang besar dan berat.

“But.." Maddy menarik nafas dalam. "... I decided to change anyway. Sebab aku – not like what they said. Aku tahu aku ikhlas.” Maddy tersenyum. Kali ini untuk dirinya. ”Despite everything that will happen, at least aku tak nak regret not doing things I believed it’s right just because other don’t.” Kali ni kata-kata dia lebih tegas. Yakin. Angin sepoi bertiup seolah memujuknya. Matanya dipejam. You did right, Maddy. You did good, Nurul Madiah. Langkah kakinya bergerak setapak lagi seolah menyambut pujukan angin.

“Eh, Maddy!! Jangan.” Maddy membuka mata. Dia berpaling kebelakang. Kelihatan Latif berada jauh disimpang tepi jalan bersama bungkusan makanan dan air. Eh? Bila masa dia pergi?

Latif berlari kearah Maddy. “Kau nak buat apa? Tasik ni cetek kalau kau nak bunuh diri. Lagi pun Along cakap wanita baik tak bunuh diri.. kan?” Maddy tersenyum. Mengangguk.

Latif: 
Banyak je benda yang kita tau tentang menjadi baik. Tak boleh itu, tak boleh ini. Hakikatnya, dalam hati kita, dah terselit satu prinsip yang harus semua orang baik ikuti. Ironinya, kita tidak lihat diri kita bersama prinsip itu. Apabila melihat orang lain yang kita kategorikan baik, kita langsung membuka kamus ‘baik’ dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu mereka patuhi dan menjadi skeptis dan kritis. Bila kembali pada diri, kamus itu disimpan jauh-jauh, seolah ia satu darjat ketinggian yang tak mampu dicapai selamanya. Baik itu hanya untuk yang terpilih sahaja.

“Tapi, Maddy. Kenapa kau jadi macam ni?” Latif bertanya sambil mengigit burger ayam ditangan. Maddy yang duduk disisi jeti sambil membelakangkan Latif hanya tersenyum buat kesekian kalinya.

Maddy: 
Ikhlas. Bila diukur dimata manusia, selalu ada yang kurang. Kadangkala, kita langsung meragukan keikhlasan diri sendiri dalam berbuat sesuatu, sehingga terbantut untuk kita melakukan amal. Adakah aku ikhlas sedekah atau kerana dilihat orang? Adakah aku ikhlas membantu sibuta melintas jalan atau aku melakukannya kerana mahu dipuji orang?
Saat hati anda bergolak bergitu, Pejamkan mata dan tetapkan hati untuk ikhlas. Kemudian segera melakukannya. Saat ada yang mempersoalkan keikhlasan anda, kembali pejamkan mata dan tetapkan hati untuk ikhlas. Dan saat anda memulai suatu pekerjaan demi manusia, kembali jua memejamkan mata dan tetapkan hati untuk ikhlas. Moga saat itu – hanya detik yang kita ambil untuk pejamkan mata and kembali membetulkan niat – menjadi titik tolak untuk kita akhirnya berani untuk melakukan sesuatu perkara.

Kringg.. Kringg.

Latif memandang ke skrin telefonnya. Akhirnya. “Alonggg…” Najwa menarik telefon jauh dari telinganya. Ini apasal manja semacam nih? ”Apa… orang tengah Tarawih la tadi. Nak apa?” Latif mengangguk sambil menelan baki makanan dimulut.

“Takde. Tadi nak tanya something. Tapi lupa dah.”Latif mencebik. Burger kembali disuapkan kemulut. Najwa memandang jam dindingnya. Dahinya berkerut. Takkan la…

“Eh, Abdul Latif, kau… tengah sahur ke? Kau… nak puasa??” kini giliran Latif pula menarik telefon jauh dari telinganya.

“Ish, kak. Orang memang puasa la. Ingat orang budak kecik ke?”

“Yeah right. Like I just know you for like 2 years. Ni kenapa tetiba nak puasa ni?” Latif meneguk air yang berada disebelah kirinya. Sekilas dia memandang kearah Maddy yang masih makan sambil menikmati pemandangan tasik.

Aturan Allah memang cantik. Some people call it luck. But we call it fate. Ada sebab kenapa Along tak angkat call pada masa itu. Dan ada sebab kenapa he ended up meeting Maddy like this. Dia jua memandang jauh ke ufuk timur. Separuh dari hatinya berbisik memohon agak matahari akan terbit dari arah itu.

Latif: 
Kebanyakkan orang melihat taubat itu datang dalam keadaan air mata yang melimpah-limpah. Atau sujud lama yang diiringi penyesalan berat dihati yang amat mendalam. Atau dalam bentuk perubahan pakaian sunnah dan istighfar yang keras sentiasa meniti dibibir. Namun, pada orang-orang keramaian, taubat tidak datang sehebat itu.
Ia hadir bersama sedetik penyesalan dan dikuti dengan segunung pengharapan. Moga dosanya diampunkan. Kemudian, dia kembali membuat noda. Dan taubat itu datang kembali. Begitulah ia silih berganti. Namun, bukankah dengan melakukan noda itu, akan datangnya rasa untuk bertaubat? Maka, dalam keadaan ini - meski tanpa taubat sehebat wali - bukankah aturan untuk aku jua adalah sebaik-baik aturan? 

Pintu bilik terkuak. Najwa berpaling. “Aku dah masak untuk sahur. Nanti nak dekat subuh aku panggil kau.” Ija tersenyum.

Ija: 
Dan Sabar. Itu adalah kunci utama. Dalam kehidupan seharian, kita akan bertemu dengan banyak keadaan yang menguji kesabaran kita. Ada yang dilakukan dengan sengaja tetapi kebanyakkannya datang tanpa niat. Boleh jadi sekecil-kecil perkara dimata kita, adalah sebesar-besar isu dipihak mereka. Maka letakkanlah diri anda dalam keadaan mereka dan kembali menganalisis keadaan.
Dan, sabar mempunyai banyak bentuk. Ada orang hanya mampu sabar tatkala hatinya senang. Ada orang pula, sabar apabila berhadapan dengan orang yang dsayangi kerana takut kehilangannya. Dan ada juga mereka yang sabar dan memujuk hatinya meskipun berhadapan dengan mereka yang menbencinya. Namun, sabar yang terhebat adalah sentiasa sabar untuk ikhlas dan taubat.
Ikhlas, Taubat dan Sabar. 3 perkara yang kita perlukan untuk bermula. Tanpa salah satu, kita akan terkandas ditengah-tengah kekejaman dunia dan mula berputus asa. Dan segala usaha yang kita lakukan menjadi sia-sia. Its not a one shot amal. Nope. It’s a life time act. So, they will be time where you losses your sabar and ikhlas, or forget to taubah. But then, when you remember, start again. If you don’t know when to start, why not now?

No comments: