Masa itu aku jawab " sebagai jalan dakwah aku."
Aku sedar dalam dunia ni ada banyak yang aku tak setuju.
Ada tu kerana terang-terang melanggar syariat Allah.
Ada tu kerana dalam perlaksanaannya mengikut syariat, dia menggunakan cara dan jalan yang salah.
Ada tu kerana perlaksaan syariatnya cukup banyak, namun tanpa dalil atau sunnah.
Dan ada itu sempurna syariat serta cukup dalil dan syaratnya.. Namun tiada ikhlas dari jiwa.
Ya.
Mungkin dalam lagak gaya aku juga ada tergolong dalam keaadaan diatas.
Dan aku pohon pada Allah, moga saat aku hampir menjadi salah satu dari bahagian itu,
Allah ketuk aku agar kembali menilai tahap ibadahku.
Allah tegur aku melalui hambaNya yang sentiasa jaga dan taqwa.
Maka aku cuba menjadi 'hamba' itu,
Insan yang sentiasa jaga dan taqwa.
Dan menegur mereka-meraka yang sepertinya lalai seketika.
Maka aku cuba menjadi 'hamba' itu,
Insan yang menolong agama-Nya.
Kerana dahulu,
Tiada 'hamba' itu yang sampai kepadaku.
Sehingga jauh aku terhanyut.
Kerana dahulu,
Tiada 'insan' itu yang menyentuh dan menegur aku,
Dan bawa aku kejalan yang benar.
Kini saat aku berpatah balik, aku ingin membantu mereka yang jauh hanyut bersamaku dahulu. Aku ingin menarik sekali mereka yang sama lingkup ditelan hawa nafsu.
Sedikit aku sedar,
Bahawa aku sendiri masih ditengah laut.
Bertarung hebat untuk cuba kembali kemuara kebenaran.
Sedikit aku sedar,
Bahawa aku sendiri terkadang hanyut,
Kerana masih jauhnya aku dengan tebing Taqwa.
Nak selamatkan yang lain.
Tapi kena selamatkan diri dulu. Persiapkan diri dengan ilmu lalu tambakkan hati dalam-dalam.
Dan kembali berenang.
Ah.
Mengapa masih gagal?
Mengapa aku tidak mampu menarik mereka.
Mengapa mereka tidak kembali?
Maka aku kembali ke muara.
Keseorangan. Tanpa teman.
Rupanya dimuara punya banyak bantuan.
Rupanya, aku tidak kuat kerana aku berseorangan.
Dan rupanya, aku tidak kuat kerana aku berjuang tanpa pelan tindakkan
Tunggu.
Akan aku kembali kelembah itu.
Lembah yang aku dahulunya hanyut bersama kamu.
Tapi kali ini, aku bukan selemah dahulu.
Kerana aku akan tanam ilmu dalam jiwa,
Kerana aku akan tambak hati dalam-dalam.
Kerana aku bukan datang sorang.
Dan aku akan datang dengan persiapan yang lebih mantap.
Tanyalah aku lagi "kenapa join jemaah?"
Kini, aku akan menjawab..
"Untuk betulkan diri, untuk tarbiyyahkan jiwa ini. Kerana dakwah itu, tidak hanya ada pada semangatnya. Tidak hanya pada Ilmu yang kita dapat secara rambang dimajlis-majlis Ilmu dan majalah-majalah. Tetapi dakwah itu perlu pada seni dan ketertiban. Dakwah itu perlu pada perbentukkan dan perancangan. Dakwah itu.. Perlu pada tarbiyyah yang tersusun."
Terima kasih akhawat.
Atas tarbiyyah itu. Atas dakwah itu.

No comments:
Post a Comment