Monday, May 13, 2013

Kuasa Allah~

Sila sebut Alhamdulillah sebelum membaca.. Sekurangnya, anda masih ada nikmat hidup, nikmat melihat, nikmat menaip dan nikmat akal untuk membaca post ni ^^


Alhamdulillah..

Betul- betul kuasa Tuhan. and Im really grateful.

Hari ini ada exam. Bagi a non-liker-histology macam aku of course its a nerve-wreking. memang cuak tahap kalau skipping 100 kali pun x hilang~ Buku histo tu dah macam Ayam goreng KFC yang dah dicarik-carik oleh cik su dengan muka comelnya.. Kalau ikutkan hati tak merasa sup ayam semalam. Sup HISTO. Tapi, cantik je Allah pesan "bende yang kamu benci tuh, x semestinya buruk untuk kamu"

Of course la. dah tersungkur cuak macam nie baru nak bersujud. Baru nak scanning cari wireless nak reach Allah. then doa keluar air mata darah, mintak lepas tahun. Yang kamu benci ni lah, yang selamatkan kamu. Kalau tak? Sila lastik diri sendiri.

Aduh. Biji getah tepat kat kepala.

Tapi, time-time crucial macam nie la biasanya konflict datang. My friend's problem. Responsibility lain yang aku tak dapat elak. Aku x dapat focus, and aku rasa tak cukup masa. Jujur kalau ikut hati, aku abaikan responsibility tu. Aku biarkan masalah kawan aku.Tapi, aku percaya dengan rahmat Allah lebih tinggi dari usaha aku. Sehebat-hebat perancangan aku, Perancangan Allahkan mengatasi perancangan hambanya?( even aku ikut pomodoro technique sekali pun ^^).

Allah bersama dengan sangkaan hamba-Nya bukan?Yakin Allah permudahkan. Yakin dengan rahmat Allah. Drawing aku prepare siket je.. Aku harap yang keluar sama ada AORTA atau medium sized artery.

Jadi pagi tadi, aku datang kelas dengan semangat. Aku nak habiskan exam ni secepat mungkin. Tapi kan aku dah cakap, perancangan Allah mengatasi perancangan hambanya? Unexpectedly, aKu tertinggal gerabak. Dont ask why, Don't ask how, yang penting, dipendekan cerita, aku kena ambik exam dengan bebudak arab. Ok, muka aku tenang hakikatnya panik habis~ Firstly, sebab aku tak belajar arab pasar. Second, I learn medic in English. Third, I'm alone.

Yang third tu bunyi macam menyampah siket, tapi itulah hakikatnya.

Aku makin cuak, makin risau. Aku tak rasa aku mampu seorang. Tapi aku silap. aku tak pernah seorang. Kita tak pernah seorang. Hakikatnya bila kita terlalu bersandar pada manusia, kita lupa ada pada Tuhan segala sandaran. Bila kita terlalu mengharap kepada sokongan dan dorongan manusia, kita lupa pada Tuhan segala sokongan yang Maha Kuat, Maha Mendengar. Bukankah Allah itu dekat?

Aku tenangkan diri. Aku masuk dewan exam. aku baca bismillah. Aku dapat Aorta.^^


Bila aku recheck dengan member lain, diorang dapat soalan lain. Kan cantik Allah susun?

Ujian ini. Allah susun agar aku lebih ikhlas dalam menuntut ilmu, melaksanakan tanggungjawab dan bersahabat. Allah ingatkan aku untuk kembali bersandar kepada-Nya dalam apa jua urusan. Allah membenarkan sangkaan hambanya yang benar-benar berharap. Allahlah yang Maha pengasih lagi Penyayang~

Selalu duk baca surah Ad-dhuha, hafal tak pernah terfikir nak install tafsirnya dalam hati.


Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

T_T Terkadang Rahmat Allah yang kita duk rebut-rebut, duk cari-cari terlalu banyak sehingga mata kita hanya nampak dikala ujian je. Dan bila aku kenang kembali, berapa banyak nikmat Tuhan aku yang aku benar-benar zahirkan tanda syukur??

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


1 comment:

harumaki said...

wah! Allah tolong yuni :)