The world looks like a better place.
Macam baru semalam insiden 'MH370'.
Macam baru semalam kes kemalangan saudari Ummi Filzah Naadiah di Mesir dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
Macam baru semalam semua kes-kes kematian yang justeru membawa hati kita semakin dekat kepada-Nya.
Ya. Semakin hampir kepada Pencipta.
Tapi, bagi mereka yang tiada Iman dalam hatinya - dan alangkah baiknya jikalau mereka ada - Pasti ada secubit rasa terkesan dihati walau sebesar huma.
And for that reason only, I do hope that somewhere between that ego and ignorance.. There's something humane in between.
And that hope extend dearly towards Palestine. 우리 Palestine.
Aku lihat semakin ramai antara mereka yang terkenal mengambil tahu tentang Palestin. Malah menyokong sekali memboikot meski sebahagian dari mereka seperti Ronaldo dan Coldplay yang bukan Islam bertindak atas dasar kemanusiaan. Bersuara lantang mengutuk keras tindakan rejim Israel keatas Palestin.
Namun, tidak bermakna usaha mereka itu disisi Allah lagi besar dan bermakna dari kau yang bertahun-tahun berjuang tanpa putus asa. Tidak bermakna suara lantang mereka sampai lebih hebat dan kuat dari doa dan harapan tulus sehari-hari yang kononnya tiada impak pada dunia.
Dan moga-moga,
Seperti banyak mana hati yang mereka gerakkan untuk berjuang demi Palestina tercinta atas satu tindakan,
Banyak itu jualah Allah kurniakan kekuatan pada kita untuk terus berjuang sehingga kita Menang.
Begitu juga sebaliknya.
Wahai Satria Allah,
Antara aku, kau dan 'mereka',
Disisi Allah hanya lihat taqwa dan usaha.
Antara doa yang mustajab itu lepas sahur dan selepas solat fardhu. Antara tempat mustajab berdoa itu adalah di bumi Anbiya', Mesir. Dan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu ada pada salah satu malam Ramadhan, malam Lailatul Qadar.
Ya Allah,
Seperti mana kau menangkan perang Islam yang pertama,
Sepertimana kau menangkan Rom dan Parsi pada Islam,
Seperti mana usaha dan doa mereka-mereka yang memanfaatkan pengaruh mereka untuk Palestin,
Seperti mana harapan tulus dalam setiap sedekah yang sesekali hamba-Mu hulurkan,
Dan seperti mana tembakkan doa sehari-harian tanpa gagal dari Hamba-Mu yang menunggu kemenangan,
MUSNAHKANLAH REJIM ISRAEL,
DAN BANTULAH MEREKA (RAKYAT PALESTIN)!
Bantulah Palestin.
우리 Palestine.
*우리 Palestine- Our Palestine.
**Reference:

No comments:
Post a Comment