Tuesday, March 17, 2015

I never did.


I think, I never did.


Masa lahir sampai ke 6 tahun,

I keep on playing around dengan kengkawan.

Besar siket,

Sekolah habis dekat maghrib sbb ada extra koku,

Sabtu ahad selalu takde kat rumah,

Malam2 duk tidur melangut.


Then UPSR. And SMAPL.


Yang duduk pergi balik datang tengok sbb homesick,

Yang duduk hantar makanan, 

ambik outing time stress,

Yang duk beli barang asrama.. Mereka la.


Tapi, 

masa lapang lepak dengan kengkawan.

Masa happy main basket.


Then SPM. Then PLKN. Then... EYGPT.


Balik time summer, ended up duduk depan laptop.

Kurung diri dalam bilik, read novels and books.

Duduk semangat beraya rumah kawan.

Duk semangat mintak nak keje, nak jalan ngan kawan.


I think so. I never did.


I never did cook for them.

Never did hear their stories and pain of working.

Never did stay and listen to their point of view.


"Ayah kerja keras, sampai laporan dibawak ke rumah" abang sulung aku memulakan perbualan watsapp kami. Huh?


"Maksudnya?"


"Ni tengah tengok cite, tetiba dengar suara dari belakang. 'Mintak kamu hantar laporan overhead' mngigau bagai." Adik aku pula menyambung sambil menulis hahaha.


Aku terdiam. Takut ayahku terasa dengan gurauan mereka.


"Hahaha. Ayah nafi kata dia ngigau. Dia nak test tengok kitorang peka ke idak"


Aku tersenyum. 


Yeah. I never did.


Sepanjang 3 tahun aku dekat sini, aku jarang sekali skype @ facetime dengan ummi ayah.

Not that I don't want to. Or I didn't have time.


It just.. I don't know what to say. I'm not a sweet talker. I'm just good at write things down. Depan-depan segan.


Huh. Take a deep breathe.


Ada orang tanya aku, agak-agak aku kahwin muda ke?

I said, kalau dah jodoh, can't say anything tapi kalau aku diberi pilihan - No I'm not gonna kahwin awal.


Bukan sebab I'm still not a good cooker. Atau sbb I still ended up eating maggi in between meals.

Atau bukan sebab aku nak persue one of the longest perjalanan ke arah neurology, nor sebab I wish to learned a lot of languange and history throughout my student year.


Tapi, because I never did.

Become a good daughter to my ayah and ummi.

And be with them in time they need me the most.


Walaupun letih bekerja, they still balik dengan senyum and  layan lawak bodoh dan cerita basi kitorang on tv shows and dramas.

Walaupun terkadang terasa, diorang yang ended up mintak maaf kat diri diorang sendiri bagi pihak kitorang.


More than anything I want,

I really wish..

"Ya Allah, ampunkan dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku, dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecil."


Moga sentiasa bawah jagaan Allah.

Duhai Ummi dan Ayah terchinta.




Thursday, November 20, 2014

That call

Kring... Kring..

Jam dinding biru laut dikerling. Orang mana yang call jam 1 pagi ni?

"Hello?" Sambil menyelak buku 'Kite Runner' karangan Khaled Housseini ke muka surat seterusnya."Hey." D berhenti. That voice..

Suasana terasa diam seketika.

" how are you.. Ehemm... Adapting?" Air mata D laju tumpah tanpa suara. 

"Heh. Rasanya sampai habis you're not gonna talk. So just listen." suara disebelah sana kedengaran serak basah. Sebak juga barangkali.

" I know a lot had happen. Dan semua tu.. A lil bit overboard, rite? Yea, I know" suaranya semakin tenggelam.

"But gurl, kalaula masa tu milik kita, maka  pasti kita akan undur masa when we've done wrong dan ubah - but we'll never learn. Kalaula I'm born wiser, maybe aku takkan pernah menyesal dan takkan pernah become better. Its a process of growing." Saat itu masa seperti terhenti. Tiada kereta yang lalu atau bunyi bising hatta bunyi jarun saat sekalipun. Sunyi.

"Tapi... Ehem.." Air mata orang sebelah sana seperti sudah mula mengalir. "Tapi.. Throughout that process, I've ended up leading you tangled... And for that I'm sorry" D mula teresak. Tangannya mengatup laju mulutnya sebelum mengeluarkan apa-apa suara.

"Tapi, diorang cakap you've changed. Totally. And for surviving by yourself, You gurl, are a winner. Dan aku tahu je noth I say will change anything, nor help you - tapi ni mungkin la kali terakhir we'll ever talk. Dan aku harap la.. Kut kau nak halalkan segala hak-hak yang kau boleh tuntut kat aku. Coz somehow.. Heh.." 

Diam seketika.

"Its not easy to survive by urself eh?" 

Tut.. Tut..


Air mata D mengalir sepuasnya. Tiada kata yang mampu menggantikan rasanya . Sedih, marah, takut, terharu, simpati - segalanya bercampur baur.

Laju langkahnya ke tandas. Air wudu' diambil dengan penuh penghayatan. Sujud dilaksanakan penuh emosi.

People once said - its too cliche talking about changing nowdays. Semua orang yang hebat2 usually have that dark side of story that push them beyond ordinary. 

Tapi, those extraordinary people - its not many. Sebab tu kita panggil extraordinary. Dalam 1000 orang yang sesat, boleh kira dengan jari berapa ramai yang dapat cari jalan pulang. Most of them ended up buried dalam tanah tanpa mendapat hak dakwah mereka dari kita. And a lot of them, they actually live among us.

Seeing them strunggling to survive.. I'm starting to wonder. Mudah je sebenarnya jalan hidayah yang Allah susun - dan yang aku rasa berat sangat - berbanding mereka. Dan their effort to change for better.. Its mindblowing.

Them..
Utk hak-hak yang dia minta halalkan,
Hak-hak dakwah mereka yang tak tertunai pula bagaimana?
Atas kepimpinan mereka yang membawa kita sesat di dunia fana,
Atas kelalaian kita yang membantutkan mereka dari syurga yang kekal selamanya - itu pula?
atas nama persahabatan yang terbina dibina atas dosa dan noda mereka memohon maaf dengan bersungguh,
Atas nama ukhuwah yang  dicanang-canangkan, kita lantakkan mereka terbuai mencari cahaya tanpa arah tujuan - baikkah kita?


Syurgakah akhirnya kita ini?


Thursday, September 25, 2014

A long~~long fight.

End of summer.

Through out the year it has been a very long fight.
Struggling to control oneself, Is easier said than to be done.

Everyday's a battle.
One day we won, and other time we lost. And going through those times,
I cried a lot.

Strange, isn't it?
When you struggled the most,
Against no one but yourself?
They said when you fall down 1000 times, you'll stand up 1001 times..
But it doesnt mean that you'll never fall down again, right?

Maybe you gonna fall down another 1000, or 10000 or even 100000! 
Won't it be a long - long fight?

So, next year..
It going to be painful too.
Its gonna hurt - maybe even more - than before.
Therefore Allah, will YOU watch over me?
Will YOU stay with me even though I waver?

I knew I'll fall down.
Instead of helping me up,
Will YOU watch me so I wont stay down?
So I won't give up...




Tuesday, July 15, 2014

Kenapa join Jemaah?


Pernah ada yang bertanya "kenapa join Jemaah?"
Masa itu aku jawab " sebagai jalan dakwah aku." 

Aku sedar dalam dunia ni ada banyak yang aku tak setuju.
Ada tu kerana terang-terang melanggar syariat Allah.
Ada tu kerana dalam perlaksanaannya mengikut syariat, dia menggunakan cara dan jalan yang salah.
Ada tu kerana perlaksaan syariatnya cukup banyak, namun tanpa dalil atau sunnah.
Dan ada itu sempurna syariat serta cukup dalil dan syaratnya.. Namun tiada ikhlas dari jiwa.

Ya.
Mungkin dalam lagak gaya aku juga ada tergolong dalam keaadaan diatas.
Dan aku pohon pada Allah, moga saat aku hampir menjadi salah satu dari bahagian itu,
Allah ketuk aku agar kembali menilai tahap ibadahku.
Allah tegur aku melalui hambaNya yang sentiasa jaga dan taqwa.

Maka aku cuba menjadi 'hamba' itu,
Insan yang sentiasa jaga dan taqwa.
Dan menegur mereka-meraka yang sepertinya lalai seketika.
Maka aku cuba menjadi 'hamba' itu,
Insan yang menolong agama-Nya.

Kerana dahulu,
Tiada 'hamba' itu yang sampai kepadaku.
Sehingga jauh aku terhanyut.
Kerana dahulu,
Tiada 'insan' itu yang menyentuh dan menegur aku,
Dan bawa aku kejalan yang benar.

Kini saat aku berpatah balik, aku ingin membantu mereka yang jauh hanyut bersamaku dahulu. Aku ingin menarik sekali mereka yang sama lingkup ditelan hawa nafsu.

Sedikit aku sedar,
Bahawa aku sendiri masih ditengah laut.
Bertarung hebat untuk cuba kembali kemuara kebenaran.
Sedikit aku sedar,
Bahawa aku sendiri terkadang hanyut,
Kerana masih jauhnya aku dengan tebing Taqwa.

Nak selamatkan yang lain.
Tapi kena selamatkan diri dulu.  Persiapkan diri dengan ilmu lalu tambakkan hati dalam-dalam.
Dan kembali berenang.

Ah.
Mengapa masih gagal?
Mengapa aku tidak mampu menarik mereka.
Mengapa mereka tidak kembali?

Maka aku kembali ke muara.
Keseorangan. Tanpa teman.
Rupanya dimuara punya banyak bantuan.
Rupanya, aku tidak kuat kerana aku berseorangan.
Dan rupanya, aku tidak kuat kerana aku berjuang tanpa pelan tindakkan


Tunggu.
Akan aku kembali kelembah itu.
Lembah yang aku dahulunya hanyut bersama kamu.
Tapi kali ini, aku bukan selemah dahulu.
Kerana aku akan tanam ilmu dalam jiwa,
Kerana aku akan tambak hati dalam-dalam.
Kerana aku bukan datang sorang.
Dan aku akan datang dengan persiapan yang lebih mantap.

Tanyalah aku lagi "kenapa join jemaah?"

Kini, aku akan menjawab..
"Untuk betulkan diri, untuk tarbiyyahkan jiwa ini. Kerana dakwah itu, tidak hanya ada pada semangatnya. Tidak hanya pada Ilmu yang kita dapat secara rambang dimajlis-majlis Ilmu dan majalah-majalah. Tetapi dakwah itu perlu pada seni dan ketertiban. Dakwah itu perlu pada perbentukkan dan perancangan. Dakwah itu.. Perlu pada tarbiyyah yang tersusun."

Terima kasih akhawat.
Atas tarbiyyah itu. Atas dakwah itu.

Tuesday, July 8, 2014

우리 Palestine.

When something we hoped comes true,
The world looks like a better place.

Macam baru semalam insiden 'MH370'.
Macam baru semalam kes kemalangan saudari Ummi Filzah Naadiah di Mesir dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
Macam baru semalam semua kes-kes kematian yang justeru membawa hati kita semakin dekat kepada-Nya.

Ya. Semakin hampir kepada Pencipta.

Tapi, bagi mereka yang tiada Iman dalam hatinya - dan alangkah baiknya jikalau mereka ada - Pasti ada secubit rasa terkesan dihati walau sebesar huma.

And for that reason only, I do hope that somewhere between that ego and ignorance.. There's something humane in between.

And that hope extend dearly towards Palestine. 우리 Palestine.

Aku lihat semakin ramai antara mereka yang terkenal mengambil tahu tentang Palestin. Malah menyokong sekali memboikot meski sebahagian dari mereka seperti Ronaldo dan Coldplay yang bukan Islam bertindak atas dasar kemanusiaan. Bersuara lantang mengutuk keras tindakan rejim Israel keatas Palestin.

Namun, tidak bermakna usaha mereka itu disisi Allah lagi besar dan bermakna dari kau yang bertahun-tahun berjuang tanpa putus asa. Tidak bermakna suara lantang mereka sampai lebih hebat dan kuat dari doa dan harapan tulus sehari-hari yang kononnya tiada impak pada dunia.

Dan moga-moga,
Seperti banyak mana hati yang mereka gerakkan untuk berjuang demi Palestina tercinta atas satu tindakan,
Banyak itu jualah Allah kurniakan kekuatan pada kita untuk terus berjuang sehingga kita Menang.

Begitu juga sebaliknya.

Wahai Satria Allah,
Antara aku, kau dan 'mereka',
Disisi Allah hanya lihat taqwa dan usaha.

Antara doa yang mustajab itu lepas sahur dan selepas solat fardhu. Antara tempat mustajab berdoa itu adalah di bumi Anbiya', Mesir. Dan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu ada pada salah satu malam Ramadhan, malam Lailatul Qadar.

Ya Allah,
Seperti mana kau menangkan perang Islam yang pertama,
Sepertimana kau menangkan Rom dan Parsi pada Islam,
Seperti mana usaha dan doa mereka-mereka yang memanfaatkan pengaruh mereka untuk Palestin,
Seperti mana harapan tulus dalam setiap sedekah yang sesekali hamba-Mu hulurkan,
Dan seperti mana tembakkan doa sehari-harian tanpa gagal dari Hamba-Mu yang menunggu kemenangan,
MUSNAHKANLAH REJIM ISRAEL,
DAN BANTULAH MEREKA (RAKYAT PALESTIN)!

Bantulah Palestin.
우리 Palestine.


*우리 Palestine- Our Palestine.
**Reference: