“Doctor, tolong tengok anak saya kejap” Aku menoleh kebelakang. Kelihatan seorang ibu tua besama anak lelakinya yang sedang duduk diatas kaunter pendaftaran. Matanya melilau cuba untuk mengenal pasti dimana dia berada. Aku menoleh kearah wad 5, cuba mencari kelibat kak Dibah atau kak Izzati. Tidak ada. Tenggelam dalam lautan manusia.
Aku kembali melihat wajah budak lelaki itu. Ibu yang memanggil aku tadi senyum hambar kepadaku. Aku memandang tepat pada mata sang ibu. Sayup.
“Kenapa?” Aku mula bertanya dalam bahasa arab ammiyyah. Saat itu, hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya hati.
DUGAAN HATI
Mengenang kembali saat buat attachment, jujur dada aku sesak. Sekadar tahun 2, vocabulary arab aku pastinya siket, inikan pula berbicara dalam bahasa pasar. Jarang sekali aku jumpa orang arab yang lancar berbahasa Inggeris walaupun dalam kalangan pelajar universiti. Tambahan pula, dalam medic sendiri ada beribu perkataan medical yang dalam Bahasa Inggeris pun belum tentu tahu lagi. Sampai timbul persoalan, “Bersediakah aku untuk belajar medic dekat Mesir ni?”
Before, medic is never my thing.Masa SPM, Bio dengan Chemistry aku B. Tambah dengan ‘term’ medic yang sangatlah banyak. Plus, aku yang sangat takut needle dan aku memang bukan dalam kalangan mereka yang rajin menelaah buku – especially thick books. Aku sungguh anti medic sebab aku rasa semua orang berlumba nak jadi doctor for its popularity. For it’s fame.
But I ended up being a medical student anyway. Jadi, jauh dalam sudut hati aku selalu bertanya, “Kenapa aku?”
BELAJAR BENDA BARU
Aku masih ingat lagi masa aku kecil-kecil dulu semua benda aku selongkar. Semua benda nak tanya. Dan setiap benda yang aku tak tahu tu, aku start explore. buat experiment. Dan makin kita explore, makin banyak benda yang kita jumpa, dan makin banyak benda yang kita tak tahu. And the adventure become more and more interesting. And that is what I call CURIOSITY. Dan biasanya, semua budak ada perasaan tu.
Sadly, bila kita membesar, kita makin banyak tanggungjawab, dan lagi banyak benda yang kita kena fikir, so we start to limit our curiosity. Benda yang kita minat, kita akan terus explore but for other things, we began to accept as it is. Kita terima bulat-bulat ilmu itu dan sampaikan, tanpa mengkaji semula. Same with me.
masa aku tahun 1 kat Mesir, Aku sangat obsess with new things. New knowledge. Aku kalau boleh nak tahu semua benda. Macammana mesin basuh tu berfungsi, apa yang ada dekat hujung jalan tu, cerita apa yang best. Semua. Except yang aku tak minat. Except medic. Aku shut down semua sumber ilmu kedoktoran yang boleh sampai pada aku dan mula menumpu pada bab lain yang aku minat – Basketball, music, cooking .
Tak pernah terlintas kat hati yang suatu hari nanti akan datang hari aku akan buka hati aku untuk medic. Dan aku dapati medic itu penuh dengan persoalan, sarat dengan ilmu. Makin banyak yang kita belajar, makin banyak perkara baru yang kita jumpa dan makin banyak persoalan yang timbul. Dan pada saat itu, aku kembali menjadi aku yang dulu – penuh dengan semangat ingin tahu.
PERANCANGAN ALLAH LAGI BAIK
“Ayuni, kenapa?” Kak Izzati menegur dari belakang. Aku berpusing 180 darjah.
“Ada oedema dekat kaki kanan dia. System semua ok. Ada cold dengan fever siket mak dia kata.” Aku menerang sambil merujuk buku ditangan.
“Sebab Infection dok?” Kak Izzati memandang kearah budak yang masih diatas kauter, menunggu admission paper dari nurse.
“Saya pun rasa macam tu. Tapi, tak berani nak cakap sebab tak sempat ambil past history.” Serentak dengan itu nurse datang. Aku mengangguk tanda meminta diri sambil mengucapkan “syafahaAllah.” Apa yang terjadi dengan budak itu selepas itu, aku juga tidak pasti. Tapi perjumpaan yang pendek itu pastinya menginsafkan aku.
Allah menyusun aku disatu tempat yang aku takkan pernah susun. Disekitar mereka-mereka yang sakit yang sentiasa datang meminta pertolongan, meminta penjelasan. Allah menyusun aku ditempat yang aku harus explore untuk mendapat jawapan. A place where there is always an adventure.
SEMANGAT BARU.
Memandang keluar balkoni, aku sentiasa memandang kearah satu bangunan dihujung pandangan mata aku. Sebuah hospital yang selalu aku kunjung untuk attachment. Aku belum benar-benar hebat apatah lagi menjadi seorang doctor yang boleh merawat. Tapi sekurangnya dengan pergi kesana, aku kembali mengumpul semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Kembali mengutip ilmu-ilmu yang aku tinggal setahun dahulu.
Aku kembali mengalihkan mata kearah hospital 10 tingkat itu. Masih ada banyak lagi perkara yang perlu aku explore disitu. Masih ada banyak lagi adventure yang menunggu. dan aku tak boleh pergi dengan tangan kosong. Aku harus bawak bekalan yang cukup. Penuh.
Buku Neuroanatomy dipandang sekilas. Ya. Kena mula bersedia dari sekarang. Bismillah.
No comments:
Post a Comment