Tuesday, September 3, 2013

A DREAMER

this is a story of a dreamer.
That almost quit.




Di hari permulaan
Suatu pertemuan
Merancang pelayaran disulam keazaman
Berbekal kecekalan dan impian
Mengemudi bahtera merentasi samudera
Mengejar cita-cita satu hasrat terpendam
Seiring pengorbanan dan harapan


Masa kecik-kecik kita selalu terbayang apalah kita nak jadi. Aku pernah terfikir nak jadi pilot sebelum mata aku rosak and i have to wear spectacles. aku jugak penah terfikir nak jadi cikgu but I dont think I'm matured enough. Aku jugak pernah terfikir nak jadi engineer tapi.. well let just say it didn't work. Walaupun impian aku berubah-ubah, azam yang datang setiap kali aku decide nak jadi apa tak pernah berubah. We always have this optimist thinking that what ever happen, what ever I'll be one day, Its gonna work well.

cause I'm a dreamer. The dreamer.

Kita merancang dan merancang sehingga hati kita tetap pada satu impian. kita berusaha. bertekad. berazam. Kita mula mebina masa depan kita. kita mula merancang pelayaran. Untuk merealisasikan impian itu, ada diantaranya mempuyai jalan yang sangat panjang. maka sepanjang perjalanan itu, banyak perkara yang harus dikorbankan. banyak perkara yang harus ditinggalkan. keluarga, masa lapang, keseronokkan semuanya seperti ditarik satu persatu.

But I'm a dreamer. the dreamer!

Walau ribut walau badai yang melanda
Kan diharungi dengan tabah rela..

So we vowed. redah aja. Aku nak jadi doctor and I will be. Masa tu datang la sgala dugaan ke, badai ke, kritikan ke. Inila impian aku. Peduli apa orang kata susah ke, result tak cukup bagus ke.. At this moment, I feel confident. Kenapa kita yakin? kenapa walau apa pun pesan orang, kita tetap dengan impian kita?

Yup, cause We are a dreamer. and a dreamer never quit.

Then come this moment. Bila suddenly kita down. result tak bagus, biasiswa tak dapat, exam tangguh pulak..

And all of the sudden, Its become heavy for us. Kita rasa tak boleh buat lagi. this course is not suitable for me.. Banyak sangat kena hafal, stress, masalah roomates yang tak sekepala. and you're thinking to change course. You quit.You stop becoming a dreamer.

Kenapa? Kenapa? What changes?

Ini semua sudah suratan Ilahi
Hadapi dengan sepenuh kenyataan

gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. I know its easier said than done but look. Segala pengorbanan. segala impian. segala usaha. nak disiakan begitu saja? You've got this far. semua kritikan, semua badai, semua dugaan that you've been through hanya utk this dream. Impian ini! Cita-cita ini! You are surely better than you think you are.

Biar apapun dugaan
Kita jadikan panduan
Agar tidak kalah dipertengahan pelayaran
Semoga dapat diteruskan perjuangan

Pelayaran ini belum tamat. Aku juga hampir berpatah balik sehinggalah aku tersedar. Aku tak bleh patah balik. Kita tak boleh patah balik. we are gonna move on and achieve this deam. Cause We are a dreamer. and a dreamer never quit.

Berarak kabus pagi
Terserlah sinar suci
Keringat yang tercurah
Terbalas sudah..

Hey guys, Be a dreamer. sebab apa-pun yang terjadi, it will work well..






Sunday, June 16, 2013

Replicate. Transcript. Translate.

Listening to old songs while screening Histo.

(English) Waving Flag, Keep holding on.
(Korea) Dream High, Spread the wings,
(Melayu) Jatuh, Drama King.
(Nasyid) Setanggi kasih, Bersama.

Too many song we can enjoy. Too many song that we can sing. even kiroro's best friend and Blood + opening song. even Jaane nahi mere tuhje from 3 idiot. Cause its inspiring. Cause its beautiful.

but why Locked out from heaven? Moves like jagger? Berdua bersatu? Lucifer?

Berapa ramai orang yang taqlid because its a song that everyone knows and like?
dan berapa je people yang in everything they do and they like, they reasoned themself?

At the end, its not only on songs. On every single thing in their life.

On tarbiyyah.

"Ustazah aku cakap pegang babi tak pe."
"pendapat kau tak betul. kau dah sesat nih. Aku dulu dari sekolah agama tak tau pun?"


On studying..

"woi joe, nanti kat PALAM ajar-ajar la aku siket. Ko kan pandai. Straight A student kut" Paie menepuk bahu Joe.
"Haah, Pastu kita leh apply amik medic sesama. Nanti time HO, kita kumpul satu Hospi. Boleh backup member yg kena buli." Kata zahir pula sambil ketawa.
"Guys,aku tak join korang kut. ayah aku suruh study kat Ireland. Promosing future katenya" Joe tersenyum pahit. Promosing future for his carrier.
"Well, your father made a great decision then. He knows you best kan? Paie membalas kelat. Joe mengeluh.


and On dreaming...

"Sha, tahniah dapat straight A!memang jjang la kau. Nanti, masa ko jadi cikgu mesti budak-budak tu suka kat kau. Kau hebat."
"I'm Not"
"Ko memang hebat la. ko kan..."
"Not that. Im not taking ed. Im taking engine. my mum says membazir usaha aku selama ni kalau aku just nak teach budak-budak." Dalila tersentak.
"Why? You said you like dealing with human more than machine.."
"not my mum." Sha tunduk. Air matanya hampir mengalir. How hard it be for you to understand my feeling, mum?


At the end,
Aku terfikir,
Aku taqlid jugak ke?
Aku follow membabi buta ke?

My solat, my study, my ukhuwah, my exam.
Aku buat sebab apa?

Mase aku scroll lagu, aku perasan.
Banyak je lagu yang aku dengar tapi aku tak tahu maksud dia apa. ( esp those korean song ^^)
Banyak je lagu yang aku dengar sbb morphology dia menarik padahal buat necrosis dekat heart.
Banyak je lagu yang aku dengar rupanya reducing substance. reducing iman.

Throwing out. Prepare transport vesicle. sending nerve impluse to CNS.
Ready to replicate new DNA.
and start transcrip and translate.

need p53 "the Guard."
to Fiter songs, and trigger apoptosis to those that bring severe damage.
and Screening myself. to replant 10 muwasafat tarbiyyah.
May Allah bless.

Wednesday, May 22, 2013

Surat Untukmu

Sahabat, ko coretkan sebuah warkah untukmu,
dengan setulus ikhlasku.

Aku tak pandai berkarya, apatah lagi bermain bicara,
Setiap coretan diiringi dengan air mata,
Setiap bait kata ku iringi dengan doa,
Agar kau dapat selami isi hatiku, agar kau tahu niat baikku.

Bukan mudah untukku menulis warkah itu,
Kerna terlalu sulit perkara yang kita bincangkan,
Namun aku terlalu kasih akan mu,
aku terlalu risaukan keadaanmu.

Seketika hati aku meronta,
benarkah aku ingin berterus-terang denganmu?
Mungkinkah kau akan menjauh dariku?
Berkali-kali aku mengundur sendiri,
mengira-ngira untuk tidak mengirimkan warkah itu,
Tapi aku tahu, Sudah tiba masanya.

Jujur aku takut, jujur aku khuatir,
kerna sendiri itu perit.

Sahabat, andai nanti kau buka warkahku,
Ku harap masih ada lagi 'kita'
Ku harap masih kekal lagi 'selamanya'


Ya Allah berikkan ku kekuatan!!! T_T





Monday, May 13, 2013

Kuasa Allah~

Sila sebut Alhamdulillah sebelum membaca.. Sekurangnya, anda masih ada nikmat hidup, nikmat melihat, nikmat menaip dan nikmat akal untuk membaca post ni ^^


Alhamdulillah..

Betul- betul kuasa Tuhan. and Im really grateful.

Hari ini ada exam. Bagi a non-liker-histology macam aku of course its a nerve-wreking. memang cuak tahap kalau skipping 100 kali pun x hilang~ Buku histo tu dah macam Ayam goreng KFC yang dah dicarik-carik oleh cik su dengan muka comelnya.. Kalau ikutkan hati tak merasa sup ayam semalam. Sup HISTO. Tapi, cantik je Allah pesan "bende yang kamu benci tuh, x semestinya buruk untuk kamu"

Of course la. dah tersungkur cuak macam nie baru nak bersujud. Baru nak scanning cari wireless nak reach Allah. then doa keluar air mata darah, mintak lepas tahun. Yang kamu benci ni lah, yang selamatkan kamu. Kalau tak? Sila lastik diri sendiri.

Aduh. Biji getah tepat kat kepala.

Tapi, time-time crucial macam nie la biasanya konflict datang. My friend's problem. Responsibility lain yang aku tak dapat elak. Aku x dapat focus, and aku rasa tak cukup masa. Jujur kalau ikut hati, aku abaikan responsibility tu. Aku biarkan masalah kawan aku.Tapi, aku percaya dengan rahmat Allah lebih tinggi dari usaha aku. Sehebat-hebat perancangan aku, Perancangan Allahkan mengatasi perancangan hambanya?( even aku ikut pomodoro technique sekali pun ^^).

Allah bersama dengan sangkaan hamba-Nya bukan?Yakin Allah permudahkan. Yakin dengan rahmat Allah. Drawing aku prepare siket je.. Aku harap yang keluar sama ada AORTA atau medium sized artery.

Jadi pagi tadi, aku datang kelas dengan semangat. Aku nak habiskan exam ni secepat mungkin. Tapi kan aku dah cakap, perancangan Allah mengatasi perancangan hambanya? Unexpectedly, aKu tertinggal gerabak. Dont ask why, Don't ask how, yang penting, dipendekan cerita, aku kena ambik exam dengan bebudak arab. Ok, muka aku tenang hakikatnya panik habis~ Firstly, sebab aku tak belajar arab pasar. Second, I learn medic in English. Third, I'm alone.

Yang third tu bunyi macam menyampah siket, tapi itulah hakikatnya.

Aku makin cuak, makin risau. Aku tak rasa aku mampu seorang. Tapi aku silap. aku tak pernah seorang. Kita tak pernah seorang. Hakikatnya bila kita terlalu bersandar pada manusia, kita lupa ada pada Tuhan segala sandaran. Bila kita terlalu mengharap kepada sokongan dan dorongan manusia, kita lupa pada Tuhan segala sokongan yang Maha Kuat, Maha Mendengar. Bukankah Allah itu dekat?

Aku tenangkan diri. Aku masuk dewan exam. aku baca bismillah. Aku dapat Aorta.^^


Bila aku recheck dengan member lain, diorang dapat soalan lain. Kan cantik Allah susun?

Ujian ini. Allah susun agar aku lebih ikhlas dalam menuntut ilmu, melaksanakan tanggungjawab dan bersahabat. Allah ingatkan aku untuk kembali bersandar kepada-Nya dalam apa jua urusan. Allah membenarkan sangkaan hambanya yang benar-benar berharap. Allahlah yang Maha pengasih lagi Penyayang~

Selalu duk baca surah Ad-dhuha, hafal tak pernah terfikir nak install tafsirnya dalam hati.


Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

T_T Terkadang Rahmat Allah yang kita duk rebut-rebut, duk cari-cari terlalu banyak sehingga mata kita hanya nampak dikala ujian je. Dan bila aku kenang kembali, berapa banyak nikmat Tuhan aku yang aku benar-benar zahirkan tanda syukur??

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Tuesday, April 9, 2013

Aku nak Kahwin!!

FINAL IS NEAR...

Krik krik krik..

Masa-masa macam ni lah winduu Malaysia tu datang. siap cadang macam-macam dah bila balik nanti. nak balik jenguk SMaPl la, nak drive around Putrajaya la.. padahal Exam dekat roundabout je kakak~ Ada around 10 books yang kena revise, not to mention the small-not-so-easy-radiology-anatomy. Time-time macam ni la rase macam nak ada kawan nama Nicotinamide Adenine Dinucleotide la, pseodostratifiedepithelium la, flexor hallucis longus la..

Tapi, tengah-tengah kerisauan imtihan dunia ni, macam tetiba terpikir imtihan akhirat. Dah bersediakah aku?

Balik dari kelas hari ni, baru terasa nak screening dinding. Punyalah lame bertempek kat dinding tu buat hiasan je. Usha punya Usha nampak 10 Muwasafat Tarbiyyah. Screen satu satu, macam tak sempurna semuanya. Fardhu Muslim pun tak lengkap lagi. 2 3 hari nie duk tengok kengkawan aku post pasal kawin je memanjang. kita kena bersedialah, jodoh tu datang bila-bila lah, jodoh kat tangan tuhan la.. bla bla bla.



Aku sampai nak declare aku jumpe penyakit baru walhal aku doctor pon blom lagi..
Name-Kahwin syndrome.
Origin-Malaysia.
Age Target- 19 years old and above.
Cause- Entering adult phase, lack of love, attraction towards d opposite.. others yet to be discover..
nyudahnya ngan aku-aku terpalit sekali. segala ikhtilat dah bercampuk aduk, segala qudwah dah jadik negative, dan aku rasa macam nak apoptosis. ok, sila bawak bertenang.

Semangat aku tengok post-post cintailah-aku-kerana-Allah di dinding-dinding muka buku aku baru-baru nih. sampai tenggelam poster- poster jom ke kuliah, salam imtihan, selamat bermujahadah..

Cinta itu fitrah kawan, kerna dari cinta, adanya kasih sayang, adanya keikhlasan adanya kemanisan. Kan cantik tu? dan kita memang suka benda-benda yang cantik-menarik-tertarik nih.

Tapi canner nak buat masjid yang cantik kalau batu marmar pun takde? Macammana nak naik baitul muslim kalau fardhu Muslim pun entah ke mana?



Memang boleh bina pakai batu bata, kalau nak buat surau batu 5. Aku nak bina Masjid Jamek. Masjid Krystal. Masjid Besi kat Putrajaya tuh.

Sebab kahwin bukan setakat You-and-Me-forever-and-ever. Its about Bina Masjid. Bina masjid sebab kahwin nie lah satu cara kita sambung syiar Islam. A whole new way of da'wah. Tapi kalau bina masjid buat tempat R&R, tempat buang air buat apa?? SIA SIA!



Oleh tu kengkawan, dari persiapkan orang lain yang nak kahwin ngan kita,( yang duk post-post kat fb pasal tutup aurat untuk yang istimewa la..) Jom persiapkan diri. Allahkan dah janji lelaki yang baik untuk permpuan yang baik?

so, perempuan yang sempurna 10 muwasafat tarbiyyahnya,mumtaz, menjaga dirinya pastu akan dapat lelaki yang sama...

Aku yakin!!!

#Jom berusaha dapat mumtaz! Jom berusaha lengkapkan muwasafat Tarbiyyah.