Thursday, November 20, 2014

That call

Kring... Kring..

Jam dinding biru laut dikerling. Orang mana yang call jam 1 pagi ni?

"Hello?" Sambil menyelak buku 'Kite Runner' karangan Khaled Housseini ke muka surat seterusnya."Hey." D berhenti. That voice..

Suasana terasa diam seketika.

" how are you.. Ehemm... Adapting?" Air mata D laju tumpah tanpa suara. 

"Heh. Rasanya sampai habis you're not gonna talk. So just listen." suara disebelah sana kedengaran serak basah. Sebak juga barangkali.

" I know a lot had happen. Dan semua tu.. A lil bit overboard, rite? Yea, I know" suaranya semakin tenggelam.

"But gurl, kalaula masa tu milik kita, maka  pasti kita akan undur masa when we've done wrong dan ubah - but we'll never learn. Kalaula I'm born wiser, maybe aku takkan pernah menyesal dan takkan pernah become better. Its a process of growing." Saat itu masa seperti terhenti. Tiada kereta yang lalu atau bunyi bising hatta bunyi jarun saat sekalipun. Sunyi.

"Tapi... Ehem.." Air mata orang sebelah sana seperti sudah mula mengalir. "Tapi.. Throughout that process, I've ended up leading you tangled... And for that I'm sorry" D mula teresak. Tangannya mengatup laju mulutnya sebelum mengeluarkan apa-apa suara.

"Tapi, diorang cakap you've changed. Totally. And for surviving by yourself, You gurl, are a winner. Dan aku tahu je noth I say will change anything, nor help you - tapi ni mungkin la kali terakhir we'll ever talk. Dan aku harap la.. Kut kau nak halalkan segala hak-hak yang kau boleh tuntut kat aku. Coz somehow.. Heh.." 

Diam seketika.

"Its not easy to survive by urself eh?" 

Tut.. Tut..


Air mata D mengalir sepuasnya. Tiada kata yang mampu menggantikan rasanya . Sedih, marah, takut, terharu, simpati - segalanya bercampur baur.

Laju langkahnya ke tandas. Air wudu' diambil dengan penuh penghayatan. Sujud dilaksanakan penuh emosi.

People once said - its too cliche talking about changing nowdays. Semua orang yang hebat2 usually have that dark side of story that push them beyond ordinary. 

Tapi, those extraordinary people - its not many. Sebab tu kita panggil extraordinary. Dalam 1000 orang yang sesat, boleh kira dengan jari berapa ramai yang dapat cari jalan pulang. Most of them ended up buried dalam tanah tanpa mendapat hak dakwah mereka dari kita. And a lot of them, they actually live among us.

Seeing them strunggling to survive.. I'm starting to wonder. Mudah je sebenarnya jalan hidayah yang Allah susun - dan yang aku rasa berat sangat - berbanding mereka. Dan their effort to change for better.. Its mindblowing.

Them..
Utk hak-hak yang dia minta halalkan,
Hak-hak dakwah mereka yang tak tertunai pula bagaimana?
Atas kepimpinan mereka yang membawa kita sesat di dunia fana,
Atas kelalaian kita yang membantutkan mereka dari syurga yang kekal selamanya - itu pula?
atas nama persahabatan yang terbina dibina atas dosa dan noda mereka memohon maaf dengan bersungguh,
Atas nama ukhuwah yang  dicanang-canangkan, kita lantakkan mereka terbuai mencari cahaya tanpa arah tujuan - baikkah kita?


Syurgakah akhirnya kita ini?


Thursday, September 25, 2014

A long~~long fight.

End of summer.

Through out the year it has been a very long fight.
Struggling to control oneself, Is easier said than to be done.

Everyday's a battle.
One day we won, and other time we lost. And going through those times,
I cried a lot.

Strange, isn't it?
When you struggled the most,
Against no one but yourself?
They said when you fall down 1000 times, you'll stand up 1001 times..
But it doesnt mean that you'll never fall down again, right?

Maybe you gonna fall down another 1000, or 10000 or even 100000! 
Won't it be a long - long fight?

So, next year..
It going to be painful too.
Its gonna hurt - maybe even more - than before.
Therefore Allah, will YOU watch over me?
Will YOU stay with me even though I waver?

I knew I'll fall down.
Instead of helping me up,
Will YOU watch me so I wont stay down?
So I won't give up...




Tuesday, July 15, 2014

Kenapa join Jemaah?


Pernah ada yang bertanya "kenapa join Jemaah?"
Masa itu aku jawab " sebagai jalan dakwah aku." 

Aku sedar dalam dunia ni ada banyak yang aku tak setuju.
Ada tu kerana terang-terang melanggar syariat Allah.
Ada tu kerana dalam perlaksanaannya mengikut syariat, dia menggunakan cara dan jalan yang salah.
Ada tu kerana perlaksaan syariatnya cukup banyak, namun tanpa dalil atau sunnah.
Dan ada itu sempurna syariat serta cukup dalil dan syaratnya.. Namun tiada ikhlas dari jiwa.

Ya.
Mungkin dalam lagak gaya aku juga ada tergolong dalam keaadaan diatas.
Dan aku pohon pada Allah, moga saat aku hampir menjadi salah satu dari bahagian itu,
Allah ketuk aku agar kembali menilai tahap ibadahku.
Allah tegur aku melalui hambaNya yang sentiasa jaga dan taqwa.

Maka aku cuba menjadi 'hamba' itu,
Insan yang sentiasa jaga dan taqwa.
Dan menegur mereka-meraka yang sepertinya lalai seketika.
Maka aku cuba menjadi 'hamba' itu,
Insan yang menolong agama-Nya.

Kerana dahulu,
Tiada 'hamba' itu yang sampai kepadaku.
Sehingga jauh aku terhanyut.
Kerana dahulu,
Tiada 'insan' itu yang menyentuh dan menegur aku,
Dan bawa aku kejalan yang benar.

Kini saat aku berpatah balik, aku ingin membantu mereka yang jauh hanyut bersamaku dahulu. Aku ingin menarik sekali mereka yang sama lingkup ditelan hawa nafsu.

Sedikit aku sedar,
Bahawa aku sendiri masih ditengah laut.
Bertarung hebat untuk cuba kembali kemuara kebenaran.
Sedikit aku sedar,
Bahawa aku sendiri terkadang hanyut,
Kerana masih jauhnya aku dengan tebing Taqwa.

Nak selamatkan yang lain.
Tapi kena selamatkan diri dulu.  Persiapkan diri dengan ilmu lalu tambakkan hati dalam-dalam.
Dan kembali berenang.

Ah.
Mengapa masih gagal?
Mengapa aku tidak mampu menarik mereka.
Mengapa mereka tidak kembali?

Maka aku kembali ke muara.
Keseorangan. Tanpa teman.
Rupanya dimuara punya banyak bantuan.
Rupanya, aku tidak kuat kerana aku berseorangan.
Dan rupanya, aku tidak kuat kerana aku berjuang tanpa pelan tindakkan


Tunggu.
Akan aku kembali kelembah itu.
Lembah yang aku dahulunya hanyut bersama kamu.
Tapi kali ini, aku bukan selemah dahulu.
Kerana aku akan tanam ilmu dalam jiwa,
Kerana aku akan tambak hati dalam-dalam.
Kerana aku bukan datang sorang.
Dan aku akan datang dengan persiapan yang lebih mantap.

Tanyalah aku lagi "kenapa join jemaah?"

Kini, aku akan menjawab..
"Untuk betulkan diri, untuk tarbiyyahkan jiwa ini. Kerana dakwah itu, tidak hanya ada pada semangatnya. Tidak hanya pada Ilmu yang kita dapat secara rambang dimajlis-majlis Ilmu dan majalah-majalah. Tetapi dakwah itu perlu pada seni dan ketertiban. Dakwah itu perlu pada perbentukkan dan perancangan. Dakwah itu.. Perlu pada tarbiyyah yang tersusun."

Terima kasih akhawat.
Atas tarbiyyah itu. Atas dakwah itu.

Tuesday, July 8, 2014

우리 Palestine.

When something we hoped comes true,
The world looks like a better place.

Macam baru semalam insiden 'MH370'.
Macam baru semalam kes kemalangan saudari Ummi Filzah Naadiah di Mesir dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
Macam baru semalam semua kes-kes kematian yang justeru membawa hati kita semakin dekat kepada-Nya.

Ya. Semakin hampir kepada Pencipta.

Tapi, bagi mereka yang tiada Iman dalam hatinya - dan alangkah baiknya jikalau mereka ada - Pasti ada secubit rasa terkesan dihati walau sebesar huma.

And for that reason only, I do hope that somewhere between that ego and ignorance.. There's something humane in between.

And that hope extend dearly towards Palestine. 우리 Palestine.

Aku lihat semakin ramai antara mereka yang terkenal mengambil tahu tentang Palestin. Malah menyokong sekali memboikot meski sebahagian dari mereka seperti Ronaldo dan Coldplay yang bukan Islam bertindak atas dasar kemanusiaan. Bersuara lantang mengutuk keras tindakan rejim Israel keatas Palestin.

Namun, tidak bermakna usaha mereka itu disisi Allah lagi besar dan bermakna dari kau yang bertahun-tahun berjuang tanpa putus asa. Tidak bermakna suara lantang mereka sampai lebih hebat dan kuat dari doa dan harapan tulus sehari-hari yang kononnya tiada impak pada dunia.

Dan moga-moga,
Seperti banyak mana hati yang mereka gerakkan untuk berjuang demi Palestina tercinta atas satu tindakan,
Banyak itu jualah Allah kurniakan kekuatan pada kita untuk terus berjuang sehingga kita Menang.

Begitu juga sebaliknya.

Wahai Satria Allah,
Antara aku, kau dan 'mereka',
Disisi Allah hanya lihat taqwa dan usaha.

Antara doa yang mustajab itu lepas sahur dan selepas solat fardhu. Antara tempat mustajab berdoa itu adalah di bumi Anbiya', Mesir. Dan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu ada pada salah satu malam Ramadhan, malam Lailatul Qadar.

Ya Allah,
Seperti mana kau menangkan perang Islam yang pertama,
Sepertimana kau menangkan Rom dan Parsi pada Islam,
Seperti mana usaha dan doa mereka-mereka yang memanfaatkan pengaruh mereka untuk Palestin,
Seperti mana harapan tulus dalam setiap sedekah yang sesekali hamba-Mu hulurkan,
Dan seperti mana tembakkan doa sehari-harian tanpa gagal dari Hamba-Mu yang menunggu kemenangan,
MUSNAHKANLAH REJIM ISRAEL,
DAN BANTULAH MEREKA (RAKYAT PALESTIN)!

Bantulah Palestin.
우리 Palestine.


*우리 Palestine- Our Palestine.
**Reference:

Thursday, June 19, 2014

Mati

Looking outside, I'm trembling.

Kereta speed macam atas jalan raya.
Budak-budak bergurau senda sambil baling serpihan besar batu bata.
And always.. around 2 am,
There's kids my age melepak dekat lorong gelap sebelah rumah ni.

I'm scared.
The world seems too much lately.

Dari tingkap bilik,
Aku melihat mereka-mereka yang bergerak pulang dari kedai kopi.
Berzikir dengan kuat sekali tentang kekalahan Spain malam tadi.
Langsung meningkah laungan azan asar.

Lagu 'Driving me crazy- hyorin' yang berkumandang ditelinga diberhentikan.

Too much ignorance.

Exam another 5 days. Ramadhan pun dah dekat.
Sampaikah aku kesana nanti?

Hakikatnya, tak ramai yang berani cakap tentang mati,
Kerana takut menjadi doa sedang amalan belum terjamin.
Kerana takut menjadi tanda bahawa penghujung itu hampir.

But,
Too much death to be ignorance.
That speedy car could end up crashing somewhere.
That small jokes by small kids once accidently hit someone and bleed to death.
That kids my age that dillegently 'patrolling' at night may never return in the morning.

But still...
Still..

No one really cares huh?

Aku rasa somehow lately aku kembali rebellious.
Tapi kali ni, aku rebel pada dunia.
Sbb jujur aku takut.
Aku sangat gentar.

Kalau dunia yang macam ini,
Aku tempted, aku kalah,
How will I be bila Dajjal datang?

Moga Allah ganjarkan pahala kepada 'mereka'
Yang kembalinya 'mereka' kepada-Mu,
Menjadi peringatan buat yang lupa.




Tuesday, March 4, 2014

Bersama Orang Hebat~

Universiti Cairo punya cuti akibat H1N1 masih berbaki seminggu.
Masing-masing sibuk mula persiapkan diri untuk sesi persekolahan yang baru.
Ada yang baru selesai Graduate, bergegas-gegas utk packing barang ke Malaysia. Back for good.
Ada yang memegang jawatan pula, sibuk wrap up last sesi punya kerja bagi memudahkan AJKT tahun ni.
Sedang kami, GeneXIIs..

"Seperti yang semua orang tahu, minggu ni kita akan adakan Family in Friendship Awesome atau nama pendeknya FIFAWEEK '14"

Yup.
Having Program.

And today, We are having BIKON's day.


Hari yang mana each and everyone dalam batch need to contribute somehow utk tmbah ekonomi batch.
Well, we do have money issues here.


Start semalam, semua orang bertungkus lumus menyiapkan tempahan.
Ada team satay, ada team nasi kerabu, and ada team nasi ambeng.
Sampai ada yang tak tidur malam. And to those people, you deserve my respect.

Seharian menguruskan tempahan,
letih pun ada, penat pun ada, cuak pun ada,
especially orang macam aku first time dengar nasi ambeng,
let alone nak suruh aku contribute dalam urusan memasaknya. oh, tidak~


Sampai magrib jugak la tadi.
Duk memburu ikhwah utk dilivery.
Ada yang sampai bertop up kredit, punya nak call sampai dapat.
pegang telefon 3 jam memanjang.
Sesat sana sesat sini mencari rumah.
macam insaf jugak kadang kadang bising dengan dilivery boy sbb lambat hantar makanan.


Tapi,
dalam kesibukan yang amat sangat ni,
ada lagi manusia yang sibuk menguruskan perkara lain,
namun sama semangat dengan kami yang tak de pape ni.
Yang sibuk bermeeting, uruskan TM dan sibuk bekerja atas jalan Allah..
Hands up to you guys!

Dalam kelelahan yang amat sangat ni,
Ada lagi manusia yang lelah dengan masalah sendiri,
tapi tersenyum senang and happy.
langsung tak penting kan diri.
Salute. memang SALUTE.

dan dalam kepuasan yang amat sangat ini,
aku yakin ada lagi manusia yang jauh lebih puas,
jauh lebih gembira, Jauh lebih bahagia..
Hanya kerana program yang mereka susun ini, berjalan dengan sebaiknya.

Even aku cakap, aku faham je betapa letihnya korang,
hanya Allah je yang tahu usaha dan tenaga yang korang guna,
utk contribute dalam program nih..
aku tak tahu la nak wish ape yang betul-betul worth it utk korang,
So aku nak cakap one thing je,


May Allah bless you guys and grant you what ever best for you~"