Tuesday, October 1, 2013

Romantiknya!!

"They think not experiencing fear is courageous. No. Its courage when you experience the fear and preserve." - Prof Kim Do Han, Good Doctor Ep 14.

Ada orang bertanya dekat aku apa yang ada dekat cerita Korea yang takde kat cite Melayu.
Hikmah.

Jujur, aku bukan fanatic korea. Aku layan jugak cite Taiwan. Anime. Hindustan. Indonesia. Thailand pun sama.
Sama layan. Sama suka.
Ada orang terkezzutt tengok aku layan semua bahasa punya cerita.

"Semalam aku tengok balik Muhje Dhosti Karoge.."
"Amboi Ayuni, berhindustan pulak. Dah bosan layan Dream High ke?"
"Sejak bila? Aku layan semua lah" ^^

Lagu pun Begitu jugak.
Kadang kadang aku mengangguk-angguk dengar lagu Menuju wawasan-UNIC..
Kadang-kadang aku semangat bila dengar lagu skyscraper-Demi Lovato.
dan kadangkala aku sedih bila dengar lagu Mei You Ni Zhe Me Ban-Yen J.

"Best giler lagu It is-Tmax nih kan? Rentak dia macam lagu 'Still' ost You're Beutiful tuh"
"Err, aku suka bukan sebab tuh. Aku suka sebab maksud die best.."
"Eleh, kau boleh la. Kau paham bahasa die. Kau belajar. Aku?"
"Tak yah nak belajar sangatlah. Aku google je maksud die."

Aku bukan tengok mahupun dengar sebab bahasa.
Tapi kerana maksudnya. Kerana Hikmahnya. Kerana Indahnya.

Ada orang anti cerita korea. lagu Inggeris.
Hanya layan Tanah Kubur dan Imam Muda. Hanya dengar lagu Nasyid dan Melayu Lama.
'Lagha' katanya.

Lagha itu bukan pada bahasa.
Hakikatnya, kalau ada cerita Tanah Arab sekali pun, kalau berpegang tangan belainan jantina, bersosial, tak tutup aurat,
Lagha tetap lagha.
Kerna Lagha itu pada niatnya. katanya. perbuatannya.

Aku tak kata semua lagu korea itu bagus. Mahupun cerita Inggeris semuanya tidak lagha.
Cuma jangan jadi skeptis pada bahasa.
Kerna kita tak ubah seperti sahabat kita yang tak mendalami Al-Quran, hanya kerana bahasa.

"Filzah, Kaukan dan jadi perempuan mithali sekarangkan? Mesti kau bawak tisu" Aku menjeling sekilas kearah dia yang berada diseberang bilik. Tangan aku masih dibuku Stephen King - Under The Dome.
"Amikla. Ada dalam handbag. Zip yang kat depan sekali." Aku menunjuk kearah satu compartment dihandbag aku. Dia membuka compartment tersebut dan terjumpa sebuah buku lain. Al-Quran Terjemahan. Melayu.
"Wooow. You've seriuosly changed din't you? And I wonder why you gave me kerongsang that day" Aku mengangkat bahu.
"Depends. Aku masih lagi bace Stephen King kalau ko tak perasan" Dia mengangguk. Buku setebal kamus itu dibuka secara rambang. Aku lihat dia meneliti sesuatu.
"Buat apa?" Aku menyoal. Curious. Dia hanya terdiam.
"Hello mak cik, dengar tak? buat ape?
"Baca."

Ada orang sebab terlalu focus terhadap bahasanya,
dia tak dapat nak menghayati hikmah dan kata-kata disebalik bahasa itu.

Jangan kau benci cerita 'Good Doctor' hanya kerana bahasanya.
Jangan kau kritik 'Al-Quran' hanya kerana bahasanya.
Sebab itu ada subtitle. Ada terjemahan.

Dalamilah. Hayatilah.
Sungguh ada hikmah dan ilmu yang boleh kau timba.

No comments: