Thursday, March 24, 2016
The Book of dreams
Friday, January 15, 2016
Cruel life
When you are struggle in between improving slowly or get things swiftly.
When you try to improve slowly,
things start to fall out in peices as you try to catch up with you self.
When you start speeding up,
You missed the details and ended up reaching to target without meaning.
Making decision, its too hard.
You can't make decision without hurting other people feeling.
So, you ended up hurting your self to settle things.
But,
When others are ignoring you,
Should you ignore you self too?
It comes to a moment - where hurting become natural.
Monday, January 11, 2016
Hard
Friday, June 19, 2015
Chapter 2: Hikmah
That they play
(They insulted him when they didn’t know who he was)
(They became his followers when they truly knew his way)
What they say
(They insulted him when they didn’t know who he was)
(They became his followers when they truly knew his way)
You feel so close but so far
When All I want is to see
Your face in front of me
You make me chase around
Shadows in the moonlight
Only for the sunrise
To open my eyes
Makes me jump to my feet
Walk around the city streets
Hoping that I’ll find you
By my side
Then I feel your sunlight
Beautiful and so bright
Feeling I’m in your arms
For a while
Hours pass like a breeze
Moving through the palm trees
Hand in hand you and me
With your smile
(They insulted him when they didn’t know who he was)
(They became his followers when they truly knew his way)
What they say
(They insulted him when they didn’t know who he was)
(They became his followers when they truly knew his way)
(You, my delicate beloved)
(You, the apple of my eye)
(Tied to you, at the heart)
(You are my deepest love, my beloved)
(Inhaling your scent, just like smelling a rose)
(Burning inside, with the fire of your love)
(I always look for, and ask of you)
(Always dream of reaching you)
(The very mention of you becomes my tranquility)
(To take your name, it becomes my sanity)
(Those sweet conversations of yours I would listen too)
(If the world deems them offensive, what do I care?)
(They insulted him when they didn’t know who he was)
(They became his followers when they truly knew his way)
What they say
(They insulted him when they didn’t know who he was)
(They became his followers when they truly knew his way)
Like the air with which I breathe
(Salutations upon my beloved)
So let them say what they want to say
(Salutations upon my beloved)
It’s the same game they always play
(Salutations upon my beloved)
I’ll turn my ears the other way
(Salutations upon my beloved)
It makes no difference either way
(Salutations upon my beloved)
It’s a game they’re always going to play
Let them say what they want to say
(Salutations upon my beloved)
It’s a game, It’s a game
It’s a game, It’s a game
It’s a game, It’s a game
They’re always going to play
play, play, play, Play
Latif:
Hikmah itu bukan sahaja terletak pada agama atau genre. Ia berada dimana-mana sahaja. Pada saat kau bangun tidur sehingga kau kembali tidur, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Kalau kau mampu, dalam kesibukan melakukan perkara seharian, berhenti seketika untuk mengutip hikmah yang berada dicelah-celah dunia. Kalau kau mampu , lihatlah segala perkara yang berlaku dalam sehari-harianmu dengan mata hati. Nescaya, dalam keadaan mana-mana sekali pun, kau akan jumpa kebaikan dan hikmah sejati.
Najwa:
Tetapi hikmah bukan la sebagai sebab utama kita melakukan sesuatu perkara. Oleh kerana hikmah yang sedikit, atau kebaikan yang kecil, kita langsung menjustifikasikan perbuatan kita. Ya, Hikmah itu datang dalam segala perkara. Tetapi, ada banyak lagi faktor yang harus kita pertimbangkan dalam melakukan sesuatu. Zaman sekarang yang penuh dengan sumber keseronokan – lagu, drama, movie, buku – kita harus pandai menapis sumber. Oleh kerana hikmah itu ada dalam setiap medium, maka hikmah secara automatik bukan menjadi faktor penapis. Kita harus mengambil kira masa, kepentingan dan sejauh mana sesuatu sumber itu membawa lebih banyak kebaikan kepada kita. Hakikatnya, semua perkara ada baik dan ada buruknya. Maka, sumber terbaik adalah sumber yang bukan sahaja punyai banyak kebaikan, tetapi meminimunkan keburukan.
Kamil:
Dan.. sumber hikmah yang terbesar adalah dari Islam itu sendiri. Kerana semua hikmah itu datang dari Allah, maka dalam Islam itu setiasa dihujani hikmah. Ada satu hadith terkenal yang terlekat didinding bilik, menjadi ikrar aku sehari-hari sebelum menapak keluar rumah.
“ Ajaib sungguh orang mukmin itu. Sesungguhnya semua keadaan itu adalah kebaikkan baginya dan tidak wujud keaadaan ini pada sesiapapun melainkan orang mukmin. Apabila dberikan kesenangan hidup, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan apabila dia ditimpa musibah, dia bersabar dan itu juga baik baginya. – Riwayat Muslim.”
Maka carilah sumber hikmah dimanapun. kutip sisa-sisa iktibar dari setiap niat, kata-kata dan perbuatan yang kita lihat dan kita perhati. Dan kembali menilai diri, sejauh mana - atas nama hikmah itu - kebaikannya mampu merubah kita menjadi manusia yang lebih baik esoknya dari hari ini.
Thursday, June 18, 2015
Chapter 1: A New Beginning.
"Kau buat ape?" Soalan dilontarkan sambil muka masih menghadap buku. Najwa mengerut. Tangannya memanggil-manggil Ija yang sedang baring dikatil. "Ija, kau tengok ni. Another artist start berhijrah la. Pakai tudung segala." Najwa tersenyum.
"Malasla. Tak ikhlas la tu. Dia berubah sebab dah trend sekarang artist pakai tudung. Tagih popularity." kaki Ija bergerak kearah sumber cahaya yang ditunjukan Najwa. Tangannya ligat scroll berita itu kebawah. " Eh.. Eh.. kejap. kejap." Bahu Ija dipukul kuat. Ija mengerang. " Kau ni, ganas betul. Use word. Word. Ni semua benda nak melalui keganasan." Najwa menjeling.
"Tengok ni pulak. Salah seorang pelukis kartunis Muhammad yang dulu tu telah convert Islam. Katanya, selepas dia mengkaji, dia dapat hidayah dari Allah. Wah.. Alhamdullilah." Najwa tersenyum lebar.
"Yaa.. Kau ni. Mudah sangat la percaya dekat berita-berita yang ada dekat Internet. Mana kau tau sahih ke tak?" Ija memandang ke arah Najwa. "Kalau betul sekali pun, aku yakin ni semua propaganda orang kafir nak alihkan kita dari benda- benda besar macam perang dekat Syiria dan Palestin. Itu berita lagi penting tau." Ija kemudiannya menutup laptop itu.
"Woi, kalau ye pun, shut down la betul-betul. Nanti rosak la laptop aku. Bukan laptop kau pun" Najwa menjeling. Ija bergerak kembali kearah katil Najwa sambil membuat muka. Buku 'Safe Haven' kembali dicapai. Najwa mengeluh. Jam biru laut didinding dikerling sekilas. 8.20pm. Nak dekat isya'.
"Dah, jom siap. Kata nak tarawih dekat Masjid Nabihah malam ni." Najwa menyambar telekung tersidai dipaku dinding. "I'm ready." Ija berdiri tegak sambil mendepakan tangan. Tudung arini hitam dikerusi Najwa diambil dan langsung dipakai - melengkapkan baju jubah hitam yang meliputi badannya. Najwa hanya menggeleng.
Tut. Tut.
Tut. Tut.
Skrin telefon dipandang sekilas. Tiada jawapan.
"Who are you calling?" Perkataan itu beratur keluar dari mulut besama asap rokok yang berkepul-kepul. "My along." nombor telefon itu sekali lagi didail. Langkah kakinya bergerak kehulu kehilir membuatkan sahabatnya runsing.
"Hey, lek. Dia ada hal la tuh. Kau pun beragak la sekarang pukul berapa? She's probably sleeping dy." Kaki yang tadinya melunjur kali ini disilangkan. " It's 9pm kat sana la. Along aku burung hantu so dia tak mungkin tidur awal." Jam ditangan diperhatikan berkali-kali. 3 pagi. It should be 9pm there. Why didn't she pick up??
Joe menegakkan badannya tiba-tiba. "Weyh, pagi tadi kau nampak tak Maddy? Dah 2 minggu kan dia tak datang kelas?" Latif memandang sahabatnya. "Nope. Kenapa dengan dia?"
Joe mematikan putung rokoknya sambil mengisyaratkan Latif untuk mendekat." Aku dengar, mak ayah dia berhutang. Dengan Along. Katanya untuk loan rumah. Tapi, dah 3 tahun tak settle-settle lagi. Jai kata, sebagai last resort die jual Maddy dekat Along tu." Latif terdiam.
"Takkan la. Cakap biar berasas siket." Satu suara muncul dari tepi. Mukanya tenang sambil menyedut air teh o ais yang dibungkus dari kedai Mak Limah.
"Betul, Lan. Diorang cakap kalau kau pergi rumah dia, Mesti mak ayah dia cakap dia takde - pergi rumah atuk dia. Tapi Jai kan satu kampung dengan Maddy. Sepupu die yang kat kampung cakap, jangankan orangnya, batang hidung pun tak nampak." Joe bersungguh bercerita sambil mengangguk. Lan hanya mengangkat bahu menandakan tidak mahu masuk campur.
Joe menepuk lembut bahu Latif. "Kau rasa la, Maddy kat mana ek?" Latif memandang kosong kearah Joe dan Lan. Lan, Jai dan Latif bersahabat baik sejak kecil. Maddy pula selalu ada bersama Jai, oleh itu mereka berempat selalu dilihat lepak bersama. Joe pula menjadi sebahagian apabila sama-sama berada dalam team basketball disekolah. Hakikatnya, Latif sendiri tidak rapat dengan Maddy. Malah jarang sekali berbicara.
"Haa Lat, sebelum aku lupa. Nah. Untuk kau" Latif memandang bungkusan yang dipegang ditangan Lan dengan tanda tanya. "Sorry la aku lupa birthday kau hari tu. Nah. Hadiah ganti." Lan tersenyum. Latif hanya terdiam seribu bahasa. Dia tahu Lan bukan sengaja tidak menyambut hari lahirnya pada hari itu. Tidak. Malah, dia yakin sekali Lan tidak akan sekali-kali menyambut tarikh itu selamanya.. Tidak selepas peristiwa itu.
"Thanks Lan." Air mata mula berada dibirai. "No biggie." Lan mengangguk ikhlas sambil menepuk bahu kiri Latif.. Bungkusan itu dibuka. Huh?
"Argghhhh.. kurang ajar kau, LAN!!!" Lan ketawa terbahak-bahak sambil berlari. Latif mengejar sepenuh hati selepas mencampakkan bungkusan itu. Ditanah, sebuah kotak transparent berisi ular hijau kecil hidup dilihat bergerak-gerak melingkari ranting kayu sambil badannya membentuk perkataan L.A.T.I.F. Joe hanya ketawa kecil sambil menyalakan putung rokok buat kali kelima.
"Kau dengar tak, aku yakin makcik tu cakap dengan telefon masa tengah solat tarawih tadi." Ija meraih tangan Najwa. Najwa menolaknya ketepi. "Let her be la. Nampak sangat kau solat tak khusyuk."
Ija merengus. "Macammana nak khusyuk kalau makcik tu duk sembang sorang-sorang dalam sembahyang dia. Aku cuak la. Tau la diorang sembang dalam bahasa arab. Kau ingat aku tak tau beza ayat quran dengan dialog pasar kau?" Ija menghayun-hayun tangannya. Najwa ketawa.
"Ni tegur ikhlas ke tak ni?" Mereka berhenti dikedai tisu berdekatan untuk membeli air, menghilangkan dahaga. "Ikhlas la. Kau mana tau. Bak kata ustaz, Ikhlas tu ibarat kucing hitam atas jalan tar berjalan di lorong gelap dimalam yang suram, kau tahu?" Najwa berkerut. "I thought it was 'namlu'? Wasn't it semut hitam?" Ija tersengih."My version." Najwa mengangkat penumbuk kelangit mengacah untuk pukul. Ada-ada jela kau Ija. Aku tak boleh menang dengan kau.
Air dan duit bertukar tangan. Penutup botol mirinda apple dibuka. Dengan pantas, buih dalam botol terbentuk memenuhi ruang botol lalu tumpah keatas kain telekung.
"Argghhh.. Ni siapa yang gatai goncang botol gas ni. Warning la sikit!" Mata dijeling sekilas kearah pakcik yang jual air tadi. Dia hanya tersengih. “ Sabar la makcik. Itu pun nak mengamuk. Baru je tadi cakap pasal ikhlas.” Ija menyambut tisu yang diberikan tukang jual kepada Najwa. Najwa mengangkat mukanya sambil tangan masih sibuk bekerja.
“Apa kaitan sabar dengan Ikhlas?”
“err.. kedua-duanya kau takde? Hehe.” Najwa menjeling tajam. Ija mengetap bibirnya sambil tangan terus mengelap telekung Najwa.
Hampir pukul 4 pagi. Air botol livita yang kosong sedari tadi ditangan kini dicampak masuk kedalam tong sampah. Pemandangan taman tasik kelihatan cantik pagi-pagi begini. Boat itik yang selalu dia naiki bersama Jai mahupun Lan tersadar di tepi kelihatan fotogenik bersama permandangan itu. Tambahan pula seorang wanita yang berdiri di kayu pemisah antara kaunter dan boat itu…
Wait.
Mana datang wanita dalam kisah ini? Latif mengecilkan matanya untuk memastikan dia tidak berkhayal. Tidak. Susuk tubuh itu masih disitu. Tanpa dia sedar, dia bangun sambil melangkah kearah wanita itu. Semakin dia mendekat, susuk badan itu seperti seseorang yang dia kenal.
“Maddy?”
Maddy berpaling. Tersenyum. “Oi, Lat. Awal bangun. Sahur ke?” Lat mengundur. Terkujat seketika.
“What? Did I do something wrong?” Maddy menapak kearah Latif.
“No!” Latif menjerit. Jangan datang dekat aku. What on earth did I see?
Maddy berkerut.” Napa Lat?” Dia memandang kearah dirinya. Senyum kemudian terukir dibibirnya. Oh, sebab itu ke?
“Are you backing of because…”
“Yes!” I can’t believe it. Maddy… Maddy bertudung!
“Opsiee.. I think my angah miss me la.” Najwa ketawa sambil mmandang Ija. Ija mengisyaratkan kepalanya tanda tidak mengerti. Handset yang sedang di ‘charge’ dicabut dan skrinnya ditunjukkan kearah Ija. 34 missed call.
“But, how did you know it was Latif? Dia tulis private number. Entah-entah ada ammu arab mana entah duk call, dapat nombor kat pintu toilet.” Ija membuka tudung dan mencampaknya ke atas katil Najwa.
Telekung biru dicabut. “First, aku tak conteng nombor aku kat sebarangan toilet. Second, Ammu kat sini pakai private number buat apa, mesti la keluar nombor Mesir. Third, Angah sorang je yang gila call aku beribu kali sampai dapat. And lastly, tolonglah kalau dah ambik barang orang tu, letak balik kat tempat dia ke?” tangan Najwa menunjuk kearah tudung arini hitam yang dicampak Ija. Ija tersenyum. “Ala. Whats yours, mine. Whats mine, yours. Nampak tak ikhlas bagi pinjam.” Tudung dicapai dan diletakkan kembali ke kerusi. Najwa kembali menyambungkan telefon ke wayar USB. 21% Charged.
“Wa, aku rasa kau kena baiki 2 benda. Keikhlasan kau dengan kesabaran kau. Memang out aku tengok.” Ija menggeleng.
“Ikhlas dengan sabar mana boleh ukur. Tu sume kat mata Tuhan la.” Laptop dibuka. Password ditekan laju dan yakin. Incorrect password.
“Yela. Yang tu aku tau. Cuma, orang lain pun boleh rasa sejauh mana keikhlsan and kesabaran kau. Ni duk cepat marah, and then asyik mengungkit. Mana aku tak complaint.” Tangan Ija kini berpusing-pusing mengikut corak bantal.
“Kau ni, bab nak kutuk aku, memang laju. Konon kawan baik dunia akirat segala.” Incorrect password. Aish, apesal password asyik salah ni?
Ija menggeleng. Dia bangun lalu bergerak kearah laptop Najwa. Tangannya laju menaip Angah30031994 diruangan password. Serentak itu, paparan destop dibuka. Najwa tersengih.
“Password sendiri pun lupa. Pastu nak marah orang.” Ija bergerak keluar pintu. Pintu dihempas rapat. Kuat. Najwa hanya memandang sayu ke pintu.
“Err.. apa yang buatkan kau jadi macamni?” Latif menjaga jaraknya. Maddy tersenyum. Oh, ini rupanya hikmah dia.
“Kak Wa apa khabar?” Maddy menghirup air cincau seasons ditangan. Latif hanya mengangguk. Sejujurnya dia sendiri tak tahu untuk berhadapan dengan situasi ini. Along kata, wanita bertudung ni wanita baik. Dia kena jaga ikhtilat dengan lelaki, tak boleh bergelak ketawa sesuka hati. Along selalu pesan, kalau tak boleh nak jaga dosa diri sendiri, jangan tambah dosa kat orang lain.
“Jai, Lan dengan Joe?” Latif tersentak. Dia sebut nama! “Err.. mereka baik.”
“Lat sendiri sihat?”
“Err.. Maddy.. tak payah sebut nama pun tak apa. Sebut kau ke..” Maddy berkerut. Huh? Apakah?
“Along cakap, wanita yang baik takkan sebut nama lelaki kat bibir… or something like that..” kini giliran Maddy pula tersentak. Dia ketawa kecil.
“I still have a lot to learn I guess..” Air cincau kembali dihirup. Suasana sunyi seketika. Latif tak senang duduk. Did I just make her make a sin?
“I guess it's time kut.” Latif memandang Maddy yang tiba-tiba bersuara. Jam dikerling. 4.45 pagi. Pukul berapa eh azan subuh? Dia cakap pasal sahur ke?
“You already know that you can’t have fun forever. Deep down, kita semua dah ada rasa tu. Rasa kena berubah. Cuma, kita tak jumpa the right time to start.” Maddy menyambung. matanya memandang hujung timur tasik, seolah menunggu matahari terbit.
“Most of the time, yang buat kita hesitate adalah orang sekeliling. Apa nanti diorang cakap? 'Sebab sekarang ramai dah berhijrah, kita pun berhijrah ikut trend.' Orang akan cakap kita tak ikhlas. Kawan-kawan pula pasti ketawakan kita. Atau, kutuk kita cakap buang tabiat. Atau ingat kita dah nak dekat mati.” Maddy bangun. Langkah Maddy bergerak lebih dekat kearah tasik.
“Ada tu, kalau kita dah berubah, mesti kena perfect. Mesti dah full solat 5 waktu, Puasa, tak boleh buat benda lagha, kena jaga ikhtilat. Kalau nampak kitorang buat silap sikit, mula la.’wanita bertudung memaparkan akhlak tidak sopan’ atau ‘wanita berhijrah masih belum betul insaf’. So, people jadi paranoid to change. I... become paranoid to change.” air mata dibirai mula keluar.
Dia terkenangkan saat detik dia berjuang sendirian 2 minggu untuk membuat keputusan. Dia memikirkan keluarganya, sahabatnya, dan penerimaan orang lain. Ia adalah satu keputusan yang besar dan berat.
“But.." Maddy menarik nafas dalam. "... I decided to change anyway. Sebab aku – not like what they said. Aku tahu aku ikhlas.” Maddy tersenyum. Kali ini untuk dirinya. ”Despite everything that will happen, at least aku tak nak regret not doing things I believed it’s right just because other don’t.” Kali ni kata-kata dia lebih tegas. Yakin. Angin sepoi bertiup seolah memujuknya. Matanya dipejam. You did right, Maddy. You did good, Nurul Madiah. Langkah kakinya bergerak setapak lagi seolah menyambut pujukan angin.
“Eh, Maddy!! Jangan.” Maddy membuka mata. Dia berpaling kebelakang. Kelihatan Latif berada jauh disimpang tepi jalan bersama bungkusan makanan dan air. Eh? Bila masa dia pergi?
Latif berlari kearah Maddy. “Kau nak buat apa? Tasik ni cetek kalau kau nak bunuh diri. Lagi pun Along cakap wanita baik tak bunuh diri.. kan?” Maddy tersenyum. Mengangguk.
Latif:
Banyak je benda yang kita tau tentang menjadi baik. Tak boleh itu, tak boleh ini. Hakikatnya, dalam hati kita, dah terselit satu prinsip yang harus semua orang baik ikuti. Ironinya, kita tidak lihat diri kita bersama prinsip itu. Apabila melihat orang lain yang kita kategorikan baik, kita langsung membuka kamus ‘baik’ dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu mereka patuhi dan menjadi skeptis dan kritis. Bila kembali pada diri, kamus itu disimpan jauh-jauh, seolah ia satu darjat ketinggian yang tak mampu dicapai selamanya. Baik itu hanya untuk yang terpilih sahaja.
“Tapi, Maddy. Kenapa kau jadi macam ni?” Latif bertanya sambil mengigit burger ayam ditangan. Maddy yang duduk disisi jeti sambil membelakangkan Latif hanya tersenyum buat kesekian kalinya.
Maddy:
Ikhlas. Bila diukur dimata manusia, selalu ada yang kurang. Kadangkala, kita langsung meragukan keikhlasan diri sendiri dalam berbuat sesuatu, sehingga terbantut untuk kita melakukan amal. Adakah aku ikhlas sedekah atau kerana dilihat orang? Adakah aku ikhlas membantu sibuta melintas jalan atau aku melakukannya kerana mahu dipuji orang?
Saat hati anda bergolak bergitu, Pejamkan mata dan tetapkan hati untuk ikhlas. Kemudian segera melakukannya. Saat ada yang mempersoalkan keikhlasan anda, kembali pejamkan mata dan tetapkan hati untuk ikhlas. Dan saat anda memulai suatu pekerjaan demi manusia, kembali jua memejamkan mata dan tetapkan hati untuk ikhlas. Moga saat itu – hanya detik yang kita ambil untuk pejamkan mata and kembali membetulkan niat – menjadi titik tolak untuk kita akhirnya berani untuk melakukan sesuatu perkara.
Kringg.. Kringg.
Latif memandang ke skrin telefonnya. Akhirnya. “Alonggg…” Najwa menarik telefon jauh dari telinganya. Ini apasal manja semacam nih? ”Apa… orang tengah Tarawih la tadi. Nak apa?” Latif mengangguk sambil menelan baki makanan dimulut.
“Takde. Tadi nak tanya something. Tapi lupa dah.”Latif mencebik. Burger kembali disuapkan kemulut. Najwa memandang jam dindingnya. Dahinya berkerut. Takkan la…
“Eh, Abdul Latif, kau… tengah sahur ke? Kau… nak puasa??” kini giliran Latif pula menarik telefon jauh dari telinganya.
“Ish, kak. Orang memang puasa la. Ingat orang budak kecik ke?”
“Yeah right. Like I just know you for like 2 years. Ni kenapa tetiba nak puasa ni?” Latif meneguk air yang berada disebelah kirinya. Sekilas dia memandang kearah Maddy yang masih makan sambil menikmati pemandangan tasik.
Aturan Allah memang cantik. Some people call it luck. But we call it fate. Ada sebab kenapa Along tak angkat call pada masa itu. Dan ada sebab kenapa he ended up meeting Maddy like this. Dia jua memandang jauh ke ufuk timur. Separuh dari hatinya berbisik memohon agak matahari akan terbit dari arah itu.
Latif:
Kebanyakkan orang melihat taubat itu datang dalam keadaan air mata yang melimpah-limpah. Atau sujud lama yang diiringi penyesalan berat dihati yang amat mendalam. Atau dalam bentuk perubahan pakaian sunnah dan istighfar yang keras sentiasa meniti dibibir. Namun, pada orang-orang keramaian, taubat tidak datang sehebat itu.
Ia hadir bersama sedetik penyesalan dan dikuti dengan segunung pengharapan. Moga dosanya diampunkan. Kemudian, dia kembali membuat noda. Dan taubat itu datang kembali. Begitulah ia silih berganti. Namun, bukankah dengan melakukan noda itu, akan datangnya rasa untuk bertaubat? Maka, dalam keadaan ini - meski tanpa taubat sehebat wali - bukankah aturan untuk aku jua adalah sebaik-baik aturan?
Pintu bilik terkuak. Najwa berpaling. “Aku dah masak untuk sahur. Nanti nak dekat subuh aku panggil kau.” Ija tersenyum.
Ija:
Dan Sabar. Itu adalah kunci utama. Dalam kehidupan seharian, kita akan bertemu dengan banyak keadaan yang menguji kesabaran kita. Ada yang dilakukan dengan sengaja tetapi kebanyakkannya datang tanpa niat. Boleh jadi sekecil-kecil perkara dimata kita, adalah sebesar-besar isu dipihak mereka. Maka letakkanlah diri anda dalam keadaan mereka dan kembali menganalisis keadaan.
Dan, sabar mempunyai banyak bentuk. Ada orang hanya mampu sabar tatkala hatinya senang. Ada orang pula, sabar apabila berhadapan dengan orang yang dsayangi kerana takut kehilangannya. Dan ada juga mereka yang sabar dan memujuk hatinya meskipun berhadapan dengan mereka yang menbencinya. Namun, sabar yang terhebat adalah sentiasa sabar untuk ikhlas dan taubat.
Ikhlas, Taubat dan Sabar. 3 perkara yang kita perlukan untuk bermula. Tanpa salah satu, kita akan terkandas ditengah-tengah kekejaman dunia dan mula berputus asa. Dan segala usaha yang kita lakukan menjadi sia-sia. Its not a one shot amal. Nope. It’s a life time act. So, they will be time where you losses your sabar and ikhlas, or forget to taubah. But then, when you remember, start again. If you don’t know when to start, why not now?
Wednesday, June 17, 2015
Past.Present.Future :Prologue
KRING. KRING. KRING.
Abah.
pftt.
Air mineral itu kembali diteguk. Pemandangan dari rooftop selalu begitu. Bangunan-bangunan megah berdiri seakan pokok. Hon-hon kereta seakan haiwan-haiwan yang menyalak, fighting with each other. dia merasa seperti dalam hutan. Telefon berhenti berbunyi. Sejenak kemudian, mesej masuk.
"Angah, balik sekarang. Kalau kau tak nak abah heret kau balik"
Air diteguk buat kali terakhir. Like you can. Beg dicapai. Botol yang telah kosong dicampak kebawah. Jam ditangan menunjukkan hampir maghrib. Maghrib.
"Oi ngah. no outing during maghrib okay? "
"and why is that?"
"you dont wanna hang out with a bunch of idiots yang kena throw out from the 'Coolest' house ever." Senyuman si tukang bicara ditarik manis.
Along.
"Abis tu, nak pegi mana?"
"Balik rumah"
"Yeah, like that gonna change anything. I'm not welcomed remember?" Bibir dicebikkan buat kesekian kalinya.
"Not this house. The other house. It has always been calling. 5 times. Always"
Huh. Langit ditatap kembali, kini dengan mata yang berair. Kakinya melangkah kearah anak tangga. Air yang ditakung dibirai mata akhirnya mengalir jernih dipipinya. Along, I wish you're here.
Dush..
Sekali lagi bola melantun dekat board. Nothing goes well today also huh?. satu keluhan dilepaskan. Dia pusing utk ambil bola. huh? sejak bila along ada kat situ?
"Along, baling bola tu jap.."
"Nope. Along nak main."
"Mana aci. Angah datang dulu. Plus you don't really know how to play."
"Are we talking about a bet 'ere? Haha, kalau along menang , hang nak bagi ape?"
"you're talking about the impossible. Still, sbb along insist. Along decide."
Bola dibounce berkali-kali. Satu senyuman diukir. bola dipegang kemas. 3 point, here I go!. Shoot. Score.
"3 points! haha. I win" Tudung arini hitam itu dibetulkan.
" Wow. haybat rupanya cik Najwa ni. Nak apa?" Im losing in bet too...
" hey ngah.." Najwa mendekat. Tangannya diletakkan diatas bahu adiknya.
" It never hurt to spill.."
"Angah! pukul berapa dah ni? Kamu dari mana?" Pintu rumah ditutup. Dia terus melangkah menuju ke tangga.
"Masjid..."
"As if i don't know you well.. Apa nak jadi dengan kau ni? Balik malam-malam, entah kemana hala kamu pergi pun Abah tak tau.. " Abah with his perspective. kakinya lesu melangkah menapaki anak tangga yang pertama. Langkahnya diteruskan.
" Well young man, learn to behave or no more dinner for you." and here comes Mak with her threat.
"Abdul Latif, kamu dengar tak apa yang kitorang cuba sampaikan ni?" Langkahnya diberhentikan.Muka kedua orang tuanya dipandang sekilas. Rabbi fighli dzunubi waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira.
"I'm off to bed. Angah tak nak makan. Sweet dream mak, abah." Why is it so difficult to trust your only son? Why is it so difficult to trust me?
" Angah,hang dah besar nak jadi apa?"
" Along, people like me mane ade ambition. We live to have fun"
" clarify people like me.."
" Hmm. tak pandai. always fighting. rempit. skipping classes. Prety much sampah masyarakat."
" Well, we can work on that"
" Work on what? Bukan mudah nak berubah jadi pandai, jadi baik. Even kita try pun, orang tetap akan label kita sebagai sampah masyarakat. Along tak tau. Along tak pernah rasa..."
"Woa Woa chill! Along maksudkan your ambition not your attitude. Im not gonna work on your attitude." That smile. Untuk aku ke?
"Well? org tanya die punya ambition dia mengelamun pulak. Kalau tak pikir lagi pikir cepat-cepat. Ok?" Along bangun. baju ditepuk untuk menghilangkan debu. Mengeliat.
"Along nak chow. Nnt bila-bila takde tempat nak lepak, datang la sini. No one knows I guess. Bising siket, But I prefer my own company. Bye ngah" Along mula berlari ke arah tangga. Kalau tak sekarang...
"Angah... nak jadi.. Doktor.. I think." Langkah Along terberhenti. Matanya terbeliak. Dia masih lagi membelakangkan angah. Angah mula berdiri.
" Angah tau, it might sound absurd. But still, I want to try" Angah menggengam tangannya. Im not backing off. I'm not gonna run away. Not this time. Matanya dipejam rapat. Kepala ditundukkan.
"then.. Along tunggu."Matanya dibuka.
"Sebb, Along tau you'll succeed. Sebab Along tahu you'll come. Sebab.." Along memalingkan badanya kearah Angah. Huh? Along nangis.
"Along percaya dekat Angah."
Air mata yang tak berhenti mengalir dikesat kasar. Dia mengalihkan badannya kebelah kiri. Sisi selimut diparas dada dipegang kejap. kemas. yakin.
that's it. One word. Percaya.
Tak ramai yang sedar it need to be said. It just a mere one word anyway. But true enough, it did changes someone's life. It changed Angah's life. It's gonna be a long story. Its just the beginning.
Its a story of two siblings. Along and Angah. Their past. Their future. Their present.
Wednesday, May 6, 2015
Perlukah peluang kedua untuk Nur Fitri Azmeer?
Things are getting heated with pedophile issue of Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 of London Imperial Collage. He was caught with a life-sized mannequin of a boy with 30,000 extreme picture and video of child pornography. He was then sentence for 5 year jail. But, there are those that believe in his second chance. Possibly because he’s a math genius and it’s a waste of skill and knowledge. But there are almost 2000 people sign the petition demanding MARA to not give him the second chance.
So? Should he be given a second chance?
Kisah sang Pembunuh
Sebelum pergi jauh, izinkan saya bercerita tentang sebuah kisah popular. Kisah seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang dan mahu bertaubat dan kembali kejalan yang sebenar. Maka dia berjumpa dengan seorang ahli ilmuan zaman itu sambil menceritakan perbuatannya sambil bertanya – adakah lagi pengampunan baginya? Beliau membalas tidak. Lalu ahli ilmuan itu dibunuh, melengkapkan bilangan orang yang telah dibunuh menjadi 100. Kemudian dia berjalan lagi berjumpa ahli ilmuan kedua dan menceritakan perkara yang sama. Namun jawapan beliau berbeza. Beliau berkata “Ya. Taubatmu akan diterima. Tapi kamu harus pergi ke suatu kampung dan bertaubat disana.”
Maka berangkatlah sang pembunuh kesana. Namun, dalam perjalanan ke kampung itu, Dia meninggal dunia. Maka berebutlah 2 malaikat – malaikat rahmah dan malaikat azab – untuk mengambilnya. Masing-masing mengeluarkan hujah bahawa mayat itu milik mereka. “Dia telah bunuh 100 orang dan mati sebelum bertaubat. Memang seharusnya dia kembali ke neraka” kata malaikat azab. “Tapi, dia telah berniat untuk bertaubat dan dalam pejalanannya dia meninggal. Seharusnya dia diambil oleh ku dan dimasukkan ke syurga” kata malaikat rahmah.
Allah kemudian menyelesaikan masalah itu dengan menyuruh kedua malaikat mengukur jarak antara mayat itu berada dan kampung yang bakal dia pergi dan membandingkan dengan jarak perjalanannya dari rumah ahli tadi. Dia kemudiannya diambil oleh malaikat rahmah ke syurga kerana jaraknya ke kampung untuk bertaubat itu jauh lebih dekat.
Masih Ramai Lagi
Saat saya pertama kali mendengar kisah Nur Fitree Azmeer, saya langsung terfikir. Selama saya lihat ramai-ramai mengikuti kisah ini, hanya ada 2 jenis manusia. Satu, mereka yang mengharapkan beliau mendapat peluang kedua – dan sebaliknya. Tapi, antara mereka ini, mungkin adakah mereka yang menyembunyikan aib yang sama seperti beliau? Atau mungkin ada antara mereka yang mempunyai aib besar yang lain seperti pernah jual anak atau mengamalkan sex bebas? Orang- orang seperti mereka ini saya langsung tertanya – apakah reaksi mereka?
Saya membayangkan wajah risau mereka andai aib mereka dibongkar, lalu berusaha untuk membuang segala keburukan yang mereka ada. Ataupun, mereka berhenti seminggu akibat kegelisahan – membayangkan apabila tiba pula saat mereka. Atau – ada antara mereka yang hanya ketawa ‘padan muka’ sambil yakin mereka takkan terkena. Atau mereka turut serta jadi antara 2 manusia diatas – menunding jari yang satu membincangkan isu orang lain sedang 4 jari berbalik kearah mereka.
Atau mungkin – ada dalam kalangan mereka, dengan penuh pengharapan scroll halaman muka buku melihat kalau-kalau mereka – juga punyai peluang kedua.
Membayangkan situasi ini – saya mohon akan pentingnya peluang kedua. Kerana saat isu ini berlaku – saya yakin hikmah terbesar bukan hanya dari sudut masyarakat Malaysia yang bersyukur tertangkapnya satu penjenayah berpotensi yang mungkin memusnahkan masa depan anak-anak dan adik-adik kecil kita, tapi juga sebagai salah satu peluang kedua untuk Nur Fitree Azmeer dan mereka. Peluang kedua untuk saya juga.
Persoalannya, peluang kedua untuk apa?
Taubat.
Tersebut satu lagi kisah. Ada seorang dari bani Israel - seorang pendosa. Oleh kerana perbuatan yang dia lakukan itu terlalu teruk, terlalu buruk - maka keseluruhan ahli bani israel itu mengambil keputusan untuk mengasingkan dia, dan membuang dia dari kampung itu. Tanpa makanan dan tempat tinggal, pendosa itu keseorangan lalu meninggal. Maka Allah kemudiannya berpesan pada nabi zaman itu " Salah satu dari hamba kesayangan AKU telah meninggal. maka pergi uruskan jenazahnya dan sampaikan kepada orang kampung - barangsiapa yang sembahyangkan jenazah hambaKU itu - maka dosanya diampunkan"
Maka, berlari-larilah penduduk kampung untuk menyembahyangkan beliau. Alangkah terkejutnya mereka melihat lelaki itu adalah lelaki yang sama mereka buang dari kampung itu. Maka diceritakan kisah beliau kepada nabi tersebut. Nabi tersebut kemudian kembali bertanya kepada Allah.
Allah kemudian menjawab - "Dalam keadaan keseorangan dan menanggung malu, dia merasa kerdil. Tanpa kawan atau saudara, dia menjadi semakin lemah kerana kehilangan tempat bergantung. Dan pada saat itu, dia kembali dan berpaling kepada AKU. Dia menghadap AKU sambil berkata "wahai Tuhan, andai dengan menghukumku kekuasaaanMU akan bertambah, dan mengampuniku kekuasaanMU akan berkurang, nescaya aku tidak akan memohon ampunanMU. tapi oleh kerana dengan mengampunkan aku kuasa KAU tidak akan berkurang dan dengan menghukumku kuasa KAU tidak akan bertambah - maka ketahuilah sesungguhnya aku tiada tempat untuk kembali selain kepada ENGKAU. Maka ampunkanlah aku."
Allah kemudian menyambung - " Dia terlalu asyik dengan taubatnya, terlalu berharap dengan permohonannya sehinggakan dia hanya berdoa untuk dirinya sahaja. Andai kata dia mintak ampun untuk seluruh manusia dimuka bumi sekalipun, AKU bersumpah dengan kekuasaanKU dan kebesaranKU, aku akan ampunkan kesemuanya."
That... is the power of repentance.
Peluang kedua.
Melalui kisah pertama dan kedua, saya yakin Nur Fitree Azmee juga layak untuk peluang kedua. Kenapa? Kerana segalanya belum berakhir sehingga sampai ajal kita. Boleh jadi pengakhirannya jauh lebih baik dari saya dan kamu – malah saya jauh lebih cemburu Allah menyusun kebaikan khusus untuknya dengan menyelamatkan dia dari terus- terusan berada dalam jerumus noda dan dosa. Mungkin Allah membuka aibnya didunia untuk memberinya kesempatan untuk dimuliakan darjatnya diakhirat. Dan jauh lebih pasti, setiap bait-bait penyesalan, kata-kata taubat atau bibit-bibit perubahan yang terhasil dari mana-mana hati yang ikhlas kerana isu ini turut diganjarkan pahala kepadanya! Alangkah beruntungnya seorang Nur Fitree Azmeer. Diberi peluang kedua dan diganjari pahala. Itu belum mengira doa-doa mereka yang sentiasa dibibir mendoakan beliau.
Namun harus saya tekankan peluang kedua yang saya perjuangkan ini bukanlah dalam bentuk keringanan penjara atau sambung belajar di universiti tempatan usai hukumannya selesai. Justeru dalam hal itu, saya jauh lebih cenderung menerima cadangan petition supaya hukuman itu dikekalkan dan peluang kedua itu hanya diberikan selepas sesi kaunseling dan hasil yang memuaskan. Saya juga menyeru pihak yang lebih arif dan berpengalaman untuk menyusun sebaiknya supaya masalah ini selesai – bukan hanya kerana potensi atau perasaan simpati kepada beliau.
Tetapi peluang kedua yang saya maksudkan adalah peluang untuk membetulkan kesilapan. Juga peluang kedua untuk memdapatkan kasih sayang dan perhatian secukupnya dari kita. Serta peluang kedua to be a better dia and kembali kepada Allah dengan sebaik-baik pengakhiran. Jangan hukum dia dengan mata yang jijik dan skeptis. Yang perlu dihukum perbuatannya, bukan orangnya. Thats why for me - he deserve the punishment. and he deserve a second chance.
I don’t know him enough to say he’ll change, that’s for sure. But I do know what ever Allah plan, HE plan it well. And because I’m a human too, like you and him – I can’t tell the future. Of him. Of you. Of me.
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَّطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik mereka yang bersalah adalah yang bertaubat
Buat Nur Fitree Azmeer Nordin, dan kita semua,
Let’s repent and seek our second chance.
May Allah fares us all better.
p/s - its a personal opinion. I'm not saying I'm right. and I'm not saying it as a fact or should be taken as a must. It's a mere voice of hope that comes within. other than that, Wallahu 'Aalam.
Tuesday, March 17, 2015
I never did.
Masa lahir sampai ke 6 tahun,
I keep on playing around dengan kengkawan.
Besar siket,
Sekolah habis dekat maghrib sbb ada extra koku,
Sabtu ahad selalu takde kat rumah,
Malam2 duk tidur melangut.
Then UPSR. And SMAPL.
Yang duduk pergi balik datang tengok sbb homesick,
Yang duduk hantar makanan,
ambik outing time stress,
Yang duk beli barang asrama.. Mereka la.
Tapi,
masa lapang lepak dengan kengkawan.
Masa happy main basket.
Then SPM. Then PLKN. Then... EYGPT.
Balik time summer, ended up duduk depan laptop.
Kurung diri dalam bilik, read novels and books.
Duduk semangat beraya rumah kawan.
Duk semangat mintak nak keje, nak jalan ngan kawan.
I think so. I never did.
I never did cook for them.
Never did hear their stories and pain of working.
Never did stay and listen to their point of view.
"Ayah kerja keras, sampai laporan dibawak ke rumah" abang sulung aku memulakan perbualan watsapp kami. Huh?
"Maksudnya?"
"Ni tengah tengok cite, tetiba dengar suara dari belakang. 'Mintak kamu hantar laporan overhead' mngigau bagai." Adik aku pula menyambung sambil menulis hahaha.
Aku terdiam. Takut ayahku terasa dengan gurauan mereka.
"Hahaha. Ayah nafi kata dia ngigau. Dia nak test tengok kitorang peka ke idak"
Aku tersenyum.
Yeah. I never did.
Sepanjang 3 tahun aku dekat sini, aku jarang sekali skype @ facetime dengan ummi ayah.
Not that I don't want to. Or I didn't have time.
It just.. I don't know what to say. I'm not a sweet talker. I'm just good at write things down. Depan-depan segan.
Huh. Take a deep breathe.
Ada orang tanya aku, agak-agak aku kahwin muda ke?
I said, kalau dah jodoh, can't say anything tapi kalau aku diberi pilihan - No I'm not gonna kahwin awal.
Bukan sebab I'm still not a good cooker. Atau sbb I still ended up eating maggi in between meals.
Atau bukan sebab aku nak persue one of the longest perjalanan ke arah neurology, nor sebab I wish to learned a lot of languange and history throughout my student year.
Tapi, because I never did.
Become a good daughter to my ayah and ummi.
And be with them in time they need me the most.
Walaupun letih bekerja, they still balik dengan senyum and layan lawak bodoh dan cerita basi kitorang on tv shows and dramas.
Walaupun terkadang terasa, diorang yang ended up mintak maaf kat diri diorang sendiri bagi pihak kitorang.
More than anything I want,
I really wish..
"Ya Allah, ampunkan dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku, dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecil."
Moga sentiasa bawah jagaan Allah.
Duhai Ummi dan Ayah terchinta.



