Aku terbangun dari tidur. Kadaan sekeliling yang cerah disimbah cahaya lampu telah mengejutkan aku. Aku lantas bangkit dan mencapai suis. Lampu bilik kututup. Langsung kurebahkan badanku kembali ketilam. Aku memandang wajah adik aku yang terlena nyenyak disisiku. Ah, tenangnya. Mata ku dipejam.
“Masih lagi ke Mesir?” Mata kembali kubuka. Soalan itu berkumandang lagi difikiranku. Bawah sedar aku seperti mengangguk sendiri. lemah sekali. Skrin Galaxy Note 8.0 disebelah disentuh lembut. pukul 11.30 malam. Baru sejam aku terlelap. Aku harus tidur. Esok, jauh lebih banyak urusan yang menanti. Masih banyak lagi perkara yang aku masih belum selesaikan. Tapi bukan ini. Bukan isu ini.
"Mengapa?"
Kerana aku juga masih belum pasti.
****************************************************************************************************************
12.05 pagi. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Maka aku kedapur dan membancuh Milo. Dapur luarku tak ada bumbung. cukup sekadar dinding yang membaluti sekeliling. Tidaklah kami merasa lemas dengan asap kuali atau bahangnya cabai kering apabila digoreng dikawasan bertutup. Setiapkali aku berdiri disitu aku lihat langit penuh dengan hiasan. Tapi bukan malam ini.Kosong. tiada bintang. atau awan. Persis langit di Mesir. Mesir.
“Kak Lang,hati-hati dekat sana. Solat jangan tinggal” Ummi semangat berpesan. Aku mengangguk laju.
“Ish kak lang nih, Orang lain sedih-sedih sampai nangis-nangis, dia rilek je. Dah la pergi sorang-sorang tak de kawan ke ape ke.” Kak teh mencebik. Macam mulut itik dah gayanya. Eleh, risau cakap risau. Tak payah nak cover gaya marah.
“Nanti kak lang cari la kawan. Tu bebudak Zakat perak satu flight. Nanti kak Lang carik sape satu uni ngan kak lang” Aku tersenyum tenang.
Kalau nak kenang kembali, jatuh-bangun-jatuh-bangun di Mesir, hanya Tuhan je yang tahu betapa perit dan lelahnya. Hanya Tuhan yang tahu betapa manis dan cantiknya. Hanya Tuhan yang tahu betapa sedih dan rindunya.
“Oi, Yuni! Dah tak nak balik kampung dah?" Aku tersenyum.
"Mane pulak akak, saya nak balik macammana, akak sibuk je, tak nak layan saye. dari saya makan hati sengsorang dekat sana, baik saya duduk kat sini. nnt ade orang call pujuk " Aku ketawa.
"Amboi, amboi. Dia ingat dia sape? VVIP? Udah, balik cepat. mengade-ngade. akak tunggu kamu nih"
Menyesal tak sudah tak ambil gambar banyak-banyak bersama. Kak Amal, Mama Qirah, Kak Aisyah, Kak Ana, Kak Maria, Kak Izzati, Kak Habsah, Kak Zuha.. Semualah. Yang ade pun gambar dekat UBM je. Mengada dengan Fiqah, Alia, Cheah, Tya...
Alah, ada benda sekat dekat kerongkong pulak. Laju aku habiskan Milo.
"Kak Amal, saya lapar la."
"Amboi kamu ni ayuni. Tula, tadi ajak makan taknak. Akak ada maggi. Kamu nak?"
"Nak! buatkan untuk saya."
"Ish, tak de keje akak. dari melayan kamu baik melayan kitab nih hah. ada banyak lagi nak baca"
Tapi lepas tu datang satu mangkuk maggi asam laksa. Dan secawan Milo.
Indah. sungguh Indah. Saat itu, tak ada apa yang boleh menggantikannya. Mata mula mengabur. tapak tangan terasa basah dek titisan air yang ntah dari mana.
Ehemm. Sudah. Tidur.
****************************************************************************************************************
1.15 pagi. Masih tak mampu tidur. Buku Si Mata Bundar itu kucampak ketepi. Kusangka novel mampu membuatku tidur tapi ternyata aku salah. Buku-Buku serta kertas-kertas yang ada diatas meja kususun alang sudah tiada apa yang aku boleh buat. Gerakku terhenti disehelai kertas putih A4. Summer Homework.
"Nama awak Filzah Ayuni kan? akak nak panggil apa?" Aku memandang wajah ukhti disebelahku.
"Ayuni pun boleh. Akak?"
"Panggil akak kak Nisa' je" oh.. kak Nisa'je. ^^
"Awak nak makan apa? dekat Maniyal ni banyak fast food je. Kalau kita makan kat Cook Door boleh?".
"Saya asal makan, on je"
Itulah titik pertemuan pertama antara aku dengan Kak Nisa'. Dan kemudiannya dipanjangkan persahabatan itu dengan ukhti-ukhti yang lainnya. Saat itu, aku hanya melihat disudut ukhuwah yang ingin aku bina bersama - tetapi Allah sebenarnya menyusun sesuatu yang jauh lebih baik daripada sangkaan aku. Allah bukan sahaja menyusun pertemuaan dengan insan-insan hebat itu, malah pertemuan aku dengan erti satu kehidupan yang sebenar. Erti suatu perjuangan.
"Abthal tu apa kak?" Jujur aku bertanya. Erk, terlepas tanya la pulak. gaye macam kau sorang je tak tahu.
"HERO" singkat sekali jawapan akak itu. Oh. Ok.
"Kamu tahu Abthal tu siapa?" Akak disebelahku itu mula memandang kearahku sambil tersenyum. Alamak. tula, patutnya google je tadi. Padan muka. Ramah tak kena tempat
"Macam Mus'ab, Sumayyah, Umar tu kan? aku menjawab pantas. Akak itu mengangguk.
"dan Kamu."
Kertas A4 tadi kugenggam kuat. Dan Kamu. Aku juga Abthal. Ya. Aku masih ingat saat itulah aku mula tekadkan hati untuk meneruskan pengajianku sebagai doktor. Saat itulah yang mengubah aku untuk terus kuat dan terus berjuang walau seperit mana sekali pun. Mujahadah tanpa menoleh kebelakang. Mujahadah demi Ummah.
Kenapa kini aku melemah? Mengapa kini aku mengalah?
Berbulan aku mujahadah cuba untuk memaksa diri menerima medik. berbulan aku bertungkus lumus mengejar kembali syllabus yang tertinggal selepas retak rusuk. dan berbulan juga aku bersusah payah menguruskan kehidupan aku disana.
Dan kini aku ingin mengundur? Habis berbulan itu semua untuk apa? Mujahadah itu semua jadi apa?
sia sia.
Kertas A4 itu direnyuk. digumpal. seperti hatiku saat ini.
****************************************************************************************************************
2.49 pagi. Lagu Sebelum Terlena berhenti separuh jalan daripada mengulang buat kali ke 4. Mp3 ditangan sudah kehabisan bateri. Laju kucapai Laptop yang sudah berada diatas meja. nak charge mp3. Pasword kutaip dengan hati-hati. selesai kutekan 'enter', gambar di destop muncul. serentak dengan itu aku terdiam.
"Assalamulalaikum, Sal. Nape? Besar sangat ke rumah kita ni sampai nak cakap pun pakai telefon? Jerit je la."
"Dah jerit dari tadi dah ko yang tak dengar. Yuni, tolong. Pintu bilik kitorang tak boleh bukak."
"Pulak? Ce tekan kuat siket handle tuh. Rumah lame memang la." Aku gelak sendiri.
"Dah. Dari tadi dah. Tolong bukak kan dari luar. Please Ayuni, ko kan baik"
"Dan-dan puji. Jap." Aku meletakkan telefon.
Nadia memandang dengan wajah yang pelik. aku mengisyaratkan kearah bilik Alia dan Sal sambil menyebut terkunci. Nadia tegelak kecil. Aku begerak kebilik lagi satu dan memegang handlenya. dengan sekali cuba, pintu terbuka.
"Yay! Terima kasih, Yuni" Aku memandang sekeliling bilik. Alia diatas katil dengan laptopnya. Salsabila dihujung bilik dengan handphonenya. Ish, yeke diorang ni dah try bukak? ntah-ntah...
"Hmmm.. ok" Aku membalas sambil melangkah.
"Yuni" Aku menoleh semula? Kenapa?
"Nak Chocalate chippppppppppppppp..." Aku dah agak dah..
Roommate, groupmate, classmate, batchmate semua mate tu la yang unknowingly berjaya membuatkan aku kalah dalam membuat pencaturan. I've always been.. always been - a loner. Aku suka buat keja sorang-sorang, main and tengok movie sorang-sorang. Because I enjoy my own company. Because I always stick to a phrase that if you want it good, do it yourself.
Because I don't like to rely on other people. I don't want to be weak.
Tapi aku silap.
"Yuni, ni aku bawakkan lolipop untuk kau."
"Yuni, meh aku bawakkan beg kau."
"Ni, nak cepat sihat, kena minum susu banyak-banyak."
"Akak bawak pisang. Makan tau."
"Ayuni, tak payah masak. Hari ni saya masak ganti awak."
"Ade perjumpaan kat markas? tak payah la pergi, meh aku gantikan"
"Ko tak yah risau pasal kelas, nanti kitorang record kat ko, okay?"
"Ko okay tak? tak payah jalanlah, kita tahan teksi, sian kat Ayuni"
Rely tu tak semestinya lemah. It is not wrong to rely on people. It it not wrong to split the job among us. It is not wrong to walk, run, play and suddenly stumble and sick. It is not wrong. No, it is NEVER wrong.
Cause we have each other. Cause we're together.
Alarm telefon tiba-tiba berbunyi. Handphone Samsung Y disebelah dikerling. Aik? tak de pun. Aku bangun mencari Galaxy Note 8.0 tetapi bukan itu juga. Lagu A Gift of A friend - Demi Levato terus berkumandang sambil aku mencari sumber bunyi. Laci bilik dibuka selepas aku pasti alarm itu disitu. "Bangunkan Nadia". Handphone Etisalat. Mesir.
Siapa kata kalau selalu jumpa takkan rindu?
******************************************************************************************************************
3.50pagi. Air mata kembali menjurai. Malam ini terasa damainya. Setelah sekian lama, aku kembali tunduk seikhlas hati kepada sang pencipta.
Ya Allah, Kaulah Tuhan yang mengetahui hati-hati ini,
gembiranya, pilunya, pahitnya,
Maka Ya Allah, Aku pohon kepadaMu,
Kerana Kaulah sebaik Perancang,
Kaulah sebaik Penentu,
Kaulah yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Apa sahaja ketentuan-Mu,
Aku Pohon,
Berilah yang Terbaik untuk ummatmu, untuk sahabatku, untukku.
Ya. Mekah itu Surga Hatiku. Mesir jua.
"Aku ingin disini, ingin tetap disini.
Bila kupulang nanti, Izinkanku kembali."
Izinkanku kembali.
Awalnya aku mungkin beragak namun sekarang tidak.
Aku pasti.
Aku...
masih ingin kesana.



No comments:
Post a Comment