Wednesday, May 22, 2013

Surat Untukmu

Sahabat, ko coretkan sebuah warkah untukmu,
dengan setulus ikhlasku.

Aku tak pandai berkarya, apatah lagi bermain bicara,
Setiap coretan diiringi dengan air mata,
Setiap bait kata ku iringi dengan doa,
Agar kau dapat selami isi hatiku, agar kau tahu niat baikku.

Bukan mudah untukku menulis warkah itu,
Kerna terlalu sulit perkara yang kita bincangkan,
Namun aku terlalu kasih akan mu,
aku terlalu risaukan keadaanmu.

Seketika hati aku meronta,
benarkah aku ingin berterus-terang denganmu?
Mungkinkah kau akan menjauh dariku?
Berkali-kali aku mengundur sendiri,
mengira-ngira untuk tidak mengirimkan warkah itu,
Tapi aku tahu, Sudah tiba masanya.

Jujur aku takut, jujur aku khuatir,
kerna sendiri itu perit.

Sahabat, andai nanti kau buka warkahku,
Ku harap masih ada lagi 'kita'
Ku harap masih kekal lagi 'selamanya'


Ya Allah berikkan ku kekuatan!!! T_T





Monday, May 13, 2013

Kuasa Allah~

Sila sebut Alhamdulillah sebelum membaca.. Sekurangnya, anda masih ada nikmat hidup, nikmat melihat, nikmat menaip dan nikmat akal untuk membaca post ni ^^


Alhamdulillah..

Betul- betul kuasa Tuhan. and Im really grateful.

Hari ini ada exam. Bagi a non-liker-histology macam aku of course its a nerve-wreking. memang cuak tahap kalau skipping 100 kali pun x hilang~ Buku histo tu dah macam Ayam goreng KFC yang dah dicarik-carik oleh cik su dengan muka comelnya.. Kalau ikutkan hati tak merasa sup ayam semalam. Sup HISTO. Tapi, cantik je Allah pesan "bende yang kamu benci tuh, x semestinya buruk untuk kamu"

Of course la. dah tersungkur cuak macam nie baru nak bersujud. Baru nak scanning cari wireless nak reach Allah. then doa keluar air mata darah, mintak lepas tahun. Yang kamu benci ni lah, yang selamatkan kamu. Kalau tak? Sila lastik diri sendiri.

Aduh. Biji getah tepat kat kepala.

Tapi, time-time crucial macam nie la biasanya konflict datang. My friend's problem. Responsibility lain yang aku tak dapat elak. Aku x dapat focus, and aku rasa tak cukup masa. Jujur kalau ikut hati, aku abaikan responsibility tu. Aku biarkan masalah kawan aku.Tapi, aku percaya dengan rahmat Allah lebih tinggi dari usaha aku. Sehebat-hebat perancangan aku, Perancangan Allahkan mengatasi perancangan hambanya?( even aku ikut pomodoro technique sekali pun ^^).

Allah bersama dengan sangkaan hamba-Nya bukan?Yakin Allah permudahkan. Yakin dengan rahmat Allah. Drawing aku prepare siket je.. Aku harap yang keluar sama ada AORTA atau medium sized artery.

Jadi pagi tadi, aku datang kelas dengan semangat. Aku nak habiskan exam ni secepat mungkin. Tapi kan aku dah cakap, perancangan Allah mengatasi perancangan hambanya? Unexpectedly, aKu tertinggal gerabak. Dont ask why, Don't ask how, yang penting, dipendekan cerita, aku kena ambik exam dengan bebudak arab. Ok, muka aku tenang hakikatnya panik habis~ Firstly, sebab aku tak belajar arab pasar. Second, I learn medic in English. Third, I'm alone.

Yang third tu bunyi macam menyampah siket, tapi itulah hakikatnya.

Aku makin cuak, makin risau. Aku tak rasa aku mampu seorang. Tapi aku silap. aku tak pernah seorang. Kita tak pernah seorang. Hakikatnya bila kita terlalu bersandar pada manusia, kita lupa ada pada Tuhan segala sandaran. Bila kita terlalu mengharap kepada sokongan dan dorongan manusia, kita lupa pada Tuhan segala sokongan yang Maha Kuat, Maha Mendengar. Bukankah Allah itu dekat?

Aku tenangkan diri. Aku masuk dewan exam. aku baca bismillah. Aku dapat Aorta.^^


Bila aku recheck dengan member lain, diorang dapat soalan lain. Kan cantik Allah susun?

Ujian ini. Allah susun agar aku lebih ikhlas dalam menuntut ilmu, melaksanakan tanggungjawab dan bersahabat. Allah ingatkan aku untuk kembali bersandar kepada-Nya dalam apa jua urusan. Allah membenarkan sangkaan hambanya yang benar-benar berharap. Allahlah yang Maha pengasih lagi Penyayang~

Selalu duk baca surah Ad-dhuha, hafal tak pernah terfikir nak install tafsirnya dalam hati.


Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

T_T Terkadang Rahmat Allah yang kita duk rebut-rebut, duk cari-cari terlalu banyak sehingga mata kita hanya nampak dikala ujian je. Dan bila aku kenang kembali, berapa banyak nikmat Tuhan aku yang aku benar-benar zahirkan tanda syukur??

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Tuesday, April 9, 2013

Aku nak Kahwin!!

FINAL IS NEAR...

Krik krik krik..

Masa-masa macam ni lah winduu Malaysia tu datang. siap cadang macam-macam dah bila balik nanti. nak balik jenguk SMaPl la, nak drive around Putrajaya la.. padahal Exam dekat roundabout je kakak~ Ada around 10 books yang kena revise, not to mention the small-not-so-easy-radiology-anatomy. Time-time macam ni la rase macam nak ada kawan nama Nicotinamide Adenine Dinucleotide la, pseodostratifiedepithelium la, flexor hallucis longus la..

Tapi, tengah-tengah kerisauan imtihan dunia ni, macam tetiba terpikir imtihan akhirat. Dah bersediakah aku?

Balik dari kelas hari ni, baru terasa nak screening dinding. Punyalah lame bertempek kat dinding tu buat hiasan je. Usha punya Usha nampak 10 Muwasafat Tarbiyyah. Screen satu satu, macam tak sempurna semuanya. Fardhu Muslim pun tak lengkap lagi. 2 3 hari nie duk tengok kengkawan aku post pasal kawin je memanjang. kita kena bersedialah, jodoh tu datang bila-bila lah, jodoh kat tangan tuhan la.. bla bla bla.



Aku sampai nak declare aku jumpe penyakit baru walhal aku doctor pon blom lagi..
Name-Kahwin syndrome.
Origin-Malaysia.
Age Target- 19 years old and above.
Cause- Entering adult phase, lack of love, attraction towards d opposite.. others yet to be discover..
nyudahnya ngan aku-aku terpalit sekali. segala ikhtilat dah bercampuk aduk, segala qudwah dah jadik negative, dan aku rasa macam nak apoptosis. ok, sila bawak bertenang.

Semangat aku tengok post-post cintailah-aku-kerana-Allah di dinding-dinding muka buku aku baru-baru nih. sampai tenggelam poster- poster jom ke kuliah, salam imtihan, selamat bermujahadah..

Cinta itu fitrah kawan, kerna dari cinta, adanya kasih sayang, adanya keikhlasan adanya kemanisan. Kan cantik tu? dan kita memang suka benda-benda yang cantik-menarik-tertarik nih.

Tapi canner nak buat masjid yang cantik kalau batu marmar pun takde? Macammana nak naik baitul muslim kalau fardhu Muslim pun entah ke mana?



Memang boleh bina pakai batu bata, kalau nak buat surau batu 5. Aku nak bina Masjid Jamek. Masjid Krystal. Masjid Besi kat Putrajaya tuh.

Sebab kahwin bukan setakat You-and-Me-forever-and-ever. Its about Bina Masjid. Bina masjid sebab kahwin nie lah satu cara kita sambung syiar Islam. A whole new way of da'wah. Tapi kalau bina masjid buat tempat R&R, tempat buang air buat apa?? SIA SIA!



Oleh tu kengkawan, dari persiapkan orang lain yang nak kahwin ngan kita,( yang duk post-post kat fb pasal tutup aurat untuk yang istimewa la..) Jom persiapkan diri. Allahkan dah janji lelaki yang baik untuk permpuan yang baik?

so, perempuan yang sempurna 10 muwasafat tarbiyyahnya,mumtaz, menjaga dirinya pastu akan dapat lelaki yang sama...

Aku yakin!!!

#Jom berusaha dapat mumtaz! Jom berusaha lengkapkan muwasafat Tarbiyyah.









Sunday, March 10, 2013

why Doctor?

Well, I want to be an engineer. Aku suke dealt with physics and add math. But.. I'm bounded to be a doctor. Dalam rukun Iman yang jarang orang take serious, the fifth is Percaya Qoda' dan Qadar.

Dulu, aku jenuh fikir.

~ I dont really like bio
~ Aku takut darah.
~ Plus aku trauma dengan needle.
~ Plus aku geeeeli nak sentuh organ orang.
~ Aku tak suka dekat dengan orang sakit.
~ I barely think about being a doctor.
~ and.. and..

I can go on and on bagitau kenapa jodoh aku dengan Medic nie x bertembung. Tapi, Allah adalah sebaik- baik perancang.

Sebab Allah tau one day, I'll like medic. I'll love medic head to heels sampai semua logical reason kat atas tu, vanished in the thin air. and that day has come.

Why doctor? Baru- baru nie adik-adik duk tanya, medic susah tak, kenapa pilih medic, belajar ape.. kalau takut darah macam-mana.. etc.etc.etc.

First, I ai'nt Mr. 'answergoogle.com' so aku tak tau le sume jawapan tu. but I'm sure one thing. Why doctor?

I learn a lot of details yang wujud in our body. Each and everyone of them-even the smallers- have their own reason kenapa diorang wujud. and each arragement, each relation, each opening, each muscle, each bone, everything is present in the best way it could ever be. Its perfect. Dan korang akan sedar, yang Allah menciptakan sebaik-baik kejadian. Aku belajar sesuatu. As small as the muscle is, it presence to help in contribution on keeping the standing erect position. the true anatomical position of all human body. and as small os we are, our presence is actually to contribute in keeping Islam standing. The true fitrah of all humankind.

Bila aku belajar, Aku realised bende lain. Its intresting. Macammana heart contraction stimulate blood cyle. blood cycle stimulate gas exchange. gas exchange stimulate plasma level. plasma level stimulate where the oxygen should be distributed. distributed oxygen stimulate cell function. and cell function stimulate heart contraction. As if Allah nak tunjuk macammana complexnya kejadian manusia ni, it only completed when the stimulation cycle keep going on and on.

berterusan. Nak complete have to keep on stimulating. Nak complete kena keep on dakwah.

Doctor jugak adalah salah satu jalan terbesar dakwah. Everyday, orang lain duk berusaha membanteras gejala sosial and masalah keruntuhan agama tapi tak dapat mendekati diorang. but they come to us. Orang lain sibuk cari mad'u untuk sampaikan dakwah. kita mad'u datang jumpa kita. Pesakit-pesakit yang datang dekat kita, this is the path that heals. Fizikal. Rohani. Roh. Aku ingin jadi orang yang menyembuh atas izin-Nya. inilah jalannya.

Jujurnya banyak je lagi aku belajar. Banyak je lagi yang aku boleh senaraikan. But the most important thing sebab doctor adalah ruang dan peluang yang Allah bagi untuk aku contribute untuk Islam. Ramai orang kata, engineers, teachers, lawyers - banyak je lagi pekerjaan yang boleh help in contribution in Islam. dan mungkin sebab-sebab diatas tue related jugak dengan yang lain.

So why doctor?

Sebab aku rasa through path nie aku belajar direct dari Allah. Allah ciptakan manusia tu sebaik-baik kejadian. dan dengan sebaik-baik kejadian itulah, Allah mengajar kita in every step of my way. Allah suruh lihat dengan mata hati, sebab in every creation he made - macam manusia - ada pengajaran yang Allah suruh ambil. dan ada pelajaran yang Allah ajar...



Tuesday, March 5, 2013

See You Di.. Jannah ^_^

Well, well, well…
Happy birthday to me! Eden dah tuo dah, dah ‘sembilanbolas’ dah eden hidup..

First of all, thx dekat semua yang wish me ^_^ appreciate it (manimanimani). Kalau nak list, seriously will paralyze all my flexor digitorum superficialis, profundus and extensor digitorum.. dan menyebabkan aku tak boleh taip. Dan terima kasih daun serai ( sbb daun serai x degil macam daun keladi) sebab help me into achieving ‘The Me’. manimanimani kamsahamnida..



Dan tak lupa jugak kepada mereka yang melawat ‘The Me” for the last 2 weeks. Buah tangan, coklat tangan, susu tangan, sungguh, hanya Tuhan yang mampu membalas budi anda semua. Doa-Doa dan kate-kate semangat akan kusematkan dalam hati ( ayat terharu T_T)

But the thing is…(Yang atas tu muqadimmah jerrrr... ^_^)

when someone remember your birthday, visit when you’re sick, spend money to buy gifts just for you, is a symbol of acknowledgement. Diorang acknowledge kehadiran korang dan ingat korang dalam hidup diorang. They take you as someone IMPORTANT in their life. Giving gifts, celebrate you is a way they say thank you. It’s the way they show how grateful they are - without realizing, they actually compliment you.

thanks for the gifts. thanks for the acknowledgement. ^_^ And thank you, for the compliment.



Tapi, dalam hidup aku, there’s people yang aku acknowledge jugak. There’s people that’s have been a part of my life dan support aku until now. And this people that actually deserve all the compliment.

So, instead of receiving gift time birthday for nothing, kita yang patutnya giving gift to others- as a symbol of appreciation. Tanpa these people – exactly these people – takkan ada ‘The Me’ yang aku duk bangga-banggakan. Takkan ada ‘The Me’ yang sekarang ni fighting on the right pathway. Takkan ada’The Me’ yang try everyday - and still keep trying – demi Islam, Lillahi taa’la.



Ayah - Inilah orang yang bertungkus-lumus everyday, without fail untuk membekalkan kami supaya kami dapat everything – money, softskills, ilmu agama, keselesaan and even JANNAH – InsyaAllah. There’s nothing you can complaint about. Inilah ayah dunia dan akhirat. Untuk ayah secaring itu, sehebat itu, buatkkan aku rasa malu untuk berputus asa walaupun sebentar. Membuatkan aku segan untuk berhenti berusaha.

Ummi – is someone I would not change even for all the money in the whole world. Ummilah support system paling besar dalam hidup aku. Even dengan perangai aku yang kasar, she managed to train me all the basic a graceful woman could be. Even better, semua yang Ummi ajar - memasak, kemas rumah, susun atur, adab – all leads towards perfection. It can never be better. Itulah sebaik-baik Ummi you could ever ask for- eternally. Ummilah – membuatkan korang keep trying to become better. Membuatkan korang keep running towards perfection.

Siblings – Kadang-kadang aku selalu terfikir, kan seronok ada kakak, ada adik lelaki. Sampai aku lupa yang sebenarnya aku ada 2 orang abang more than enough to make me crazy, dan 3 orang adik perempuan yang cukup-cukup manja sampai aku tak terfikir nak tambah lagi sorang. Diorang nilah yang bila all the finger pointing to me, theirs is always on the plate, eating and ignoring what other people say. They always have different ways to show they care.

That’s why I love going home. I love having that home. And I hope for the same home – same ummi, same ayah, same Abang Omar, Abang An, Kak Teh, Kak Wie and Cik Su – In Jannah.

Cikgu’s – Well, these are the contributers to my intelligence. Untuk cikgu-cikgu yang dari pre-school, sekolah rendah, Sekolah Menengah, SMAPL, PLKN Tangkas Kendiri, BTN’s, berjuta-juta-juta-juta-juta terima kasih atas Ilmu-Ilmu yang tak terkira banyaknya, sehingga saya menjadi golongan bijak pandai. (err.. maybe?) Plus karenah saye yang memang x menang kaki, tangan dan kepala.. itu semua attempt supaye cikgu ingat saye… Muahahaha. Thinking how naughty I was, how vicious I was, their patience worth a lot of compliment. Kalau cikgu-cikgu boleh sesabar itu, why cant I ? Kalau cikgu boleh setolerate itu, kenapa tidak aku?

Friends – Well, takde siape boleh sangkal the power of friendship. It’s the one that make the world go round-secara ilmiahnya. Past few days aku sedar I’m not really a good friend. Sometimes, aku lupa namalah, ignore calls la, terfire la, menyusahkan korang la, tak buat keje lah – and for that Im sorry. Aku mungkin tak pernah clarify, tapi aku seriously tak de niat nak buat macam tu. Im not perfect, and sometimes I do make mistake, and I get angry. One thing for sure, I never – ever – hate you guys. Not once nor later. Korang have been a major part dalam hidup aku.. and for that I thank you. Sincerely.

Selain this people, aku tau ada ramai lagi yang support aku throughout the way. And for not having the you on the list-Im sorry too. Tapi, deep down inside, I feel very grateful that I don’t know how to express. I cherish each and everyone of you in every step of my way.

Memang, kadang-kadang bila kita jatuh, result down, kena pulau. Kita rasa fed up dan putus asa. But thinking of each and everyone of them- how can I even think of stopping?

19 tahun. Muhammad Al-Fateh ketuai tentera dan berjaya menakhluki negara. Kenapa aku tak mampu ketuai diri dan nafsu aku untuk takhluki hati aku dengan kebahagiaan dalam iman dan islam?

bukan bahagia dalam menerima. bahagia dalam memberi. Lillahi taala. Maka akan hilang rasa putus asa.

19 tahun semua orang bertungkus-lumus to make you who I am today. 19 tahun, Allah bagi peluang for me to change for a better muslim. 19 tahun orang tolong kita – didik, ajar, jaga, teman, support, kongsi, MEMBERI – Now its my time.

Ayuh, Jadi manusia lebih ikhlas. Jadi manusia lebih baik. ^_^